Sebelum ini banyak kali terserampak dengan mereka yang melakukan terapi ini. Dimana kaki mereka direndamkan di dalam satu bekas yang berisi dengan air. Disamping itu, ada satu alat lain yang dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Dikatakan alat inilah yang akan mengeluarkan segala toksin daripada kaki.
Setelah beberapa minit, warna air tersebut akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Jika dibiarkan semakin lama, warna air tersebut akan menjadi lebih pekat dan berkeladak. Orang yang menyediakan rawatan tersebut mesti akan berkata, inilah toxin yang keluar daripada badan pelanggan.
Tetapi sejauh mana kebenaran perkara ini?
Dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4 kalau tak silap saya ada mengajarkan tentang satu proses kimia yang dinamakan sebagai ELEKTROLISIS.
Ads
Elektrolisis ini dedifinasikan sebagai satu teknik yang menggunakan arus elektrik utk menghasilkan satu tindak balas kimia
Saya ingin memperkatakan bahawa rawatan tersebut hanya menggunakan proses elektrolisis supaya tindak balas kimia dapat berlaku dan akan menyebabkan warna air bertukar warna. Ianya langsung tidak akan mengeluarkan toxin daripada dalam badan. MESIN TERSEBUT HANYA MENJALANKAN PROSES ELEKTROLISIS.
Anda pun boleh melakukan proses elektrolisis ini dirumah. Prosedurnya adalah
Ads
1) Ambil 2 batang rod besi
2) Sambungkan rod besi ini kepada bateri
3) Rendamkan kedua2 rod besi itu ke dalam satu bekas air. Bekas air kecik pun jadi
4) Larutkan sedikit garam ke dalam air supaya arus elektrik dapat bergerak dgn lebih senang.
Keputusannya, air tetap akan menjadi keruh dan berubah kepada warna coklat. Ini disebabkan rod besi pada bahagian cathode akan dioksidakan menjadi ion ferum 3+ yang berwarna coklat. Ion ferum 3+ inilah yang akan menukarkan air menjadi warna coklat sama seperti coklat pada besi yang berkarat.
Ads
Seperti yang dikatakan sebelum ini, rawatan ini hanyalah salah satu proses kimia yang mana ia disalahgunakan oleh orang lain untuk menipu masyarakat. Harap kita tidak lagi ditipu oleh rawatan sebegini.
7 Alasan Lelaki Menolak Ajakan Wanita Untuk Berkahwin
Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Seringkali para lelaki menggunakan alasan ini. Katanya, dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami dan juga bapa.
Jika di minda mereka sendiri sudah disetkan kepada, “Aku tak bersedia lagi untuk berkahwin”, maka sampai bila-bila pun mereka tidak akan bersedia.
Saya Tak Ada Duit
Alasan ini juga amat popular di kalangan lelaki apabila si wanita bertanyakan bilakah si dia hendak masuk meminang dan mengahwininya.
Katanya kos nak kahwin sekarang mahal dan simpanan yang ada pun belum tentu lagi cukup.
Macamana nak cukup jikalau si lelaki sendiri tidak cuba menyimpan duit malah seringkali menghabiskan duit ke tempat lain.
Terutamanya buat mereka yang mempunyai hobi yang melibatkan kos yang tinggi seperti permotoran. Beli spare-part itulah, modified enjin keretalah dan macam-macam lagi.
Keluarga Awak Macam Tak Suka Saya
Oh, mengapa anda wahai lelaki tidak mencuba untuk menambat hati keluarga si perempuan?
Sedangkan si lelaki baru sahaja berjumpa sekali dengan keluarga si wanita dan itupun hanya untuk seketika ketika makan malam bersama.
Atau ianya sekadar satu lagi alasan yang dibuat-buat oleh si lelaki untuk mengelak daripada berkahwin dengan wanita tersebut?
Sepatutnya si lelaki cuba untuk menambat hati keluarga si perempuan sepertimana si lelaki cuba mengayat dan menambat hati si wanita sewaktu hendak berkenalan mula-mula.
Dimulakan dengan salam, sedikit jenaka dan kata-kata manis. Bukankah begitu akan membuatkan keluarga sebelah si perempuan mudah untuk menerima anda kan?
Saya Ingin Kecapi Cita-cita Dan Impian Saya Dahulu
Katanya banyak lagi impian dan cita-cita yang dia ingin kecapi. Kata si dia lagi, dia ingin membeli kereta idaman, rumah besar dan mempunyai gaji yang lumayan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan si wanita.
Tapi, jikalau dilihat dari segi gaya pemikiran dan usahanya, ia langsung tidak mencerminkan keinginan seperti yang si lelaki sebutkan tadi.
Mungkin si lelaki tidak tahu yang sebenarnya bila mereka sudah berkahwin, mereka akan menjadi semakin membara untuk mencapai cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang mereka cintai.
Ibubapa Saya Dah Tentukan Jodoh Saya
Habis untuk apa si lelaki berkasih-sayang dan merindu dengan anda selama ini jikalau si lelaki sendiri tidak mahu bertegas dalam mempertahankan cinta anda berdua?
Si dia adalah lelaki! Seharusnya si dia kena tunjukkan bahawa si dia juga mampu memilih jalan hidup sendiri.
Memang betul kita tidak boleh menderhaka kepada ibubapa kita. Tapi, pokoknya disini siapa yang mahu berkahwin?
Saya Nak Hidup Bebas Dahulu
Ramai orang yang dah kahwin berkata kepada orang bujang supaya jangan kahwin dahulu. Alasannya?
Sebab nanti bila dah kahwin, si lelaki tidak bebas samada bebas berjalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai.
Sebenarnya ini adalah alasan yang paling lapuk! Mereka tidak menghayati keindahan sebenar sesebuah perkahwinan itu.
Fakta yang sebenarnya adalah perkahwinanlah yang membuatkan sesuatu kebebasan itu berasa indah.
Contohnya, pulang berhari raya di kampung. Mungkin sebelum ini anda pulang keseorangan dengan ditemani lagu-lagu hari raya yang diputarkan diradio, tapi selepas berkahwin, ada wanita yang dicintai menemani kesunyian si lelaki sepanjang pulang ke kampung. Wah, bukankah best begitu!
Saya Takut Perkahwinan Dibina Berkecai
Memang diakui ada sebilangan lelaki yang takut untuk berkahwin kerana takut kebahagiaan yang mereka bina itu musnah ditengah jalan.
Ianya adalah mimpi ngeri bagi mereka apabila kehilangan orang tersayang. Dan mereka berasa cukup selesa walaupun sekadar dengan gelaran ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’.
Mungkin juga mereka mempunyai persepsi gelap dalam perkahwinan apabila melihat perkahwinan yang dibina ibubapa mereka bergolak dan musnah sewaktu mereka kecil dan kehidupan mereka menjadi bertambah sukar selepas itu.
Tapi ianya boleh diubah sekiranya si lelaki sentiasa berfikiran positif dan cuba memahami hati si wanita yang rumit.
Tidak adalah kemanisan dalam perkahwinan sekiranya tidak diserikan dengan gaduh-gaduh manja kan? Ada sesetengah pasangan lepas gaduh je dapat anak..
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Latihan bahu diatas lebih fokus pada otot deltoid dengan membentuk dan membesarkan area bahu. Dengan otot bahu yang besar pastinya bahu akan terlihat lebih lebar dan kokoh. Untuk tutorial latihan shoulder seperti dibawah ini.
Cara melakukan :
Dumbbell side lateral raise
Latihan dumbbell side lateral raise lebih ditujukan kepada gerakan yang isolasi pada otot bahu dan otot trapesius. Latihan ini juga dapat membesarkan otot bahu dan menjadikannya lebih lebar.
Cara melakukan :
Upright row
Upright row dapat membuat bahu Anda lebih kokoh dan juga salah satu latihan melebarkan bahu.
Cara melakukan :
Cara melebarkan bahu dengan latihan otot punggung
Latihan otot punggung selain dapat membentuk otot bagian belakang juga dapat melebarkan rangka tubuh bagian atas. Berikut beberapa latihan otot punggung yang dapat melebarkan bahu anda.
Front Lat Pull Down
Latihan berikut lebih ke arah otot punggung bagian samping atau sering orang bilang latihan untuk melebarkan sayap. Dengan otot sayap yang lebar maka akan membuat otot bahu Anda semakin lebar.
Cara Melakukan :
Barbell rowing
Barbell rowing merupakan gerakan paling utama dalam melatih otot punggung, karena dapat melatih seluruh otot punggung mulai dari otot punggung atas, tengah maupun bawah. Latihan ini menjadi salah satu cara untuk melebarkan bahu dan juga menebalkan otot belakang atau punggung.
Cara melakukan :
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rutin membezakan antara orang biasa dengan mereka yang berjaya. Tenyata memiliki agenda, aktiviti serta filosofi tersendiri membuatkan mereka yang sukses lebih aktif, produktif malah mendorong mereka untuk lebih maju mencapai matlamat dalam hidup. Maskulin senaraikan 11 kebiasaan orang berjaya wajar anda ikuti.
1- BANGUN LEBIH AWAL
Orang berjaya..menyedari bahawa masa perlu sentiasa dihargai. Itulah sebab mengapa orang berjaya akan bangun lebih awal dan memanfaatkan sebaik mungkin waktu tersebut. Contohnya, CEO PepsiCo, Indra Noovi bangun seawall jam 4 pagi dan sampai ke pejabat sebelum 7 pagi. Malah, pemilik Twitter, Jack Dorsey bangun sekitar 5.30 pagi setiap hari.
2- MINUM AIR PUTIH SAAT BANGUN TIDUR
Orang berjaya dikhabarkan akan minum air putih mahupun air suam sebelum minum kopi mahupun sarapan pagi. Minum air putih akan membuatkan anda lebih waspada serta menghidrasi tubuh agar dapat melakukan aktiviti selepas tidur semalaman.
3- OLAHRAGA SEBELUM KE PEJABAT
Orang berjaya juga akan mengambil peluang dalam masa terawal sebelum ke pejabat dengan melakukan sedikit olahraga agar tubuh mereka akan lebih bertenaga. Rutin seperi regangan tubuh, joging setempat mahupun yoga mungkin kedengan klis, kurang mengeluarkan peluh tetapi cukup bermanfaat.
4- UPDATE BERITA
Orang berjaya percaya selain dari olahraga, paling tidak mereka akan sentiasa akan membaca berita mahupun perkembangan terkini glabal tentang apa yang terjadi hari semalam serta hari ini bagi meningkatkan pengetahuan umum serta sosial.
5- MERAPIKAN TEMPAT TIDUR
Orang berjaya suka akan semuanya dalam keadaan teratur, kemas dan tersusun, termasuklah tempat tidur mereka. Mereka mampu untuk bekerja lebih produktif dan efisen apabila sekiranya tiada barang-barang yang bersepah yang hanya akan menggugat konsentrasinya.
6- SENARAI
Orang berjaya pasti akan lebih maju sekiranya kesemua aktiviti yang dilakukan untuk seharian dicatatkan terlebih dahulu dalam to-do-list. Ini hanya akan membuatkan mereka lebih lancar dalam melaksanakan apa jua tugasan tanpa ada yang ketinggalan mahupun terlepas pandang.
7- MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA
Orang yang berjaya tidak hanya akan menumpukan seluruh perhatiannya pada hal berkaitan kerja saja, Mereka juga sentiasa bijak dalam mengendalikan jadual serta masa kualiti untuk dihabiskan bersama keluarga tersayang. Ini kerana mereka tahu kebahagiaan keluarga picu semangat mereka untuk berjaya.
8- BEKERJA DENGAN MINAT
Orang berjaya bekerja berdasarkan keinginan untuk mengubah kehidupan kepada lebih baik serta minat mendalam terhadap sesuatu pengkhususan. Mereka tidak akan mensia-siakan waktu percuma untuk lepak bual kosong tanpa melakukan apa-apa. Mereka mengunakan sebaiknya masa yang terluang.
9- ROMANTIS DENGAN PASANGAN
Orang berjaya dilihat sentiasa ceria apabila bersama dengan pasangan hidupnya. Ini kerana they will take them for granted. Mereka sedar mereka tidak boleh atau mampu bergerak solo. Mereka perlukan sokongan serta semangat dari pasangan untuk terus maju ke hadapan.
10- MEDITASI
Orang berjaya kelihatan lebih banyak tenang. Ini kerana mereka mengamalkan meditasi untuk introspeksi diri, menenangkan diri dan pada masa yang sama memikirkan strategi untuk memperbaiki diri. Ini agar mereka akan lebih yakin dan dimotivasi.
11- BERTERIMA KASIH
Orang yang berjaya tidak pernah menyalahkan sesiapa atas kerugian mahupun kesedihan yang dialami. Mereka kebiasaanya akan melihat ke dalam diri terlebih dahulu menilainya. Ini kerana mereka tahu menyalahkan individu lain hanya akan membuang masa dna tiada faedah yang akan diteruma.
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.