Gaya Hidup

Segera Pasang Pelekat Tag RFID, Bakal Bermula Di 83 Tol Plus 1 April Ini!

Share

Mulai Rabu, 1 April 2020, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menawarkan kemudahan pembayaran RFID di kesemua 83 tol sistem tertutup dari Utara ke Selatan, termasuk Lebuh raya LPT2 sepanjang Pantai Timur.

Walaupan transaksi tol menggunakan RFID diperkenalkan, transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi boleh diterima di plaza-plaza tol bagi memudahkan pelanggan lebuh raya mengambil masa untuk bertukar kepada RFID dalam tempoh jangka masa tahun ini.

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem RFID untuk transaksi tol, PLUS menasihatkan agar mereka segera memasang pelekat Tag RFID di pusat-pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

Apa itu Sistem RFID?

“Best sangat ke guna RFID ini? Apa kelebihan RFID ni pada pengguna? Susah tak nak pasang RFID? Dekat mana boleh pasang RFID?”🤔

Antara soalan yang sering ditanya oleh pengguna lebuhraya. Nak tahu lebih lanjut mengenai RFID ni? Jom baca visual di bawah! 😉

Siapa yang boleh menggunakan Sistem RFID?

Haaa.. kalau tak pasti kenderaan anda boleh ke tidak pakai sistem RFID ni.. Meh kami jelaskan kepada yang ingin tahu 😉

Akan bermula pada 1 April ini

Bermula pada 1 April 2020 nanti, sistem #RFID Touch ‘n Go sudah boleh digunakan di semua 83 plaza tol sistem tertutup di sepanjang lebuhraya PLUS. Sebanyak 131 lorong telah dikhususkan untuk RFID bagi kemudahan semua pengguna Kenderaan Penumpang (Kelas 1) lebuhraya PLUS.

Transaksi tol secara RFID Touch ‘n Go dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik di lorong tol.

17 Pusat Pemasangan Tag RFID dibuka di R&R Terpilih Mulai 13 Mac 2020

Pusat pemasangan Tag RFID akan turut dibuka di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih bermula 13 Mac bagi membolehkan pelanggan lebuh raya untuk membuat pemasangan pada kenderaan masing-masing.

Senarai Pusat Pemasangan Tag RFID di R&R adalah seperti berikut:-

Sementara itu, sebanyak 173 lorong RFID (termasuk 131 Lorong Khas RFID) akan dibuka di 83 buah plaza tol di Lebuh raya PLUS bermula 1 April 2020.

Selain R&R Terpilih, pemasangan Tag RFID juga boleh dibuat di lokasi-lokasi ini. Klik pada pautan di bawah:

https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres dan https://www.tngdigital.com.my/rfid.

Untuk maklumat lanjut, klik https://bit.ly/38DeRI8 atau layari www.plus.com.my.

Sumber & gambar: PLUS Malaysia

IKLAN