Siapa tidak kenal dengan nama Valentino Rossi. Juara dunia MotoGP/500cc sebanyak 7 kali tersebut telah menjadi antara ikon perlumbaan motosikal paling hebat pernah disaksikan kita semua.
Walaupun usianya sudah menginjak ke usia 41 tahun namun Valentino Rossi masih gah dan disegani oleh lawannya yang jauh lebih muda. Dikenali dengan nama gelaran ‘The Doctor’, Valentino Rossi bakal meneruskan legasinya di liar untuk musim baru.
Namun ada berita terbaru yang cukup mengujakan terutama buat peminat MotoGpp tempatan khususnya pasukan Petronas Yamaha SRT, pasukan yang berasal dari Malaysia. Memetik laporan daripada laman sesawang rasmi MotopGP, Valentino Rossi mendedahkan bahawa dia hampir pasti akan bersama pasukan Petronas Yamaha SRT untuk musim 2021.
Ads
Beliau dilaporkan akan berukar tempat bersama pelumba muda, Fabio Quartararo yang sebelum ini bersama pasukan tersebut.
Walau bagaimanapun Valentino Rossi menafikan beliau sudah menandatangani kontrak namun mengakui proses persetujuan kedua pihak berjalan lancar.
Ads
“Boleh dikatakan hampir 99% saya akan berlumba bersama pasukan Petronas Yamaha SRT untuk tahun 2021,” jelasnya kepada Sky Sport Italia.
Pasukan Petronas Yamaha SRT anda yang paling menyerlah pada musim lalu.
“Kami masih dalam proses menyelesaikan beberapa perkara terperinci terutamanya tentang pasukan dan personal yang saya akan bekerja bersama nanti. Kami juga berbincang untuk bagaimana membina sebuah pasukan yang kompetitif,” jelasnya lagi.
Ads
Secara tidak langsung ini bermakna beliau akan berlumba bersama protegenya, Franco Morbidelli pada musim hadapan.
Peminat MotoGP negara kita pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan Valentino Rossi berlumba bersama pasukan yang cukup istimewa di kalangan rakyat Malaysia.
Dapatkan merchandise pada harga luar biasa murah dengan pelbagai potongan di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Klac merupakan antara komponen kereta yang mungkin agak jarang diberikan perhatian oleh anda. Jadi mungkin sebab itulah ramai yang tidak perasan bahawa klac kereta mereka sudah hampir rosak.
Apabila sudah berlaku kerosakan mungkin agak terlambat dan ia melarat menjadi lebih serius. Pertama sekali kita harus faham sedikit sebanyak tentang bagaimanakah fungsi klac dalam sistem pemanduan anda.
Klac sebenarnya komponen yang menyambungkan kuasa daripada enjin kepada kota gear. Ia juga berfungsi untuk memudahkan pertukaran gear berlaku dengan lancar. Selain itu, klac juga membanrkan anda untuk meletakkan enjin dalam kedudukan neutral.
Jadi bagaimana untuk anda kenal pasti sama ada klac kereta hampir rosak atau bermasalah? MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari FB MaxPower Revolution (MP-R) yang merungkaikan beberapa petanda yang mungkin menunjukkan klac hampir rosak.
Jelas mereka, kerosakan klac boleh dikesan ketika sedang bergerak. Ingin tahu lanjut, ikuti perkongsian mereka di bawah.
——————————————————————–
Biasanya kerosakan klac boleh dikesan ketika kenderaan sedang bergerak, iaitu ketika kita menekan pedal minyak dan putaran enjin bertambah tinggi, tetapi kenderaan tidak bergerak lebih laju.
Keadaan itu lebih terasa ketika sedang mendaki bukit atau membawa muatan berat. Keadaan itu kemudian diiringi bau getah terbakar. Untuk mengesahkan lagi bahawa cekam rosak, kita perlu lakukan ujian berikut, berhentikan kereta dan tarik brek tangan, hidupkan enjin. Pijak pedal klac dan masukkan gear satu atau dua.
Ketika pedal klac masih dipijak, naikkan putaran enjin dengan menekan pedal minyak. Kemudian angkat pedal klac perlahan-lahan. Apabila didapati putaran enjin tidak berkurang atau enjin tidak cenderung untuk mati, maka sah bahawa klac kereta kita mengalami kerosakan.
Selain itu, klac rosak juga akan menyebabkan enjin terasa tidak dapat menghasilkan kuasa penuh, petrol cepat habis, enjin cepat panas. Sebenarnya, klac rosak tidak mudah diketahui terutama ketika baru berlaku.
Klac rosak biasanya disebabkan jarak bebas pedal klac terlalu pendek, permukaan piring klac sudah haus atau terbakar, ada gris atau minyak di permukaan klac, pegas tekan pada plat klac sudah lemah atau patah dan piring penekan klac atau roda daya enjin sudah berubah bentuk.
Bagaimana memeriksa jarak bebas pedal klac? Tekan pedal klac untuk mengetahui sejauh mana daya yang diperlukan. Ia boleh juga dilakukan dengan menggunakan kaki, tetapi lebih baik dengan tangan. Pedal klac dapat ditekan dengan mudah hingga pada suatu kedudukan tertentu, tempat klac mulai terlepas.
Selepas kedudukan itu daya yang diperlukan akan terasa bertambah besar. Maka jarak bebas pedal ke klac adalah jarak tekan yang harus dilepasi oleh pedal klac dari kedudukan tidak dipijak hingga pada kedudukan tempat klac mulai terlepas.
