
Kerajaan mengumumkan bahawa semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA RM100) bermula 9 Februari 2026.
Pengumuman ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai sebahagian daripada inisiatif bantuan kos sara hidup kerajaan bagi tahun hadapan.
Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Perutusan Tahun Bahari 2026 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Bayaran Awal Sempena Tahun Baharu Cina dan Ramadan
Menurut Perdana Menteri, pembayaran SARA akan dikreditkan lebih awal bagi membantu rakyat membuat persiapan menghadapi perbelanjaan keperluan asas menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

Pengumuman ini dibuat semasa Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disampaikan di Putrajaya.
SARA ialah bantuan tunai sekali bayar yang disalurkan oleh kerajaan dan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya serta kedai runcit terpilih.
Bantuan ini tidak diberikan dalam bentuk wang tunai tetapi dikreditkan secara elektronik untuk tujuan pembelian barangan keperluan.
Pusingan Kedua SARA 2026
Pembayaran pada Februari ini merupakan pusingan kedua SARA selepas pusingan pertama yang dilaksanakan dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.
Pusingan kedua ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2026 dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta rakyat Malaysia dewasa.
Bagi tahun 2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion bagi pelaksanaan dua inisiatif utama bantuan kewangan rakyat iaitu Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.
Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.
Penggunaan MyKasih dan MyKad Untuk Pembayaran
Bantuan ini akan disalurkan menggunakan sistem MyKasih dengan MyKad sebagai medium pembayaran.
Rakyat tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan bantuan tersebut. Pengguna hanya perlu membawa MyKad ketika berurusan di premis peruncit yang terlibat dan menggunakan kredit SARA bagi membeli barangan keperluan asas.
Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan daripada 14 kategori produk keperluan asas yang telah ditetapkan di bawah inisiatif ini.

Maklumat lanjut mengenai tempoh sah penggunaan dan butiran pelaksanaan program dijangka akan diumumkan lebih hampir dengan tarikh pelaksanaan.
Bayaran Tambahan Untuk Penerima SARA Bulanan
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa penerima SARA bulanan akan menerima sehingga RM200 yang dikreditkan ke dalam MyKad masing-masing bermula Jumaat ini, 9 Januari 2026.
Pada masa sama, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan mula disalurkan bermula 20 Januari 2026 dengan jumlah bantuan sehingga RM500 bergantung kepada kelayakan penerima.
BACA: Alif Satar Teruja Miliki ‘Unicorn’ Superbike Rare, Petronas FP1
Perutusan Tahun Baharu 2026
Perutusan Tahun Baharu 2026 turut menggariskan hala tuju dan inisiatif utama kerajaan sepanjang tahun ini, termasuk usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat dan merangsang ekonomi negara.
Perutusan tersebut disiarkan secara langsung menerusi semua stesen televisyen tempatan serta laman Facebook rasmi Perdana Menteri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




