Panadol memang terkenal sebagai ubat melegakan kesakitan. Ia sering diambil ketika kita mengalami demam atau sakit kepala.

Selain mudah didapati kerana dijual di kebanyakan kedai dan farmasi, Panadol juga tersedia dalam pelbagai jenis.

Adakalanya jenis-jenis ini membuatkan kita keliru Panadol mana yang sepatutnya kita beli untuk melegakan kesakitan. Bimbang sekiranya tersalah beli, boleh memberi kesan kepada kesakitan anda.

Sebelum anda ingin membeli Panadol bagi melegakan kesakitan, pastikan anda tahu dahulu jenis dan kegunaannya. Barulah Panadol yang anda makan lebih berkesan dan kesakitan yang anda alami cepat lega.

Ikuti perkongsian ahli farmasi Zaith Pharmacy yang berkongsi tentang enam jenis Panadol ini.

“Bang, apa beza panadol ni dengan yg tu?”

Haa… jawab. Semua ada paracetamol (PCM), kenapa namanya lain-lain?

1. PANADOL ACTIFAST

Sebelum Makan Tahu Dulu Jenis & Kegunaan 6 Panadol Ini, Barulah Sakit Cepat Lega!

  • Terkenal, tetapi ramai tidak tahu kenapa ianya lebih pantas berkesan berbanding yang biasa.
  • Ianya menggunakan sodium sebagai salah satu exipient untuk meningkatkan pergerakan paracetamol dari perut ke usus kecil (bahagian utama PCM akan diserap).
  • Jadi, bila lagi cepat PCM dapat tiba di usus kecil, lebih cepat ianya dapat diserap dan mencapai paras terapeutik yang diperlukan.
  • Harus diingat, untuk mencapai kecepatan tersebut, ianya memerlukan dua kaplet diambil serentak untuk mendapatkan jumlah sodium yang cukup. Kalau ambil satu kaplet sahaja, keberkesanannya tidak jauh beza dengan ambil yang regular.
  • Setiap kaplet mengandungi 173mg sodium. So, hati-hati bagi yang mempunyai masalah darah tinggi ya.

2. PANADOL OPTIZORB

Sebelum Makan Tahu Dulu Jenis & Kegunaan 6 Panadol Ini, Barulah Sakit Cepat Lega!

IKLAN
  • Ini formulasi baru. Ramai tanya, apa beza dengan Actifast kalau dua-dua pantas keberkesanannya?
  • Perbezaannya adalah, formulasi optizorb menggunakan kalsium karbonat dan asid alginik yang akan menguraikan kaplet ini dengan cepat. Maka PCM akan lebih mudah dan cepat diserap.
  • Dinyatakan bahawa paras terapeutik seawal 15 minit, berbanding panadol dengan formulasi biasa; 45 minit – 1 jam 15 minit.
  • Kelebihannya: pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.

3. PANADOL EXTRA

Sebelum Makan Tahu Dulu Jenis & Kegunaan 6 Panadol Ini, Barulah Sakit Cepat Lega!

  • Apa yang extra? Untuk kaplet ini, digabungkan PCM bersama kafein 65mg. Sesuai untuk kes migrain atau kesakitan yang lebih kuat.
  • Dinyatakan bahawa kafein berupaya untuk meningkatkan keupayaan analgesik (menahan sakit) yang ada. Tetapi ada beberapa kajian yang meragui keberkesanannya.
  • Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan yang mengandung. Begitu juga pengambilan kafein melebihi 300mg oleh ibu yang menyusu boleh menyebabkan gangguan tidur kepada anak susuan.
  • Maka, kita tidak galakkan pemberiannya kepada ibu yang mengandung dan menyusu badan.

4. PANADOL EXTEND

Sebelum Makan Tahu Dulu Jenis & Kegunaan 6 Panadol Ini, Barulah Sakit Cepat Lega!

  • Kelebihannya adalah kesannya bertahan lebih lama (8 jam) daripada lain-lain produk Panadol (4-6 jam).
  • Mempunyai dua lapisan yang bertindak memanjangkan tempoh penyerapan seterusnya mengekalkan paras terapeutik pada tempoh yang lebih lama.
  • Sesuai untuk kesakitan kronik yang mengganggu urusan kerja yang memerlukan penumpuan lebih lama.

5. PANADOL SOLUBLE

Sebelum Makan Tahu Dulu Jenis & Kegunaan 6 Panadol Ini, Barulah Sakit Cepat Lega!

IKLAN
  • Biasa digunakan untuk mereka yang susah telan ubat tablet.
  • Berkesan, tetapi kandungan sodiumnya yang sangat tinggi (427mg/tab).
  • Tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai darah tinggi.

6. PANADOL MENSTRUAL

Sebelum Makan Tahu Dulu Jenis & Kegunaan 6 Panadol Ini, Barulah Sakit Cepat Lega!

  • Khusus buat wanita pada tempoh PMS dan semasa awal haid datang.
  • Memberikan kelegaan pada senggugut dan gabungan bersama pamabrom 25mg membantu menyingkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa haid.

Haa… dah faham? Kalau tahu cara penggunaan, kesakitan yang dirasai lebih berkesan dikawal cukup dengan paracetamol.

Maka, jangan cepat sangat minta ubat tahan sakit jenis NSAID (seperti ibuprofen, voren, naproxen, diclofenac dll.). Risiko untuk perut dan buah pinggang berbagai.

Mari kami di Zaith Pharmacy bantu terangkan kaedah mengawal kesakitan dengan cara lebih selamat dan murah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI