Sejauh Mana Keberkesanan Rendaman Terapi Ion?

Share

Sebelum ini banyak kali terserampak dengan mereka yang melakukan terapi ini. Dimana kaki mereka direndamkan di dalam satu bekas yang berisi dengan air. Disamping itu, ada satu alat lain yang dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Dikatakan alat inilah yang akan mengeluarkan segala toksin daripada kaki.

Setelah beberapa minit, warna air tersebut akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Jika dibiarkan semakin lama, warna air tersebut akan menjadi lebih pekat dan berkeladak. Orang yang menyediakan rawatan tersebut mesti akan berkata, inilah toxin yang keluar daripada badan pelanggan.

Tetapi sejauh mana kebenaran perkara ini?

Dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4 kalau tak silap saya ada mengajarkan tentang satu proses kimia yang dinamakan sebagai ELEKTROLISIS.

Elektrolisis ini dedifinasikan sebagai satu teknik yang menggunakan arus elektrik utk menghasilkan satu tindak balas kimia

Saya ingin memperkatakan bahawa rawatan tersebut hanya menggunakan proses elektrolisis supaya tindak balas kimia dapat berlaku dan akan menyebabkan warna air bertukar warna. Ianya langsung tidak akan mengeluarkan toxin daripada dalam badan. MESIN TERSEBUT HANYA MENJALANKAN PROSES ELEKTROLISIS.

Anda pun boleh melakukan proses elektrolisis ini dirumah. Prosedurnya adalah

1) Ambil 2 batang rod besi
2) Sambungkan rod besi ini kepada bateri
3) Rendamkan kedua2 rod besi itu ke dalam satu bekas air. Bekas air kecik pun jadi
4) Larutkan sedikit garam ke dalam air supaya arus elektrik dapat bergerak dgn lebih senang.

Keputusannya, air tetap akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Ini disebabkan rod besi pada bahagian cathode akan dioksidakan menjadi ion ferum 3+ yang berwarna coklat. Ion ferum 3+ inilah yang akan menukarkan air menjadi warna coklat sama seperti coklat pada besi yang berkarat.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, rawatan ini hanyalah salah satu proses kimia yang mana ia disalahgunakan oleh orang lain untuk menipu masyarakat. Harap kita tidak lagi ditipu oleh rawatan sebegini.

Sumber : rootofscience

 

 

IKLAN