
Membayangkan diri dan pasangan memiliki anak sememangnya sesuatu yang cukup indah namun sudah bersediakan kita dengan ragam anak pertama kecil yang comel itu?
Rata-rata pasangan yang memiliki anak kecil akan hilang segala life buat seketika kerana rutin sudah berubah dan anak perlu diberi perhatian.
Begitu juga dengan isteri yang masih dalam pantang, makan minum serta rehatnya perlulah diberikan secukupnya untuk mengelakkan isteri terkena penyakit meroyan.
Kongsi kisah ‘mental koyak’
Seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @say_syazril, dia telag\h berkongsi satu cerita pengalaman menjaga anak pertama.
Dalam entrinya kerana tiada pengalaman, dia hampir terjebak dengan masalah Postpatrum Depression kerana :
Apa-apapun dalam hal ini, suami harus kuat kerana isteri masih lemah dan sangat memerlukan kekuatan suami sebagai pembakar semangat.
Kepada yang mengalami situasi yang sama, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan. Kenanglah saat ini kerana anak kecil cuma sekali.
5 Sebab Kenapa Suami Setia Adalah Jenis Yang Tidur Awal Di Sebelah Isteri

Ramai suami tertanya-tanya bagaimanakah kesetiaan itu boleh diukur pada pandangan mata seorang isteri yang lembut, baik serta penyayang.
Meskipun soal setia adalah terlalu subjektif untuk dibicarakan namun kebanyakan isteri bersetuju suami mereka yang tidur awal adalah seseorang yang setia kerana :
1. Tak main media sosial
Suami yang tidur awal biasanya tak ada masa nak main media sosial seperti Facebook, Instagram mahu pun Tik Tok. Cukup sekadar melayan isteri dan anak sehingga sampai tertidur bersama-sama.
2. Tak lepak lewat malam
Isteri tak kisah pun suami nak melepak dengan kawan-kawan tetapi pastikan sebelum pukul 11 sudah ada di rumah. Tidaklah isteri rasa keseorangan. Lagi pun apa fungsi lelaki berkahwin? Bukankah untuk menemani isteri yang tercinta setiap detik?
3. Hilangkan rasa rindu isteri
Tahukah anda bahawa isteri ini jenis cepat rindu dekat suami dia? Jadi apabila anda sudah berada di sisinya, itu sudah cukup untuk menenangkan hatinya yang sering bergelora menahan rindu dari siang menunggu malam.
4. Dapat nikmati pelukan
Pelukan dari seorang suami mampu menormalkan hormon isteri yang tidak stabil. Dalam erti kata lain jika isteri sedang stress, jiwanya boleh tenang dan sembuh hanya dengan kuasa pelukan seorang lelaki.
5. Isteri rasa selesa
Benda boleh bersama isteri, buat apa berjauhan lepas kahwin? Inilah ungkapan yang perlu suami pegang setiap masa. Kotakan janji yang telah dibuat kerana kesetiaan seorang suami mampu membuatkan isteri rasa sangat selesa.
Isteri ini sifatnya cukup mudah. Jika suami pandai menjaga hati dan jiwanya, bukan sahaja kehidupan jadi lebih sempurna malah rezeki juga akan bertambah.
Semoga bermanfaat!
4 Krim Untuk Anda Hapuskan Bulu Degil!