Jarak bebas itu biasanya antara 20-40 mm, bergantung kepada jenis kenderaan. Apabila jarak bebasnya terlalu pendek, besar kemungkinan klac akan rosak.
Apabila cekam rosak, proses pembaikan tidak dapat dilakukan dengan mudah dan apabila ini berlaku, nampaknya terpaksalah keluar duit lagi. Namun ketika membawa kenderaan ke bengkel patuhilah beberapa berikut, jangan lepaskan cekam dengan tiba-tiba atau memijak injak klac secara tiba-tiba.
Juga jangan meletak kaki anda di atas pedal klac apabila tidak diperlukan. Anda juga tidak digalakkan memandu laju, seboleh-bolehnya tidak lebih 60 kilometer sejam dan jangan membawa lebih penumpang dan naikkan tekanan angin tayar bagi mengurangkan geselan antara tayar dengan jalan.
————————————————————————–
Semoga perkongsian di atas boleh memberikan anda sedikit pencerahan dan juga manfaat tentang klac kereta. Jangan lupa untuk menonton program automotif terbaik Malaysia, RODA PANAS setiap Ahad, jam 6 petang di Astro Ria!
Tidak dinafikan penamatan pengeluaran untuk sebarang model Mitsubishi Lancer Evolution pada tahun 2016 telah sedikit sebanyak membibitkan rasa sedih di kalangan penggemar auto di seluruh dunia. Ia merupakan salah sebuah siri model paling ikonik pernah diperkenalkan oleh pengeluar dari Jepun tersebut.
Bersempena dengan penamatan tersebut Mitsubihi telah memperkenalkan edsiri terhad ‘Final Edition’ sebagai sebuah tribute kepada siri tersebut. Baru-baru ini seorang pemilik kenderaan edisi terhad tersebut telah membuka tawaran untuk jualan pada harga CAD147,899 (RM498,390).
Ia merupakan tawaran yang cukup menarik sekali kerana ia merupakan salah sebuah daripada 350 unit Final Edition yang dipasarkan di Kanada. Dan lebih menarik ia juga dipercayai sebagai unit terakhir kerana nombor platnya tertera angka ‘350’.
Untuk rekod, model Final Edition dihasiljan hanya sebanyak 3,100 unit di seluruh dunia. Dengan hanya mencatatkan jumlah mileage rendah iaitu 99km sahaja, pemilik kereta istimewa ini dijaga dalam kondisi yang cukup baik. Malah ia juga disimpan di dalam stor yang mempunyai suhu yang bakk walaupun ketika musim sejuk.
Mitsubihi Lancer Evo Final Edition tersebut hadir dengan warna putih serta dilengkapi lencana ‘Final Edition’ di belakangnya. Ia juga tampil dengan set rim BBS, spoiler belakang, corong kemasukan udara lebih besar dan brek Brembo dengan angkup berwarna merah.
Bahagian dalamannya tidak langsung diusik dan masih seperti keluar dari kilang. Model ‘Final Edition’ ini dikuasakan enjin 2.0 liter turbo empat silinder sebaris, sama seperti yang ada pada Evo GSR.
Apa yang membezakannya ialah kuasanya ditingkatkan kepada 303hp dan tork 414Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan keempat-empat roda menerusi kotak gear manual lima kelajuan.
Apa pendapat anda? Adakah harga yang ditawarkan ini berbaloi? Melihatkan kepada faktor edisi terhad serta model terakhir siri Lancer yang diperkenalkan Mitsubishi, MASKULIN menganggap ia memang berpatutan.
Keistimewaan sesetengah kereta bukan terletak kepada harga semata kepada nilai sentimental serta sejarah di belakangnya.
Kredit: Carscoops.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masanya makin menghampiri! Episod pertama program infotaiment berbentuk majalah terbiatan bersama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dan saluran Naura, ‘Roda Panas’akan ke udara bermula esok, pada jam 9:30 malam!
Program tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran yang menampilkan pemilik kenderaan berkuasa tinggi ini terdiri daripada selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air.
Selain itu, program ‘Roda Panas’ juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.
Menampilkan Remy Ishak sebagai hos, episod pertama yang ditayangkan esok bakal menemukan kita dengan Dato” AC Mizal. Tampil sebagai tetamu pertama untuk program yang luar biasa seperti ‘Roda Panas’ sememangnya cukup istimewa.
Lebih istimewa apabila Dato’ AC Mizal bakal membawa anda semua mengenali lebih dekat kereta kebanggaannya, Porsche Carrera 996 911 4S. Lebih istimewa lagi kereta yang bukan calang-calang dimiliki oleh beliau ini tampil dengan corak ‘camo’, seakan menepati dan kena dengan personalitinya yang dikenali ramai.
Menerusi episod pertama ‘Roda Panas’, Dato AC Mizal dan Remy Ishak berada di Litar Antarabangsa Sepang. Mungkin kita bakal dihidangkan bagaimana kereta Porsche milik Dato’AC Mizal kena ‘test power’!
“Saya pilih corak camo ni sebab bila dalam hutan isteri tak nampak”, ujar Dato AC Mizal berseloroh kepada Remy.
Jadi kalau anda nak tahu tentang lebih lanjut dan teliti tentang kereta Porsche yang dimiliki oleh Dato AC Mizal, jangan lupa saksikan ‘Roda Panas’ episod 1 di Astro Naura (saluran 109) dan juga menerusi penstriman Astro GO dan juga On Demand pada jam 9:30 malam pada esok, 12 April 2021!
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.