Kebiaasaannya pelancaran atau pengenalan koleksi fesyen ditampilkan menerusi peragaan pentas sama ada di dalam dewan atau pentas tersendiri. Berbeza dengan acara AEON Fashion Preview 2022 (AFP2022) yang berlangsung semalam.
Acara yang diadakan tiga kali setahun ini menyaksikan koleksi fesyen diperagakan oleh barisan peragawan dan peragawati di sebuah tapak makanan jalanan urban popular iaitu di Tapak Urban Street Dining KL.
Menerusi instalasi terbaru AFP2022 bagi koleksi November 2022 hingga Februari 2023, beberapa jenama fesyen tempatan dan jenama AEON sendiri turut diangkat bersama. Ia menampilkan empat koleksi utama seperti Neonate x Guy’s Vision, Scarlet Loungewear, SCAR, Arcadia, Crème dan J-Kids.
Ads
Di antara koleksi yang paling menarik perhatian ialah Neonate x Guy’s Visoon yang membawakan tema parti meraikan kehidupan. Manakala Ti:Zed pula mengetengahkan koleksi pasangan dua sejoli.
“Bersempena meraikan ulang tahun AEON ke 39 di Malaysia, kami berasa cukup teruja untuk terus mengembangkan jenama fesyen AEON dan juga jenama pereka tempatan. Jenama kami seperti Scarlet, Agenda, Suave dan Crème telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat negara ini.
Ads
“Kami juga secara berterusan menerokai teknologi tektil terkini untuk menghasilkan seleksi pakaian yang memetingkan estetika dan juga mempromosikan kesihatan yang baik. Sebagai contoh menerusi jenama baru seperti innerCasual dan juga koleksi + Collection yang merangkumi pelbagai saiz,” jelas Ketua Pengarah Operasi dan Timbalan Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Naoya Okada.
Ads
Salah satu objektif yang turut dibawakan oleh AEON menerusi koleksi AFP2022 ialah menerajui kepentingan dalam berpakaian untuk kepuasan individu berbanding memuaskan hati orang lain.
Majlis pengenalan koleksi ini turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dari Yonnyboii dan pertunjukan dari Orang Orang Drum Theatre.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama jam tangan mewah dari Switzerland, Rado, terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia sukan apabila mengumumkan pelantikan bintang kriket antarabangsa, Kagiso Rabada sebagai duta global terbaharu mereka.
Kolaborasi antara Kagiso Rabada dan Rado ini bukan sekadar satu kerjasama biasa, malah membawa makna lebih besar dalam dunia gaya hidup premium dan sukan elit.
Pengumuman ini mencerminkan gabungan dua dunia yang berkongsi nilai sama iaitu ketepatan, disiplin dan prestasi tahap tertinggi.
Kagiso Rabada dikenali sebagai antara pemain boling laju terbaik dunia, bukan sahaja terkenal dengan kelajuan balingan mencecah antara 140 hingga 150 kilometer sejam, tetapi juga konsistensi dan ketajaman taktikalnya di atas padang.
Sebagai duta global, beliau bakal menjadi wajah utama dalam kempen antarabangsa Rado selama tiga tahun, sekali gus menghubungkan jenama tersebut dengan peminat kriket di seluruh dunia.
Mengulas mengenai kerjasama ini, Kagiso Rabada menyifatkannya sebagai satu penghormatan besar dalam kariernya.
“Saya berasa amat gembira, rendah hati dan bangga untuk mengumumkan kerjasama saya bersama Rado. Ketepatan masa, ketelitian dan prestasi adalah elemen penting di atas padang dan juga dalam pembuatan jam, jadi ini adalah padanan yang sempurna dan saya benar benar teruja dengan perjalanan yang akan datang.”
Kenyataan ini jelas menggambarkan keserasian antara dunia sukan dan seni pembuatan jam, di mana setiap detik memainkan peranan penting.
Sejak membuat penampilan antarabangsa pada tahun 2014 dan debut Test pada 2015, Rabada telah mencipta pelbagai pencapaian membanggakan. Antara yang paling menonjol ialah rekod sebagai pemain terpantas mencapai 300 wicket dalam kriket Test, sekali gus meletakkannya dalam kelompok elit sukan tersebut.
Beliau juga mencipta nama dalam Indian Premier League sejak 2017, termasuk memenangi Purple Cap pada 2020 sebagai pemain dengan jumlah wicket tertinggi serta mencatat rekod mengambil sekurang kurangnya satu wicket dalam 25 perlawanan berturut turut.
