
Mulai Rabu, 1 April 2020, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menawarkan kemudahan pembayaran RFID di kesemua 83 tol sistem tertutup dari Utara ke Selatan, termasuk Lebuh raya LPT2 sepanjang Pantai Timur.
Walaupan transaksi tol menggunakan RFID diperkenalkan, transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi boleh diterima di plaza-plaza tol bagi memudahkan pelanggan lebuh raya mengambil masa untuk bertukar kepada RFID dalam tempoh jangka masa tahun ini.
Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem RFID untuk transaksi tol, PLUS menasihatkan agar mereka segera memasang pelekat Tag RFID di pusat-pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.
Apa itu Sistem RFID?
“Best sangat ke guna RFID ini? Apa kelebihan RFID ni pada pengguna? Susah tak nak pasang RFID? Dekat mana boleh pasang RFID?”🤔
Antara soalan yang sering ditanya oleh pengguna lebuhraya. Nak tahu lebih lanjut mengenai RFID ni? Jom baca visual di bawah! 😉
Siapa yang boleh menggunakan Sistem RFID?
Haaa.. kalau tak pasti kenderaan anda boleh ke tidak pakai sistem RFID ni.. Meh kami jelaskan kepada yang ingin tahu 😉
Akan bermula pada 1 April ini
Bermula pada 1 April 2020 nanti, sistem #RFID Touch ‘n Go sudah boleh digunakan di semua 83 plaza tol sistem tertutup di sepanjang lebuhraya PLUS. Sebanyak 131 lorong telah dikhususkan untuk RFID bagi kemudahan semua pengguna Kenderaan Penumpang (Kelas 1) lebuhraya PLUS.
Transaksi tol secara RFID Touch ‘n Go dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik di lorong tol.
17 Pusat Pemasangan Tag RFID dibuka di R&R Terpilih Mulai 13 Mac 2020
Pusat pemasangan Tag RFID akan turut dibuka di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bermula 13 Mac bagi membolehkan pelanggan lebuh raya untuk membuat pemasangan pada kenderaan masing-masing.
Senarai Pusat Pemasangan Tag RFID di R&R adalah seperti berikut:-
Sementara itu, sebanyak 173 lorong RFID (termasuk 131 Lorong Khas RFID) akan dibuka di 83 buah plaza tol di Lebuh raya PLUS bermula 1 April 2020.
Selain R&R Terpilih, pemasangan Tag RFID juga boleh dibuat di lokasi-lokasi ini. Klik pada pautan di bawah:
https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres dan https://www.tngdigital.com.my/rfid.
Untuk maklumat lanjut, klik https://bit.ly/38DeRI8 atau layari www.plus.com.my.
Sumber & gambar: PLUS Malaysia
Cara Pilih Powerbank Sebelum Membelinya Agar Keselamatan Lebih Terjamin

Bercakap tentang powerbank pastinya semua orang ada memilikinya. Bertindak sebagai penyambung’ nyawa’ telefon pintar anda, powerbank kini menjadi salah satu aksesori wajib ada bagi pengguna telefon pintar yang aktif.
Telefon pintar kini bukan digunakan sebagai peranti telekomunikasi sahaja namun ia lebih daripada itu. Peniaga online sebagai contoh pastinya sentiasa mahu telefon pintar mereka sentias hidup dan berfungsi.
Begitu juga dengan gamers yang tidak mahu terlepas momen-momen penting karier dalam alam maya mereka.
Walaupun kini semakin banyak pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk disertakan bateri besar dan tahan lama namun ia masih tidak mencukupi buat pengguna yang benar-benar aktif.
Powerbank boleh dikatakan sebagai salah satu pengecas bateri mudah-alih, dan pelbagai pengeluar menawarkannya di pasaran.
Apakah ciri-ciri powerbank yang perlu anda beri perhatian sebelum membelinya?
Input dan Output
Output yang dikeluarkan oleh sesuatu powerbank adalah salah satu perkara yang perlu diketahui sebelum anda membelinya, dan ia juga bergantung kepada peranti yang anda akan gunakannya untuk tujuan pengecasan.
Boleh dikatakan kebanyakkan telefon pintar hari ini boleh menerima pengecasan pada kadar 1A, dan beberapa telefon pintar yang menerima lebih daripadanya. Sebagai contoh, telefon pintar yang dilengkapi dengan sokongan Qualcomm Quick Charge boleh menerima kuasa pengecasan sehingga 2A melalui port USB – sekaligus membuatkan masa pengecasan menggunakan powerbank lebih pantas berbanding kebiasaan.
Kesesuaian cas
Selain telefon pintar, beberapa tablet juga boleh menerima kuasa pengecasan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, iPad tidak boleh dicas pada kuasa 1A, dan memerlukan lebih daripadanya. Beberapa powerbank turut hadir dengan dua port pengecasan, dimana kebiasaannya pada 1A dan juga 2.1A.
Disamping output, bagaimana input ataupun bagaimana sesuatu powerbank dicas juga perlu diberi perhatian. Terdapat beberapa powerbank yang memerlukan kabelnya tersendiri dan tidak menggunakan kabel USB biasa untuk pengecasan. Perkara ini mungkin tidak digemari ramai memandangkan perlu menguruskan satu lagi kabel tambahan untuk disimpan.
Beberapa penjual powerbank juga turut menyarankan untuk menggunakan kabel yang didatangkan bersama-sama peranti yang dibeli untuk dihubungkan antara peranti dengan powerbank.
BACA: 10 Telefon Pintyar Terbaik Berharga Bawah RM1000
Kapasiti Storan
Kapasiti simpanan juga memainkan peranan penting dalam membuat pembelian powerbank anda. Secara kasarnya, boleh dikatakan dimana powerbank dengan kapasiti storan tenaga lebih tinggi akan bersaiz lebih besar dan lebih berat. Perkara ini mungkin memerlukan anda memilihnya berdasarkan kepada kemudahan anda membawanya ke mana-mana, dan tidak terganggu dengan saiz powerbank yang besar.
Disamping itu, dengan kapasiti bersaiz besar, ia juga akan mengambil masa pengecasan powerbank yang lebih lama untuknya – tetapi boleh digunakan untuk mengecas peranti beberapa kali berbanding dengan kapasiti bersaiz kecil.
Sering kali ramai yang membuat pengiraan berdasarkan kapasiti simpanan powerbank dan juga kuasa bateri telefon pintar. Pengiraan ini boleh dikatakan agak kurang tepat disebabkan kadang-kala kuasa hilang dalam sesetengah proses, selain mana kadang-kala powerbank turut digunakan bukan hanya ketika telefon pintar kehabisan bateri sepenuhnya.
Pastikan yang original
Dengan lambakan powerbank di pasaran pada hari ini, jenama dan keaslian powerbank tersebut sendiri perlulah diberi perhatian. Terdapat beberapa penjual yang menjual powerbank tiruan yang mana hadir dengan bateri berbentuk alkali dan tidak bertahan lama. Ia juga boleh dikatakan agak membahayakan peranti anda sendiri.
Untuk memastikan anda membeli pengecas asli, mungkin anda boleh mendapatkan powerbank tersebut daripada penjual atau pengedar rasmi sesuatu jenama, ataupun membeli terus melalui kedai-kedai mereka.
Jenis bahan bateri
Lain-lain perkara yang turut boleh diberikan perhatian oleh anda ketika ingin membeli sesuatu powerbank adalah termasuk bilangan port yang disediakan untuk pengecasan, dan beberapa ciri-ciri tambahan. Powerbank berasaskan Li-Polimer juga dilihat lebih selamat dan mempunyai kadar kehilangan cas yang rendah berbanding beberapa powerbank lain.
Pengguna juga mungkin boleh memberikan perhatian kepada beberapa ciri-ciri keselamatan dan keserasian dengan peranti yang disertakan pada sesuatu powerbank sebelum membuat pembelian – untuk mengelakkan ia merosakkan peranti anda, ataupun meletup secara tiba-tiba.
9 Rahsia Untuk Kekal Kurus Walaupun Anda Suka Makan!

Biasanya kalau hobi suka makan, tentu anda khuatir berat badan akan mengembang dan gemuk. Sebenarnya tanggapan anda itu tidak benar. Bagi yang suka makan, kini anda tak perlu risau kerana ada rahsia yang boleh anda amalkan untuk kekal kurus.
Ini 9 rahsia yang boleh anda amalkan untuk kekal kurus walaupun anda suka makan.
1. Jangan abaikan sarapan
Ramai yang suka memandang ringan dengan sarapan pagi. Mereka merasakan sarapan tidak penting, padahal jika anda mengabaikannya anda akan cenderung makan lebih banyak di waktu tengah hari. Pakar pemakanan menyarankan agar makan sarapan pagi sebelum melakukan sebarang aktiviti. Kepentingan sarapan dalam menjaga berat badan disokong oleh kajian dari American Journal of Epidemiolog. Ia mengatakan bahawa orang yang sarapan rata-ratanya hanya bertambah lemak sebesar 0.85 kg. Sementara bagi yang tidak sarapan, berat badan akan naik sekitar 1.5 kg. Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan sarapan dalam menjaga berat badan.
2. Kunyah makanan sampai lumat
Mengunyah dengan baik sangat membantu pencernaan. Makanan yang dikunyah sehingga halus menjadi lebih efisien dalam memecahkan enzim air liur. Selain itu, mengunyah makanan secara perlahan juga dapat membantu otak menerima informasi ketika perut sudah berasa kenyang. Kesempatan otak untuk menerima informasi itu tidak akan dipenuhi jika anda makan terlalu cepat. Mengunyah makanan menjadi penting sehingga dapat memastikan makanan sepenuhnya dicernakana kerana tidak semua makanan yang masuk ke dalam mulut dapat dicerna dalam perut. Mengunyah makanan hingga lumat akan memungkinkan pemecahan semua makanan sehingga memastikan semua nutrisi dari makanan tersedia untuk tubuh.
3. Makan kerap dengan jumlah sikit
Tanggapan orang ramai bahawa makan sedikit membuatkan badan cepat kurus sememangnya salah. Jika ingin kurus, anda disarankan makan secara kerap. Jika amda biasanya makan tiga kali sehari, saat berdiet tambahkan jumlah pengambilan makanan menjadi lima kali sehari. Yang penting, ambil makanan dalam jumlah yang sedikit setiap kali anda makan. Ini akan membantu kadar gula darah kekal normal, karbohidrat akan terserap dengan sempurna dan metabolisme tubuh akan meningkat sehingga membuatkan berat badan anda terjaga.
4. Biasakan minum teh hijau kosong
Selain khasiat untuk kesihatan, teh hijau juga penting untuk menurunkan berat badan dan mencantikkan kulit. Menurut kajian, kandungan Epilgallocatechin Gallate (ECGC) dalam teh membantu pembakaran lemak dalam tubuh. Bukan itu sahaja, teh hijau juga berkhasiat untuk mengurangkan nafsu makan. Pastikan anda minum teh hijau tanpa gula agar kandungan kalorinya tidak membuatkan anda gemuk. Teh hijau sebaiknya diminum dalam keadaan hangat sehingga tingkat kepekatannya tidak berkurangan. Jadi minumlah teh hijau di pagi hari dan menjelang makan untuk membantu pembakaran lemak di tubuh.
5. Minum dua gelas air sebelum makan
Menurut kajian, orang yang minum dua gelas air sebelum makan mempunyai peluang untuk menghilangkan berat badan berbanding orang yang tidak minum air. Selain fungsi air untuk melarutkan lemak dalam tubuh, ia juga membuatkan anda rasa lebih kenyang lantas anda mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit. Jadi jika anda suka makan, pastikan anda minum air terlebih dahulu sebelum makan. Bukan itu sahaja, minumlah lapan gelas air dalam sehari agar berat badan ideal anda kekal terpelihara.
6. Kurangkan makanan bergoreng
Makanan berminyak dan bergoreng adalah sumber lemak berbahaya untuk tubuh badan. Selain menjejaskan kesihatan, makanan sebegini dapat menyebabkan berat badan mudah naik. Bagi mengelakkan berat bertambah, kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak. Anda boleh menggantikannya dengan makanan yang dikukus ataupun direbus.
7. Gantikan snek dengan buah atau kekacang
Jika anda selalu makan kudap-kudapan atau snek yang manis, kini tiba masanya untuk anda elak makanan tersebut dalam senarai anda. Pasti anda tahu kandungan minyak dan gula akan menggagalkan niat anda untuk kurus. Sebagai gantinya, anda boleh mengambil kudapan sihat seperti buah-buahan atau badam agar keinginan anda untuk mengunyah masih boleh dipenuhi.
8. Keraplah berjalan kaki
Kalau anda nak kurus, selalu-selalulah berjalan kaki. Jalan kaki merupakan salah satu bentuk senaman ringan yang terbukti untuk menurunkan berat badan. Menurut kajian, berjalan kaki secara santai selama 30 minit dalam sehari dapat membakar 75 kalori. Apabila anda menambahkan kelajuan dan tempoh berjalan kaki, semakin banyak kalori yang akan dibakar. Jadi mulai sekarang, jangan malas berjalan kaki. Kurangkan penggunaan lif dan naiklah tangga.
9. Bersenam secara konsisten
Selain berjalan kaki, anda juga harus bersenam secara konsisten untuk menyegarkan tubuh dan membakar kalori. Menurut jurnal kajian Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism, dalam seminggu anda disarankan bersenam selama 150 minit agar badan kekal segar dan berat badan berada pada angka normal.
Berdoalah Sebelum Berbuka Puasa Kerana Waktu Ini Doa Tidak Akan Ditolak Allah SWT!

Mesti ada yang tidak tahu berdoa sebelum berbuka puasa & menjelang makan sahur adalah waktu yang mujarab. Malah jika kita berdoa sebelum waktu berbuka dan bersahur, in sha Allah doa kita tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Namun sayangnya pada waktu ini, ramai yang tidak mengambil peluang berdoa sebelum berbuka puasa kerana masih leka menonton tv, mundar-mandir di bazar ataupun bermain telefon bimbit di meja makan. Begitu juga ketika menjelangnya makan sahur. Dengan kepala mamai dan mata mengantuk, anda akan terus makan.
Ilmu bermanfaat ini telah dikongsikan oleh Ustaz Iqbal Zain menerusi laman Facebooknya. Masih belum terlambat untuk kita mengamalkannya bermula hari ini. Semoga di bulan yang penuh barakah ini, doa kita akan dimakbulkan Allah SWT.
BACA: Tukar Cara Berdoa Ikut 6 Formula Yang Wanita Ini Kongsi Agar Doa Mudah Dimakbulkan!
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi sayangnya banyak kaum Muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan Maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahupun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang dilakukan kaum Muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka menjelang azan Maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca Allahuma lakasumtu… atau Dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
BACA: Waktu-Waktu Paling Mustajab Berdoa Sepanjang Bulan Ramadan
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
Cadangan doa ketika berbuka puasa
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua.
SILA SHARE DAN SEBARKAN