Shaving bukan satu kebiasan buat segeintir lelaki jika mereka masih tidak pakar dalam penggunaan pencukur. Jadi, anda lebh memilih untuk ke kedai untuk menerima bantuan untuk menguruskan diri anda. Tak semua orang mempunyai masa dan duit untuk ke kedai kan? Kini, sudah banyak cara untuk membantu anda menguruskan bulu-bulu anda itu dengan mudah dan cepat! Banyak pusat spa telah menawarkan penjagaan rapi untuk mengelakkan daripada tumbuhnya bulu. Walaupun tidak ramai lelaki yang gemar dengan konsep licin, ada segelintir menganggap bulu itu satu perkara yang wajib dilakukan.
Apa yang Terjadi Pada Permukaan Kulit Anda Apabila Anda meletakkan Krim basmi rambut ini?
Sama ada krim untuk mata anda, semburan pewangi ketiak, atau syampu kelemumur, mereka semua biasanya akan mengandungi bahan aktif yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah anda dan berusaha untuk menjaga kawasan semburan anda itu. Apabila ia menyentuh krim penyingkiran rambut terbaik di pasaran untuk lelaki, bahan aktif utama mereka akan menjadi Potassium Thioglycolate.Kompaun kalium organik ini bersama-sama dengan kumpulan thiol dan asid karboksilat akan merosakkan kimia (depilatori kimia) struktur rambut anda.
Bagaimanakah ini berfungsi dengan betul?
Apabila digunakan pada rambut anda, ia akan mengganggu hubungan disulfida di keratin. Bila ia sudah tiada, struktur folikel rambut akan berubah menjadi bahan seperti jeli yang mudah dihapuskan (sumber). Alternatif yang sama untuk Potassium Thioglycolate ialah Calcium Thioglycolate, dan Calcium Hydroxide.
Berkenaan dengan tahap bahaya Potassium Thioglycolate, ia dinilai dengan tahap bahaya yang agak rendah 2-3 (bergantung kepada penggunaan) daripada 10 mengikut Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG) (sumber). Kekangan masa membuatkan anda alpa dengan rambut yang serabut pada kulit anda tu. Ini merupaka produk krim yang sesuai untuk anda yang gemar dengan konsep licin.
DR RASHEL For Men Hair Removal Cream 120ML
Produk ini sesuai untuk digunakan di kawasan dada, kaki, ketiak dan kawasan tersembunyi. Anda boleh dapatkan di Shopee dengan harga RM 18.50
Nad’s for Men Hair Removal Cream
Nad adalah krim penyingkiran rambut yang sangat popular di peringkat antarabangsa kini. Khususnya dibuat untuk rambut kasar lelaki, ini adalah salah satu krim penyingkiran rambut terbaik bagi lelaki. Mempunyai campuran Potassium Thioglycolate dan Potassium Hydroxide, produk ini sangat mudah untuk digunakan. Caranya, setelah sapu di bahagian yang penuh dengan rambut, biarkan ia selama 4 minit tanpa menggosok! Untuk memastikan kelembapan berterusan pada kawasan tersebut, jangan lupa untuk mengambil lotion badan dan rajin-rajinkan diri anda untuk sapu.
Magic Razorless Cream Shave
Dirumus khas untuk lelaki kulit hitam, krim penyingkiran rambut oleh Soft Sheen Carson akan berfungsi untuk menghilangkan rambut yang tidak diingini sepenuhnya. Walaupun pengilang dengan jelas menyatakan bahawa ini dibuat untuk lelaki kulit hitam, terdapat laporan yang jauh dan luas bahawa produk ini sesuai untuk digunakan oleh warna kulit lain selain daripada hitam.
Cukur Pencukur Razorless Magic bergantung kepada bahan aktif, Kalsium Hidroksida, untuk memecahkan folikel rambut yang membawa kepada penyingkiran lengkap. Walaupun tidak mempunyai kandungan Potassium Thioglycolate, produk ini akan paling sesuai untuk lelaki yang mempunyai kulit sensitif.
Veet for Men Hair Removal Gel Creme
Produk yang sering anda lihat untuk pencukuran wanita, kini anda boleh dapatkan ini dimana-mana saja farmasi berdekatan, produk dari Veet khusus dirumuskan untuk rambut lelaki. Tidak seperti alternatif lain Veet yang disenaraikan di atas, produk ini akan membantu menghilangkan lebih banyak folikel rambut kasar dan tebal. Mempunyai kombinasi Potassium Thioglycolate dan Calcium Hydroxide, formula ini sangat sesuai untuk digunakan di kawasan yang kurang sensitif pada kulit anda termasuk dada, belakang, dan kaki.
Sekali Bisnes Jalan Pernah Cecah Pendapatan 5 Angka Tetapi Lingkup Kerana…

Belajar dari kegagalan. Itulah antara guru terbaik dalam usaha mematangkan diri kita untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan ini.
Berniaga misalnya adalah satu proses yang cukup bagus untuk kita memajukan ekonomi diri ke tahap yang lebih tinggi.
Namun jika tiada perancangan, segala apa yang diusahakan selama ini pasti berdepan dengan kesukaran yang sukar dijangka.
Dalam media sosial, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Muslim Awang berkongsi cerita jatuhnya sewaktu berada di kemuncak.
Baca perkongsiannya sebagai pedoman untuk kita menguruskan perniagaan yang diusahakan dengan penuh hemah :