Lebih mengagumkan, Rabada turut memainkan peranan penting dalam membantu Afrika Selatan menjuarai Kejohanan Ujian Dunia Kriket Antarabangsa 2025 dengan sembilan wicket dalam perlawanan akhir, satu rekod baharu dalam kejohanan tersebut.
Dalam konteks ini, pemilihan Kagiso Rabada Rado sebagai duta global bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Karakter beliau di atas padang yang agresif, tepat dan konsisten selari dengan identiti Rado sebagai jenama yang sinonim dengan inovasi, ketahanan dan ketepatan masa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rado, Adrian Bosshard, kriket dan pembuatan jam berkongsi banyak persamaan dari segi disiplin dan ketelitian.
“Kriket adalah sukan yang menuntut ritma, ketenangan dan ketepatan luar biasa. Di Rado, kami menterjemahkan semangat itu dalam setiap jam tangan melalui inovasi bahan, reka bentuk yang sempurna dan keanggunan yang berkekalan.
“Kagiso Rabada adalah ikon di atas padang dan contoh inspirasi kepada ramai atlet serta peminat. Kami amat berbangga dapat melantiknya sebagai duta global jenama kami.”
Pelantikan ini juga menjadi sebahagian daripada strategi Rado dalam memperkukuh hubungan dengan dunia kriket.
Sebelum ini, jenama tersebut telah melantik pemain Australia, Cameron Green sebagai duta global serta menjalin kerjasama dengan European Cricket Council sejak 2025.
Dalam masa sama, Rabada sendiri aktif dalam membangunkan generasi baharu pemain kriket melalui penubuhan Akademi Boling Laju KG Rabada pada 2023, yang memberi tumpuan kepada latihan teknikal, fizikal dan mental bagi atlet muda.
Kolaborasi ini juga mencerminkan satu naratif yang lebih besar, bagaimana jenama premium kini semakin cenderung untuk memilih atlet bukan sekadar berdasarkan populariti, tetapi juga nilai, disiplin dan pengaruh jangka panjang.
Dalam dunia gaya hidup moden yang semakin menghargai keseimbangan antara gaya dan prestasi, kerjasama seperti Kagiso Rabada dan Rado membawa satu mesej jelas bahawa ketepatan masa bukan sekadar fungsi, tetapi satu identiti.
Dan dalam kes Rabada dan Rado, ia adalah tentang bagaimana setiap saat, sama ada di atas padang atau di pergelangan tangan, membawa makna yang lebih besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Musim raya ni selain daripada balik kampung berjumpa dengan sanak saudara, pasti anda terdetik unutuk manjakan diri anda dengan rawatan spa dan urut kan? Mana tidaknya, menjelang raya pasti anda dan rakan sekerja sibuk menyiapkan tugasan kerana tak nak diganggu oleh majikan musim perayaan ini. Jadi alag-alang dah ambil cuti seminggu tu, apa kata anda manjakan diri ke tempat-tempat ini yang tak mahal pun harganya. Tahu dah, duit dah banyak habis ketika raya kan!
Ajak suami atau isteri anda di pusat urut yang berada di NU Sentral ini. Antara sebab mengapa kami memilih tempat ini adalah ia sering mendapat pujian daripada pelanggan yang hadir. Rekaan dalamannya pula cantik dan menarik kerana ia bercirikan Thai. Rasa macam berada di Thailand pula. Anda boleh mendapat rawatan urut 30 minit di kepala, tengkuk dan bahu dengan RM58+. Selain itu, anda juga boleh cuba urutan kaki selama 30 minit dengan harga RM68+ atau urutan badan Thai selama sejam dengan hanya RM98+. Mampu kan?
Bagi isteri-isteri yang nak kan rawatan dacial anda boleh ke Herbaline yang menawarkan servis Relaxing Facial dengan harga RM73.10 untuk satu jam yang mampu untuk menyegarkan wajah tanpa meninggalkan kesan-kesan merah pada pipi anda. Namun jika anda mahukan urutan spa, tempat ini menyediakan servis rubdown untuk 75 minit dengan RM88 satu sesi. Jadi bila anda ke open house, anda boleh kelihatan cantik tanpa masalah.
Lihat saja deko luar yang cantik, anda pasti takut untuk masuk ke dalam kerana caj mahal. Namun jangan risau, Thai Odyssey mempunyai banyak cawangan sekitar Malaysia menyediakan servis hebat dengan harga berpatutan. Anda boleh memilih utnuk melakukan urutan separuh badan dnegan harga serendah RM58+ untuk 30 minit yang bakal melegakan kepala, tengkuk dan bahu anda yang sering terbeban dengan stress. Urutan kakinya pula hanya dengan nilai RM73+ untuk 1 jam.
Anda pasti terkejut dengan harga pakej-pakej yang ditawarkan di spa ini. Semuanya murah-murah belaka dan berbaloi untuk mencari spa dan salon yang murah di sekitar KL ni. Terletak di Ampang, Jentayu menyediakan spa kecantikan yang bercirikan tradisional melayu. Pakej biasa pusat ini meyediakan perkhidmatan sauna, lulur dan rawatan facial dengan bernilai RM50. Namun bagi mereka yang mahukan urutan badan, anda boleh mencuba Pakej C yang menyediakan servis sauna, lulur dan urutan badan dengan hanya RM88 sahaja! Murah kan!!!
Layari Website mereka, mana tahu ada promosi khas raya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda kena beli kasut waktu tengahari di kedai, bila malam sampai rumah tiba-tiba tak muat. Ketahuilah bahawa anda sudah salah waktu untuk membeli kasut baru.
“Eh.. tadi pagi test macam muat. Kenapa balik rumah petang ni kasut yang kita beli ni tiba-tiba rasa ketat ek?”
Pernah tak anda berdepan dengan situasi begini? Kalau pernah, ketahuilah bahawa anda sudah terbeli kasut pada waktu yang salah.
Namun, jangan risau, ini tugas MASKULIN untuk bantu anda beli kasut ikut timing yang sesuai.
Ramai orang tidak tahu bahawa ada waktu-waktu tertentu dan sesuai untuk anda membeli kasut.
Iyalah, kasut bukan sekadar dipakai untuk melindungi kaki malah untuk menampakkan anda lebih bergaya.
Namun sebagai seorang lelaki maskulin dan pengguna yang bijak, ini antara waktu yang perlu anda ambil tahu kesesuaiannya untuk membeli kasut :
Waktu yang paling sesuai untuk membeli kasut adalah pada waktu petang atau pada waktu malam. Urat kaki dan otot ketika itu sedang membesar dan menjadi lebih aktif. Anda tidak digalakkan membeli kasut pada waktu waktu pagi kerana ukuran kaki menjadi lebih kecil pada masa tersebut. Nampak remeh tetapi sangat penting. Bukan apa, takut try sewaktu di kedai pada waktu pagi nampak OK tetapi bila sampai rumah waktu petang, sempit pula.
Masa cuti atau hujung minggu merupakan hari yang sesuai untuk shopping di pusat membeli belah. Anda punyai banyak masa untuk memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dengan lebih selesa. Minta bantuan pekerja kedai sekiranya anda memerlukan kasut untuk jogging , anda boleh pilih kasut jenis “running shoes”. Perlu diingatkan juga anda sepatutnya menggunakan masa terluang ketika hari bercuti untuk mencari kasut yang paling bersesuaian dengan saiz kaki anda.
Kasut merupakan antara item terpenting selain baju serta aksesori lain dan promosi musim perayaan tak kurang hebatnya terutamanya di pusat-pusat beli belah. Pada musim Perayaan seperti Tahun baharu Cina tidak lama lagi, sudah tentulah sneakers, loafers, dan casual shoes menjadi pilihan mereka tetapi perlu diingatkan agar anda tidak rambang mata memilih kasut dengan potongan harga 50% – 70% kerana dikhuatiri kasut ini tidak tahan lama dan kurang berkualiti. Risau kasut yang dijual adalah dari stok lama dan kualitinya tidak sama seperti mula-mula dikeluarkan dahulu.
Bunyinya memang agak cliche tetapi sesetengah shoppers memang sanggup mengumpul duit untuk membeli kasut yang diminati. Biarlah lama mana mengumpul, asalkan hati puas hati dan bukannya mencuri. Jangan sesekali rushing nak beli kasut, pastikan sesuai dengan ukuran kaki dan paling penting minat dan puas hati, jika kena dengan harga apa salahnya ambil sepasang.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah mencipta fenomena luar biasa dengan hampir 130 juta tontonan, membuktikan kuasa emosi dan kandungan digital masa kini.