sejarah nike cyber week

Tidak dinafikan saban tahun ramai yang menantikan kemunculan jualan runtuh yang muncul pada penghujung tahun. Di antara yang paling dinantikan ialah jualan Cyber Week yang kebiasaannya berlangsung selama seminggu. Apatah lagi dengan sejarah asal-usulnya yang menarik.

Pada tempoh inilah kita sebagai pengguna dapat melihat jenama-jenama terkenal tempatan dan antarabangsa menawarkan produk mereka pada harga yang sangat menarik.

Foto: Adobe Stock

Namun tahukah anda sejarah tentang Cyber Week Sale? Berbeza dengan satu lagi jualan harga runtuh iaitu Black Friday yang jualannya berlangsung di outlet, Cyber Week Sale pula menggalakkan pelanggan untuk membeli-belah secara online.

Kemuncak Cyber Week ini pula dikenali sebagai Cyber Monday yang jatuh pada hari Isnin selepas perayaan Thanksgiving di Amerika Syarikat.

Jika dahulu ia hanya berlangsung sehari kini lebih banyak jenama memilih untuk melakukan promosi jualan selama seminggu. Lalu wujudlah Cyber Week Sale dalam lipatan sejarah moden.

Di antara jenama yang sering menampilkan koleksi khas untuk Cyber Week ialah Nike. Tahun ini menyaksikan Nike tidak ketinggalan dengan menjalankan promosi Cyber Week yang bermula dari 26 hingga 30 November 2020.

IKLAN

LARIAN UNTUK SEMUA

Sejak dari dahulu Nike memang terkenal sebagai salah satu jenama sukan yang menyediakan peralatan sukan larian berkualiti tinggi. Malah tidak keterlaluan dikatakan Nike juga menjadi salah satu perintis dan pencipta inovasi teknologi larian. Antara teknologi larian yang cukup dikenali ramai adalah React, Zoom dan terbaru, Next% yang kini menjadi buruan pelari aktif.

Nike Air Zoom Pegasus 37 & Nike Zoom Winflo 7
Nike Air Zoom Stucture 23 & Nike React Infinity Run FK

Pada masa kini aktviti larian bukan lagi menjadi sebagai salah satu bentuk senaman semata. Malah ia menjadi aktiviti penting buat seisi keluarga menghabiskan masa bersama dengan aktiviti menyihatkan.

Penggunaan aplikasi Nike Training App pula boleh membantu anda mendapatkan larian lebih baik dengan pelbagai features menarik.

Bukan hanya untuk kategori lelaki malah seleksi pilihan untuk wanita dan juga kanak-kanak juga turut ditawarkan oleh Nike sepanjang Cyber Week.

Nike Dynamo & Nike Team Hustle D9 (tod)

Tawaran Cyber Week yang diraikan Nike tahun ini tidak terhad kepada kasut sahaja. Beberapa variasi pakaian larian meliputi pelbagai jantina dan umur turut bakal ditawarkan.

Selain itu, seleksi sneakers juga boeh didapati sepanjang Cyber Week. Antara yang paling menarik perhatian adalah Nike Air Force 1 dan juga Nike Adapt BB 2.0. Dan kesemuanya boleh didapati pada diskaun menarik.

Nike Air Force 1 & Nike Adapt BB 2.0

Buat yang sudah mendaftar menjadi ahli boleh mendapatkan akses lebih awal iaitu dari 23 sehingga 25 November 2020. Manakala ia terbuka kepada umum pula pada 26 sehingga 30 November. Harga lebih menarik untuk barangan clearance juga mendapat potongan ekstra sebanyak 35 peratus. Dengan hanya menggunakan kod CYBER35, pengguna dapat menikmati potongan sepanjang Cyber Week di laman sesawang rasmi Nike.com.my.

Kemunculan jualan Cyber Week memang cukup dinantikan oleh ramai orang yang ingin berbelanja dengan lebih berhemah.Terutamanya pada klimaks ekonomi terkini yang tidak berapa menentu.

Jangan lupa untuk subscribe channel YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!