Ramai yang suka ambil vitamin C tidak kira lelaki atau wanita kerana ia sememangnya miliki pelbagai khasiat untuk tubuh badan dan kulit.

Merujuk kepada portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, vitamin C juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air.

Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Dengan itu, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi).

Pada masa kini, kekurangan vitamin C dan skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Secara umumnya, vitamin C adalah selamat diambil dalam dos yang disyorkan. Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.

IKLAN

Namun, ambil vitamin C dalam dos yang tinggi (> 2000mg) untuk jangkamasa panjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).

Oleh itu sebelum anda ambil vitamin C, pastikan anda kenali dahulu jenis-jenisnya agar anda boleh mendapat kebaikan daripada mengamalkan vitamin C.

MARI KENALI JENIS-JENIS VITAMIN C DAN KEBAIKANNYA

APA ITU VITAMIN C?

Sejenis antioksidans yang biasa ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, akan tetapi vitamin C boleh teroksida apabila terdedah dengan haba tinggi (dimasak)
contoh: buah kiwi, bayam, brokoli dan strawberi, betik

IKLAN

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA?

– Menguatkan pertahanan semula jadi manusia
– Menurunkan paras kolesterol dalam badan
– Menurunkan paras urik asid dalam badan (urik asid tinggi boleh menyebabkan gout)
– Membantu penyerapan zat besi
– Merangsang sistem immunisasi
– Membantu untuk mencantikkan kulit

JENIS-JENIS VITAMIN C YANG TERDAPAT DI PASARAN

1. Effervescent (Larut dalam air)
– Vitamin C dalam bentuk tablet dilarutkan di dalam air.
– Rasa yang sedap (rasa macam air gas)

 

Sebelum Ambil Vitamin C, Kenali Dulu Jenis-jenis Yang Ada Di Pasaran & Ketahui Kebaikannya
Gambar Hiasan

2. Bebas Gula (Sugar Free)
– Sesuai untuk penghidap kencing manis

IKLAN
Sebelum Ambil Vitamin C, Kenali Dulu Jenis-jenis Yang Ada Di Pasaran & Ketahui Kebaikannya
Gambar Hiasan

3. Sustained Release (Dilarutkan perlahan-lahan)
– hanya perlu dimakan satu dos sahaja
– dos lebih rendah daripada biasa

Sebelum Ambil Vitamin C, Kenali Dulu Jenis-jenis Yang Ada Di Pasaran & Ketahui Kebaikannya
Gambar Hiasan

4. Tidak berasid (Non-Acidic)
– sesuai untuk mereka yang mempunyai gastrik dan pedih ulu hati

Sebelum Ambil Vitamin C, Kenali Dulu Jenis-jenis Yang Ada Di Pasaran & Ketahui Kebaikannya
Gambar Hiasan

5. Hisap/Kunyah
– Dos lebih rendah untuk kanak-kanak

Sebelum Ambil Vitamin C, Kenali Dulu Jenis-jenis Yang Ada Di Pasaran & Ketahui Kebaikannya
Gambar Hiasan

6. Campuran
– Vitamin C + gluthathione (membantu untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit dan melambatkan proses penuaan)
– Vitamin C + Zinc (merangsang system imunisasi badan dan mencantikkan kuku, kulit dan rambut)
– Vitamin C + Calcium ( Vit C membantu meningkatkan penyerapan calcium dalam badan, menguatkan tulang)
– Vitamin C + Lysine (membantu menaikkan selera makan)

Sebelum Ambil Vitamin C, Kenali Dulu Jenis-jenis Yang Ada Di Pasaran & Ketahui Kebaikannya
Gambar Hiasan

Dapatkan pelbagai jenis Vitamin C dari Watson DI SINI

Sumber: Farmasi Sabak Bernam

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI