Foto : Sirap Limau

Bangun pagi, gosok gigi, kumur lepas makan pun sama. Rasa mulut bersih, nafas segar.

Tapi apa yang tak ramai tahu, rutin harian ni sebenarnya boleh jejaskan kesihatan dalaman lelaki, perlahan-lahan, tanpa kita sedar pun.

Satu kajian dari jurnal Nitric Oxide dedahkan bahawa mouthwash antiseptik boleh ganggu sistem penting badan hanya dalam masa 7 hari.

Bakteria baik dalam mulut bukan musuh

Segar Nafas, Tapi ‘Mati Muda’? Bahaya Mouthwash Yang Ramai Lelaki Tak Sedar
Foto : Facebook Masdi Hazli

Dalam mulut kita, ada bakteria baik yang bantu hasilkan satu molekul penting iaitu Nitric Oxide (NO).

NO ni bukan sebarang molekul ia bantu rilekskan salur darah, kawal tekanan darah, dan pastikan oksigen cukup sampai ke otak.

Tapi bila kita guna mouthwash antiseptik yang terlalu kuat, semua bakteria baik dan jahat kena sapu bersih.

Akibatnya? Tubuh hilang sokongan semulajadi yang sepatutnya bantu kita stay sihat dan fokus.

Bila NO berkurang, sistem mula perlahan.

Tanpa cukup Nitric Oxide, tekanan darah naik, oksigen ke otak menurun, dan fungsi saraf terganggu.

Ads

Lama-lama, ia boleh bawa kepada risiko nyanyuk, stroke, dan sakit jantung.

Segar Nafas, Tapi ‘Mati Muda’? Bahaya Mouthwash Yang Ramai Lelaki Tak Sedar
Foto : Pepsodent

Ya, benda ni bukan mitos kesannya dah terbukti secara saintifik. Dan tak perlu tunggu bertahun.

Cukup seminggu dua kali sehari guna mouthwash sistem kau dah mula berubah.

Rasa sihat luar, tapi dalaman makin hancur

Lelaki moden suka jaga badan. Pergi gym, makan clean, pakai serum, semua on point.

Tapi kalau benda sekecil mouthwash boleh rosakkan keseimbangan hormon dan sistem imun semua usaha tu boleh jadi sia-sia.

Ads

NO jugak penting untuk kesuburan, tenaga seksual, dan prestasi fizikal. Bila dia terganggu, hidup rasa lemah walaupun kau nampak ‘fit’.

Bukan semua benda yang rasa bersih tu bagus untuk badan. Kadang benda kecil yang kita anggap harmless tu lah yang makan diri perlahan-lahan.

Kalau kau boleh spend untuk perfume, gym dan skincare, kenapa tak ambil masa fikir balik tentang apa yang masuk mulut?

Segar Nafas, Tapi ‘Mati Muda’? Bahaya Mouthwash Yang Ramai Lelaki Tak Sedar

Jadi lelaki yang bukan sekadar nampak wangi

Kau tak perlu buang mouthwash terus. Tapi kau kena bijak pilih dan tahu bila nak guna.

Ads

Sebab kesihatan jangka panjang bukan tentang satu tindakan besar tapi dari rutin harian kecil yang kita buat tanpa fikir.

Lelaki yang steady bukan yang cuma jaga bau mulut… tapi yang tahu jaga dalaman sampai ke otak dan jantung.

Sumber : Facebook Masdi Hazli

BACA LAGI : Makan Lebih 9 Ulas Durian Boleh Gemuk? Ini Fakta Ramai Tak Tahu!

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads