Siapa sahaja tidak mengimpikan sebuah perkahwinan yang cukup indah serta mampu mewujudkan kenangan manis sepanjang zaman?

Namun bagaimana cara kita menuju ke arah itu? Dengan cara yang bersusah payah, bersistematik atau jalan yang cukup mudah?

Apa-apa pun caranya pasangan itu berusaha untuk menghalalkan hubungan, janganlah sampai tersilap langkah!

Ingat cerita Bujang Lapok?

Dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu, ada satu babak suami isteri bergaduh kerana masih berdepan dengan masalah hutang.

Gara-gara ingin berkahwin, dipinjamnya duit Benggali dan biarpun anak sudah masuk tiga orang, hutang masih belum settle.

‘Masalah’ masih diwarisi hari ini

Kisah betapa susahnya hidup orang berhutang ini, lebih-lebih lagi zaman sekarang dengan pemberi hutang yang dikenali sebagai ah long sudah banyak kedengaran.

Selain diganggu berhari-hari kalau tak boleh bayar, ada juga peminjam yang gagal melunaskan pinjamannya ditarik nyawanya sampai mati. Nauzubillah!

IKLAN

Memang nampak kejam. Tapi sudah tahu modus operandi mereka begitu, kenapa masih pilih jalan yang orang marah?

Hantaran kahwin tinggi, duit tak cukup

Isu drama Melayu yang diangkat dalam drama petang-petang adalah hantaran kahwin mestilah tinggi mengikut rupa paras dan juga taraf pendididikan.

Cuma sekadar nak tanya, kalau ada ijazah pun tetapi repeat sampai 10 kali masih samakah nilai hantarannya mak cik? Wuallahualam.

“Sebab Nak Cepat Kahwin, Yang Bagi Hutang Cari Aku Sekarang Bro!” – Lelaki Trauma

IKLAN

Apa yang boleh dikatakan, penekanan dalam Islam banyak yang diabaikan. Alasannya, nak kahwin mestilah sanggup buat apa sahaja.

Betul.. tetapi kahwin bukan untuk seronok dalam masa sehari. Lainlah kalau kahwin cadang nak cerai banyak kali.

Pasangan hari ada toleransi dan memahami lelaki perlu bertanggungjawab menjaga nafkah isteri untuk sepanjang zaman.

IKLAN

Apalah sangat dengan RM50,000? Kalau isteri tak banyak songeh, keluarga mertua pun elok-elok sahaja, tak mustahil ‘pelaburan’ suami mencecah lebih RM35.9 bilion semata-mata untuk membahagiakan isteri.

“Sebab Nak Cepat Kahwin, Yang Bagi Hutang Cari Aku Sekarang Bro!” – Lelaki Trauma

Sehari denda RM500 kalau lewat bayar

Berbalik kepada cerita hutang ah long ini, tahukah anda kalau pinjam RM2,000 bunganya boleh mencecah berlipat kali ganda?

Menurut satu perkongsian rakan yang pernah terjebak dengan masalah ini katanya, lewat sehari, pinjaman berlesen itu kenakan dengan RM500.

Kalau lewat seminggu? RM500 x 7 hari = RM35,000. Masya’Allah.. Besar sungguh dugaan itu dan kepada pasangan yang ingin berkahwin, sila ambil iktibar!

MASKULIN tak menggalakkan penceraian, bertoleransilah dan uruskan bajet perkahwinan masing-masing secara sistematik. Semoga dipermudahkan!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI