Setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina, mesti anda akan dapat atau beli buah limau mandarin.

Dalam rasa sedap makan buah limau ini, apa kata kita baca 7 khasiat yang terkandung di dalamnya.

Sedapkan Buah Limau Mandarin? Ini 7 Khasiatnya Yang Anda Perlu Tahu!

1. Kaya dengan Vitamin C

Dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.

IKLAN

2. Kandungan kalsium yang tinggi

Dapat menguatkan gigi dan mujarab bagi meningkatkan ketahanan badan, terutamanya tulang dari ancaman osteoporosis.

3. Mengandungi asid folik dan vitamin B9

Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folik setiap hari. Ia juga merupakan sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung.

IKLAN

4. Mengandungi pektin

Pektin adalah serat tinggi yang larut dalam air yang telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar, di samping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.

IKLAN

5. Berupaya mengubati penyakit

Limau mandarin dapat mengubati penyakit asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang larutan bergaram dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan serta melindungi paru-paru daripada dijangkiti virus semula.

6. Mengandungi karbohidrat

Karbohidrat yang terdapat dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam buah ini akan bertambah apabila buahnya semakin tua, namun kemasamannya pula semakin berkurangan. Buah yang mendapat sinaran matahari yang mencukupi akan mengandungi gula dan vitamin C yang lebih banyak.

7. Mengurangkan risiko kanser

Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus ini amat baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser, selain memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok dalam kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI