Aduh, sedih dan menyentuh perasaan sungguh bila membaca luahan hati Qalbie Ghani di Facebook. Bayangkan hanya kerana bapanya menghantar beberapa Jemaah tabligh ke surau ,dia sekeluarga disahkan positif COVID-19. Baca selanjutnya di sini;
“Awal bulan Mac ada beberapa orang jemaah tabligh Thailand yang berkunjung ke surau berdekatan rumah. Abah memang sering ke surau tersebut. Disebabkan abah pun dah mula menyertai tabligh, maka abah suka bercampur dengan jemaah-jemaah tabligh yang datang ke surau ni. Abah pun beberapa kali membantu mereka sepanjang mereka di sini.
“Hari terakhir jemaah di surau sini, abah telah menumpangkan mereka dan menghantar mereka ke surau berikutnya iaitu di Wakaf Che Yeh.
“Dua hari selepas itu abah sakit-sakit tekak. Keesokan harinya abah demam dan mula hilang selera makan. Pada masa tu, dah kecoh dalam media tentang jemaah tabligh Brunei yang positif covid-19 setelah pulang dari Sri Petaling.
“Malam tu aku terlintas untuk tanya abah… Dan abah akui ada salah seorang dari jemaah Thailand yang datang hari tu kurang sihat. Dan sememangnya mereka baru pulang dari Sri Petaling.” Tulisnya di Facebook
Menurutnya ,ibunya berkeras dan suruh bapanya mendapatkan rawatan ke klinik. Hari Jumaat baru bapanya ke Klinik Kesihatan Kota Bharu (KKB).
Doktor memaklumkan kepada bapanya untuk buat saringan COVID-19, namun oleh kerana hari jumaat dan klink tersebut tiada kemudahan untuk membuat saringan, doktor meminta bapanya ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa untuk membuat saringan COVID-19.
Keadaan menjadi panik apabila ibunya pula demam. Keesokan harinya, dia pergi ke KKB. Doktor cuma bekalkan ubat-ubatan seperti untuk demam, selesema dan batuk. Ibu dan bapanya mengambil ubat ikut turutan.
Namun pada hari Ahad bapanya pergi membuat saringan COVID-19 di bawa oleh abang iparnya. Namun setelah membuat saringan COVID-19 bapanya terus mengasingkan diri. Bapanya banyak menghabiskan masa di homestay milik keluarga mereka (sebelah rumahnya). Kesihatan bapanya semakin menurun, selera makannya semakin hilang, tetapi ibunya semakin pulih dan tidak demam.
Hari Selasa, dia dimaklumkan oleh abang iparnya bapanya telah disahkan positif covid-19 dan semua ahli kelurganya kena buat saringan COVID-19 memandangkan mereka adalah kontak rapat kepada bapa.
“Di bawah adalah catatan jurnal dari hari pertama sehingga kami discharge dari hospital. Pada awal abah disahkan positif covid, berita tentangnya viral satu kampung tak sampai 2 jam.
“Kami sekeluarga yang sedang menunggu giliran untuk ujian saringan pada waktu tu dah rasa tertekan. Orang kampung seolah2 memandang hina,jijik kepada kami sekeluarga. Sedangkan apa yang terjadi bukannya kami yang cari. Pada masa inilah barulah dapat tahu hati masing-masing, yang mana ikhlas dan yang mana hanya pura-pura.
Selasa 17.03. 20
– Abah positif covid 19
– Ambulans datang ambil abah jam 11 pg.
– Petang – Ujian saringan sekeluarga di Klinik Kesihatan Perol.
Rabu 18.03.20 (Day 1)
– 5.00 ptg – Aku, Umi, Yus dan Kimi disahkan positif covid 19
– Jam 8.00 mlm warded di Hospital Tumpat.
– Malam – ambil darah
Khamis 19.03.20 (Day 2)
– Ambik darah.
– Umi on oxygen sebab pernafasan tak cantik.
– Doktor nak hantar umi ke HRPZ Kota Bharu.
– Jam – 2.30 petang umi transfer ke HRPZ. Sempat berikan kata-kata semangat untuk umi.
– Malam – start ambik ubat. 2 biji sekali telan, ubat ni ambil 2x sehari.
– Cuba hubungi telefon umi tapi tak dijawab.
Jumaat 20.03.20 (Day 3)
– Tak ambik darah
– Masih cuba hubungi umi, masih tak dijawab.
– Petang – dapat berita dari umi – Rupa-rupanyanya umi tidak dihantar ke HRPZ kerana wad penuh. Umi dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).
– Doktor hubungi abah mengatakan umi dalam keadaan kritikal & doktor nak bagi pernafasan mesin.
Sabtu 21.03.20 (Day 4)
– Ambik darah
– Keadaan umi masih sama.
Ahad 22.03.20 (Day 5)
– Tak ambik darah
– Dapat berita umi stabil. 3 hari sebelum ni doktor tiarapkan umi untuk cantikkan pernafasan dan paru-paru. Hari ni dah diterlentangkan. Alhamdulillah.
Isnin 23.03.20 (Day 6)
– Tak ambik darah
– keadaan umi stabil. Masih intubed.
Selasa 24.03.20 (Day 7)
– Tak ambik darah -genap seminggu
Rabu 25.03.20 (Day 8)
– Ambik darah
-keadaan umi masih sama cuma ada sedikit jangkitan kuman pada paru-paru.
Khamis 26.03.20(Day 9)
– Tak ambik darah
– Keadaan umi masih sama. Doktor kembali tiarapkan umi sebab paru-paru tak cantik kalau terlentangkan.
Jumaat 27.03.20 (Day 10)
– Keadaan umi stabil. Doktor akan cuba terlentangkan umi esok. Buah pinggang umi ada masalah sikit, mungkin esok start dialisis.
– Seorang nurse shift petang pengsan ketika memeriksa bp pesakit. Kepenatan dan kepanasan dalam sut khas. Allahu Akbar pengorbanan nurse menjaga kami.
Sabtu 28.03.20 (Day 11)
– Tak ambik darah. Tiada xray
– Perkembangan umi.
– Doktor dah terlentangkan kembali umi.. Nampak ok. Darah umi ada sedikit jangkitan. Doktor tambah 1 jenis lagi ubat untuk jantung. Buah pinggang akan didialisis, kalau tidak petang ni..esok.
– Doktor kata sekarang terpulang kepada umi. Kalau umi kuat lawan, virus tu dapat dilawan.
– Ya Allah, kuatkan umi untuk terus lawan virus ganas ni. Izinkan kami untuk terus menjaga umi.
Ahad 29.03.20 (Day 12)
– Ambik darah
– Swab test pertama dalam wad.
– X ray.
– Ujian saringan kedua untuk family (kak long, abang sham, epu, anak-anak saudara) di KK Perol.
– Semoga semua keputusan negatif. Aaminn…
– Petang : Kak Long dpt call dr HKK… Keadaan ummi semakin ok. Penggunaan oxygen 40%. Buah pinggang dah didialisis petang semalam..Alhamdulillah…
– Ya Allah selamatkanlah ummi..
– Kurniakanlah kekuatan kepada ummi untuk lawan virus ini…
Isnin 30.03.20 (Day 13)
– Pagi doktor call untuk tanya tahap kesihatan. Secara overall semua makin baik. Tiada selsema, tiada demam, tiada batuk, tiada cirit birit, makan berselera. Keputusan swab test belum keluar. Kalau result negatif, In Shaa Allah boleh discharged.
Aamin… Aamin.. Aamin..
– Tengahari – Adik kimi dah buat swab test. Peyus dah xray petang – peyus buat swab test.
– Perkembangan ummi: Tengahari – jantung kami umpama berhenti berdenyut seketika bila dapat call dari Kak Long (sambil menangis) bagitau dia dapat call dari doktor HKK minta waris umi ke sana segera sebab pagi ni result darah umi tak cantik dan kaki umi sejuk. Lepas zohor, abah, kak long & epu ke sana. sepanjang waktu menunggu berita, dunia kami rasa kosong. Doa, zikir dan selawat tak henti dari mulut. (Kedua-dua kami uzur, maka tak dpt nak solat hajat) .Kami paksa diri telan nasi sebab ingatkan pesan abah, jgn biarkan perut kosong. Tambahan pulak kami bersemangat untuk dapat discharged memandangkan hari ni dah hari ke13 kami warded.
– Dalam pukul 3 lebih (petang) dapat wasap dari kak long… Umi kembali stabil. Syukur… Syukur… Syukur… Alhamdulillah… Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Doa,zikir dan selawat tak putus disedekahkan untuk umi. Semoga umi terus kuat lawan virus-virus ini dan kembali pulih untuk balik jumpa kami….insan-insan yang menyayangi umi.
Selasa 31.03.20 (Day 14)
– Pagi – doktor call bagitau result darah ok, result xray paru-paru pun dah cantik tapi doc pakar nak result yang lebih cantik.
– Sejak petang semalam, dah tambah 1 jenis lagi ubat.
– Tunggu result swab test untuk selanjutnya.
– Keadaan umi – tiada perubahan. Stabil
– Malam – Kak Long call bagitau lewat petang doktor HKK call update keadaan ummi. Hari ni umi bergantung sepenuhnya pada mesin. Tiada respon bila doktor check mata. Doktor minta famili bersedia dengan sebarang kemungkinan. Ya Allah, kuatkan semangat kami sekeluarga untuk menerimanya.
– Malam dah tak lena tidur.
Rabu 01.04.20 (Day 15)
– Ok. Dah start stress.
– 9.50pg – doktor call bagitau nak ambik darah & xray pagi ni. Dah merayu dekat doktor nak balik. doktor kata ambik darah dan xray dulu then tengok kata pakar.
– Ya Allah! Tak tau nak gambar perasaan ni. Air mata dh tak berhenti mengalir…doa dan ingatan pada umi tak putus-putus. Doa jugak untuk kekuatan abah.
– Abah tunggu….anak-anak abah akan balik!!
– 3.00 petang – adik kimi discharged. Alhamdulillah
– 4.30 petang – Aku & adik, Fairuz akhirnya discharge. Alhamdulillah… Syukur Ya Allah
Khamis 02.04.2020
– Tengahari…. dapat berita dari doktor HKK mengatakan keadaan umi tiada perubahan. CT scan yang dilakukan ke atas umi menunjukkan ‘brain death’. Lampu disuluh ke mata umi pun tiada tindak balas. Ya Allah! Beratnya ujianMu ini.
– Abah pesan, kami perlu reda dan bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Umi hak Allah, Allah berhak ke atas hambaNya. Namun doa tak pernah putus untuk umi.” Tulisnya.
UPDATE TERKINI:
Puan Azizah dikhabarkan telah pergi dijemput menghadap Illahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ke atasnya dan di tempatkan bersama orang-orang beriman.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI