Wifi signal photo created by freepik - www.freepik.com

Tidak dinafikan sejak bulan lalu cuaca di negara kita rata-ratanya cukup panas. Malah bahangnya turut dirasakan pada waktu malam. Melihatkan keadaan ini tidak hairanlah mengapa setiap rumah yang ada aircond atau penghawa dingin menggunakannya dengan kerap sekali.

Namun apabila aircond yang dipasang hatta ke suhu 16 darjah Celcius pun tidak rasa sejuk, itu boleh mengundang rasa amarah di dalam dada. Sebelum anda naik angin dan menyalahkan pengeluar aircond, cuba periksa dahulu beberapa punca mengapa ia tidak sejuk.

Sebab yang paling biasa kita dengar ialah air filter atau penapis udara tidak berfungsi dengan baik akibat tersumbat. Tapi jika air filter pun dalam keadaan baik, apa masalah lain?

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa punca yang menyebabkan aircond di kediaman anda tidak sejuk.

IKLAN

KOMPRESSOR KOTOR ATAU TERSUMBAT

Bagi memastikan aircond sentiasa berfungsi dengan baik dan sejuk kompressor juga harus dijaga. Ia sepatutnya sentiasa dalam keadaan bersih. Pastikan ia bebas dari sebarang halangan seperti rumput dan pokok. Ini supaya ia dapat menyejukkan penyejuk seterusnya menghasilkan udara dingin dalam rumah anda.

Selain ‘Air Filter’ Tersumbat, Ini Beberapa Punca Mengapa Aircond Tak Sejuk
Air conditioners photo created by lifeforstock – www.freepik.com

SETTING KURANG TEPAT

Menggunakan setting yang tepat bergantung kepada beberapa faktor. Salah satunya keluasan ruang dan juga kemampuan aircond. Jika bilik tidak terlalu luas cukup sekiranya anda menggunakan ‘dry mode’. Atau boleh gunakan mode biasa dengan suhu rendah kemudian tetapkan pada suhu di antara 23 ke 25 darhag Celcius.

KURANG GAS

Di antara kemungkinan mengapa aircond tak sejuk ialah disebabkan kurang gas. Tahap penyejuk yang rendah boleh disebabkan oleh kebocoran. Andai kata perkara ini berlaku cepat-cepatlah hubungi juru teknik penghawa dingin yang pakar. Mereka mampu memeriksa dan membaiki anda ada kebocoran serta menambah gas aircond.

IKLAN
Selain ‘Air Filter’ Tersumbat, Ini Beberapa Punca Mengapa Aircond Tak Sejuk
Remote control photo created by shayne_ch13 – www.freepik.com

COOLING COIL BERMASALAH

Cooling coil berfungsi untuk menyejukkan sistem aircond anda. Jadi bila ia bermasalah atau rosak aircond akan jadi kurang sejuk. Malah ia akan bekerja lebih keras untuk cuba menyejukkan ruang. Baiki cooling coil yang rosak pasti aircond kembali sejuk seperti sediakala.

SALURAN PAIP BUANG AIR TERSUMBAT

Sepanjang aircond dipasang kita seperti sedia maklum ia akan mengeluarkan sisa air. Biasanya ia akan dibuang menerusi saluran paip yang dipasang. Namun jika ia tersumbat itu juga boleh jadi punca menjejaskan fungsi aircond.

IKLAN

KIPAS TAK BERFUNGSI

Salah satu punca lain ialah kias pada unit dalaman tidak berfungsi dengan baik. Anda boleh periksa bahagian dalam untuk melihat jika ia berfungsi dengan baik atau hanya berdengung- anda boleh menggunakan pemutar skru panjang untuk ini. Jika kipas berfungsi dengan baik, kapasitor adalah penyebab udara panas unit anda. Jika ia tidak berfungsi, motor mungkin perlu diganti.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Sumber: Cool Air

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI