Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ada memberitahu orang ramai ramai dinasihatkan untuk meningkatkan tahap kebersihan dengan kerap mencuci tangan terutama selepas mengendalikan haiwan peliharaan sebagai langkah berjaga-jaga COVID-19.

“Saya faham orang ramai tertanya-tanya tentang haiwan peliharaan mereka. Untuk ‘animal lover’ mereka menganggap haiwan itu sebagai sebahagian daripada keluarga mereka sendiri.

“Jika kita tidak mengjaga jarak daripada haiwan dan binatang peliharaan, adalah penting untuk menjaga kebersihan diri setiap masa termasuk ketika bersentuhan dengan haiwan dan binatang peliharaan.

“Basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya. Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Veterinar untuk nasihat lanjut mengenai perkara ini” Tulisnya di Facebook.

IKLAN
Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat tujuh jenis koronavirus yang menjangkiti manusia, antaranya Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan terkini Covid-19.

Baru-baru ini sepasukan penyelidik di Hong Kong melaporkan dua ekor anjing didapati positif Covid-19 selepas melalui ujian reaksi polimerase berantai (PCR) dan terbaru seekor harimau di Taman Haiwan Bronx, New York turut dikesan positif COVID-19 sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai.

Sementara itu, di Facebook Public Health Malaysia juga turut memberikan Indo dan pandauan buat orang ramai tentang kucing.

“Segera Basuh Tangan Sebelum & Selepas Pegang Haiwan Peliharaan!” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

IKLAN

Menurut mereka bolehkah haiwan peliharaan boleh di jangkiti COVID-19, jawapanya “KEMUNGKINAN” kerana ia bukan perkara baru. SARS 2003 juga dilaporkan menjangkiti kucing dan anjing hingga positif di Hong Kong. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang bukti ianya boleh tersebar kepada manusia.

“Segera Basuh Tangan Sebelum & Selepas Pegang Haiwan Peliharaan!” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Menjawab kepada persoalan bolehkan virus ini dipidahkan melalui sentuhan? PHM juga berkata risikonya dengan sentuhan adalah rendah kerana bulu haiwan adalah berliang, jika masih risau anda boleh mandikan ia.

IKLAN

“Segera Basuh Tangan Sebelum & Selepas Pegang Haiwan Peliharaan!” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah “Segera Basuh Tangan Sebelum & Selepas Pegang Haiwan Peliharaan!” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah “Segera Basuh Tangan Sebelum & Selepas Pegang Haiwan Peliharaan!” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah “Segera Basuh Tangan Sebelum & Selepas Pegang Haiwan Peliharaan!” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Namun bagaimanapun, PHM tetap menekankan kepada orang ramai untuk sayangi haiwan. Malah jika seseorang individu telah di sahkan positif covid, sebagai langkah kebajikan, jangan lupa untuk beritahu jiran dan ahli keluarga untuk bekalkan makanan kepada haiwan peliharaan tersebut.

 

Sumber: Noor Hisham Abdullah & Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI