
Kejayaan yang dicapai oleh setiap pemilik syarikat gergasi dunia bukan mudah. Ia menuntut banyak pengorbanan dan melibatkan pelbagai kisah jatuh bangun. Terdapat banyak rahsia kejayaan yang dikongsikan oleh mereka ini agar kita boleh sesuaikan dengan gaya hidup kita.
Namun, apabila sudah berjaya, ramai antara mereka ini yang tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan kepada orang ramai agar ia tidak hanya terhad kepada mereka sahaja malahan membuatkan ramai lagi orang boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
MASKULIN sempat menjengah beberapa petua berjaya yang mereka amalkan sepanjang kerjaya mereka, ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Mark Zuckerberg-Pemilik Facebook
Dia selalu bangun seawal 8 Pagi untuk memulakan harinya. Selain itu, dia seorang yang tidak gemar membazir waktu untuk memilih pakaian baik untuk pergi kerja atau ketika bersiar-siar. Pakaiannya setiap hari adalah Tshirt Kelabu yang sama.
BACA: Raja Gelanggang Tanah Liat, Rafael Nadal Kongsi Rutin Diet Kekal Cergas Main Tenis
Mendiang Steve Jobs-Pemilik Apple Inc
Menurut Economy Trivia, dia seorang yang selalu bangun awal seawal 6 pagi. Antara rutin hariannya adalah selalu merenung diri ke cermin dan mempersoalkan tujuan hidupnya pada hari ini. Kejayaan produk telekomunikasi Apple adalah disebabkan matlamat yang Steve Jobs amalkan agar dia berjaya menghubungkan semua orang menggunakan produk jenamanya. Antara salah satu kejayaannya adalah Pembantu Alam Maya yang dikenali sebagai SIRI.
Jack Dorsey- CEO Twitter
Seawal pukul 0530 pagi dia sudah bangun untuk bermeditasi serta berjogging sejauh 6Km untuk menyihatkan badan. Dia selalu berpesan kepada kakitangan untuk sentiasa bersedia untuk apa jua keadaan yang tidak disangkakan berlaku.
Bill Gates-Microsoft
Pukul 7 Pagi, dermawan serta pemilik Microsoft sudah celik mata. Dia gemar untuk mengaktifkan badan serta otaknya dengan berlari di atas threadmill sambil menonton video berinformasi serta ada unsur pendidikan.
Richard Branson-Pengasas Virgin Group
Terkenal dengan syarikat penerbangan Virgin Airways, Richard sentiasa memastikan dia sudah celik mata seawal 5 pagi. Ia tidak terhenti di situ, antara sukan kegemarannya yang dilakukan untuk menyihatkan badan adalah Berenang serta bermain Tenis.
Samsung Galaxy S21, Hadir Dalam Pakej Telefon Pintar Terbaik Masa Kini

Kompak, versatail dan lengkap dengan spesifikasi telefon pintar premium masa kini.
Jika ditanya secara menyeluruh itulah jawapannya yang boleh kami beri kepada prestasi yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy S21. Hadir sebagai ‘adik bongsu’ kepada siri terbaru yang turut terdiri daripada Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra, ia sebenarnya sedikit pun tidak memberikan banyak kekurangan pada Galaxy 21.
Hampir seminggu mencuba sendiri menggunakannya, apa yang boleh dirumuskan Galaxy 21 menepati jangkaan awal seperti yang diletakkan.
Perkara pertama yang mungkin ramai akan perasaan ialah kotak Galaxy S21 hadir dalam bentuk kecil dan nipis. Terdapat beberapa sebab mengapa ia dipakejkan begitu. Pertama sekali ia tidak hadir dengan palam pengecas atau charger dan juga sebarang fon telinga.
Ini adalah trend terbaru yang kita semua harus terima. Suka atau tidak, pakej telefon pintar yang diramal menjadi trend bermula pada tahun ini. Di sebalik keputusan tidak menyertakan sekali charger sebenarnya ia adalah usaha memulihara alam sekitar dan pengurangan bahan buangan elektronik.
FEEL ON HAND
Berbalik kepada fokus utama iaitu telefon pintar Galaxy S21. Apabila memegangnya kita tidak dapat lari dari berasa kagum dengan kualiti pembuatannya yang cukup kemas. Walaupun ia agak nipis dan ringan namun memegangnya sahaja sudah tahu bahawa ia adalah sebuah peranti premium.
Tampil dengan skrin sesentuh Dynamic AMOLED 6.2 inci, kualiti paparannya juga cukup mengagumkan. Bercakap tentang ukuran, secara peribadinya bagi penulis inilah saiz telefon pintar yang paling selesa untuk digunakan dalam aktviti seharian. Ia tidak terlalu besar dan juga kecil. Malah ia juga cukup ringan dengan berat hanya 169 gram.
Perlindungan skrinnya juga tidak kurang hebat dengan teknologi Corning Gorilla Glass Victus. Hadir dengan resolusi 1080 x 2400, inilah di antara telefon pintar dengan paparan paling jelas dan mantap di pasaran sekarang.
PEMBAHARUAN REKAAN
Di antara perbezaan paling ketara Galaxy 21 dengan model terdahulu ialah reka bentuknya yang berbeza. Kali ini Samsung benar-benar melakukan perubahan cukup besar berbanding model Galaxy 20.
Antara perubahan paling ketara ialah penggunaan ‘Glasstic’ pada bahagian belakang menggantikan full glass. Ia hadir dengan kemasan matte yang melengkapi kedudukan tiga lensa kameranya.
Untuk pengetahuan anda, Glasstic merupakan material yang dibangunkan oleh Samsung yang dikatakan mempunyai ciri-ciri gabungan glass dan plastik.
Ia tidaklah terasa premium seperti model terdahulu namun dengan penggunaan ini ia lebih ringan dan sedap dipegang di tangan. Dan material ini sebenarnya pernah digunakan menerusi Galaxy Note 20. Cuma apa yang membezakannya ialah kemasan matte yang kami rasa lebih sesuai.
Pada bahagian sisi pula menampilkan penggunaan metal edge yang menambah sentuhan premium. Dari segi penampilan keseluruhannya pula ia cukup menarik dengan tema warna Phantom Grey. Selain warna ini, Samsung menawarkan tiga lagi warna yang tidak kurang menariknya iaitu Phantom Violet, Phantom Whita dan Phantom Pink.

Reka letak kameranya juga diberikan nafas baharu dan sangat berbeza dengan model-model Samsung yang lain. Pengenalan baharu ini diberi nama ‘Contour Cut Camera’ yang tampil sedikit menonjol dengan varian warna berbeza kecuali Phantom Gray.
Warna-warna ditawarkan semestinya mampu memenuhi setiap cita rasa berbeza mengikut personaliti anda. Berbanding model terdahulu, Galaxy S21 ternyata tampil lebih premium dan eksklusif.
PAPARAN SKRIN
Bagi pemilik S20 yang ingin updgrade versi terbaru, kategori ini mungkin sesuatu yang tidak menggembirakan anda. Perubahan yang mungkin agak kontroversi apabila Samsung memilih paparan lebih rendah, skrin Full HD+ berbanding Quad HD berbanding versi tahun lalu.
Namun itu tidaklah bermakna kualitinya jauh berbeza. Ini kerana kerana skrin dan paparannya masih terang, jelas dan warna yang sebenarnya tidaklah jauh berbeza dengan versi terdahulu.
Paparan Galaxy S21 menampilkan kadar refresh maksimum 120Hz, satu angka yang cukup tinggi bagi kualiti penggunaan skrin. Ia juga mempunyai kemampuan kapasiti adaptive mengikut penggunaan. Sebagai contoh jika sedang bermain video game, ia akan kekal dengan kadar 120Hz.
Manakala jika penggunaan lebih rendah seperti audiobook, ia akan automatik merendahkan kadar refresh bagi memastikan penggunaan bateri lebih efisien. Samsung turut mempertingkatkan pengimbas cap jari dengan sensor lebih besar dan senang untuk diakses.
KAMERA
Darisegi hardware, tidak banyak perubaham yang dilakukan Samsung beranding versi tahun lalu. Walau bagaimanapun terdapat penambahbaikan signifikan menerusi perisian kameranya.
Di belakanngnya menampilkan tiga kamera yang mampu memberikan kepuasan fotografi buat pengguna. Ia terdiri daripada kamera utama 12MP, 12MP ultra-wide, 64MP telefoto yang mampu melakukan 30x optical digital zoom. Kami dapati foto yang diambil pada kadar zoom 10x ke bawah kualitinya cukup baik sekali. Dan jika ia lebih tinggi daripada tersebut, foto akan tampil sedikit grainy.
Kamera selfienya juga cukup efisien dengan kedudukannya yang tidaklah terlalu menonjol dan ‘mengacau’ keseluruhan skrin hadapan.
Selain itu Galaxy S21 turut memperkenalkan beberapa ciri baharu mode Director View di mana kita boleh merakamkan foto kamera beakang dan hadapan secara serentak.
Buat vlogger, ini merupakan ciri yang cukup dinantikan mereka untuk memudahkan rakaman kandungan video reaksi.
Rakaman videonya juga cukup memberangsangkan dengan pilihan 8K pada 24 frame per second. Ini merupakan kualiti video terbaik pada telefon pintar buat masa sekarang.
Lihat beberapa sampel foto yang diambil oleh kami menggunakan kamera Galaxy S21.




Galaxy S21 menggunakan sistem operasi Android 11 dengan Samsung One UI 3.0, antara paparan pemuka terbaik di pasaran sekarang. Selain itu, Samsung turut menyediakan Galaxy S21 sebagai telefon pintar tersedia dengan sokongan 5G.
Walaupun di kawasan anda belum lagi mendapat sokongan 5G namun sekurang-kurangnya telefon pintar ini sudah tersedia untuk penggunaan teknologi tersebut di masa akan datang.
BATERI
Salah satu faktor yang sangat penting terutamanya di kalangan pengguna di Malaysia ialah ketahanan bateri. Secara keselruhannya, pengguaan bateri Galaxy S21 bolehlah kami rumuskan sebagai sangat baik. Untuk cas penuh, penggunaannya mampu bertahan selama satu hari dengan penggunaan yang agak tinggi.
Untuk pengecasan pula ia menggunakan kabel USB type C. Selain itu ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar dan compatible dengan Qi wireless. Galaxy S21 turut menyediakan fungsi reverse charging secara tanpa wayar untuk kegunaan peranti lain ketika kecemasan.
RUMUSAN KESELURUHAN
Jika anda mahukan telefon pintar yang bersaiz sangat selesa dipegang, mempunyai sensasi premium, kualiti spesifikasi tinggi dan kamera memuaskan, Samsung S21 mampu menjadi jawapannya. Walaupun skrin bersaiz 6.2 inci nampak besar pada angkanya namun dengan rekaan nipis dan ringan menjadikan ia sebagai telefon pintar Android paling selesa di pasaran.
Samsung Galaxy S21 kini boleh didapati di pasaran dan di laman sesawang rasminya dengan tawaran promosi hadiah percuma yang menarik.
Rating keseluruhan: 4.5/5
#AgongKita: ‘I am a kampung boy’ – YDP Agong

“I was born in Pahang, I was born in a kampung, I am a kampung boy” – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah.
Ungkapan itu kedengarannya biasa sahaja, namun apabila ia diungkapkan oleh seorang Raja, dan seterusnya bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVI pada 30 Julai ini, ia secara jelas dan nyata menggambarkan keperibadian anak kelahiran Pekan, Pahang, berusia 60 tahun itu.
Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng diperkenan masuk menghadap di Istana Negara baru-baru ini untuk mencari sisi lain Al-Sultan Abdullah.
Dan kedua-dua mereka mengakui Tuanku menepati ciri-ciri seorang Raja yang ideal.
Baginda Tuanku, menurut hemat mereka, seorang Raja yang sangat down-to-earth, cool, dan sangat articulate dalam membicarakan hal ehwal isu semasa.
Deretan topik disentuh dalam temu bual lebih kurang satu jam itu – mereka berbicara soal keperibadian sewaktu Baginda dilahir dan dibesarkan sebagai sebagai ‘anak kampung’, kegilaan Tuanku terhadap sukan, pesona Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar yang menambat hati Baginda, penggunaan media sosial seperti Instagram, sehinggalah ke topik Forum Ekonomi Dunia (WEF).
View this post on InstagramA post shared by AstroAwani (@501awani) on
Pada awal temu bual, Baginda Tuanku, yang gemar membahasakan dirinya sebagai ‘saya’, berkongsi bagaimana kehidupan Tuanku sewaktu pada zaman persekolahan, sehinggalah menginjak usia remaja.
“Masa saya remaja tak ada protokol, tak ada protokol. Saya boleh, keluar berbasikal dengan anak-anak kampung semua. Ya, sebab kita duduk dalam suasana kampung, tidak ada protokol langsung, tidak ada bodyguard pun, masa sekolah dulu tidak ada bodyguard pun.
“Pergi sendiri saja … kadang-kadang saya berbasikal. Seperti biasa, seperti anak-anak biasa. Itu yang mungkin membuat saya secara spontan saya boleh berinteraksi dengan orang kampung,” ungkap Al-Sultan Abdullah secara bersahaja.
Peduli hal rakyat
Melewati masa, Al-Sultan Abdullah mula dipertanggungjawabkan oleh Almarhum Paduka Ayahandanya untuk mengambil tahu perihal rakyat jelata Negeri Pahang, apatah lagi Baginda Tuanku merupakan pewaris sah kepada Kesultanan Pahang Moden.
“Melalui proses saya dari muda, daripada lantikan sebagai Tengku Mahkota, usia yang muda, 15 tahun. Kemudian saya diberi segala amanah, segala tanggungjawab oleh Paduka Ayahanda saya. Saya percaya tentu ada sebab-sebab yang tertentu, Ayahanda saya telah memberi tanggungjawab sedemikian.
“Dan inilah hasil daripada apa yang saya melalui kehidupan saya iaitu banyak, banyak perkara yang berkaitan dengan rakyat, ataupun kerajaan, ataupun organisasi, atau pun keluarga, dia selalu, Ayahanda saya selalu melepaskan kepada saya. Tolong sort this out, tolong tengok ini, tolong bantu ini, tolong pembetulkan ini,” ujar Tuanku.
View this post on InstagramA post shared by AstroAwani (@501awani) on
Tuanku memaklumkan, pengalaman dan pemerhatian baginda ke atas corak pemerintahan Almarhum Paduka Ayahandanya banyak membentuk keperibadian Tuanku sendiri terutama sekali dalam memupuk sikap utamakan rakyat jelata.
Menyentuh mengenai keterbukaan baginda dan baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah sendiri, serta Istana Negara dalam penggunaan media sosial, Tuanku turut berkongsi, ia adalah satu ‘avenue’ yang harus digunakan sebaik mungkin.
“Inilah cara kita boleh kenal sedikit sebanyak, memberi pandangan … dan Alhamdulillah … Istana Negara dah terbuka sekarang kepada mereka-mereka yang minat tahu tentang hal-hal Istana dan juga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri,” ujar Baginda Tuanku lagi.
________________________________________________________________________
Saksikan Eksklusif #AgongKita pada 30 Julai, 12 tengah hari di astroawani.com dan “Eksklusif Bersama Yang di-Pertuan Agong XVI” pada 30 Julai, 9 malam.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Sumber berita: Firdaus Azil, Astro Awani
Foto: BERNAMA
5 Tip Pilih Kasut Larian Bagi Jenis Rutin Harian, Latihan Kepantasan & Perlumbaan

Tidak dinafikan di pasaran sekarang terdapat cukup banyak pilihan kasut larian yang ditawarkan oleh pelbagai jenama yang datang dari seluruh dunia. Rata-rata kasut larian yang ditawarkan pastinya hadir dengan teknologi mereka tersendiri.
Di antara teknologi yang cukup kompetitif di antara jenama-jenama sukan ialah usaha mereka memperkenalkan tapak kasut atau outsole yang mampu memberikan responsif yang baik serta memberikan keselesaan ketika melakukan larian.
Kasut larian juga sebenarnya terdapat beberapa jenis mengikut kategori jenis larian berbeza. Sama ada anda ingin berlari melakukan latihan rutin harian, persediaan berdepan perlumbaan atau bagi menghadapai perlumbaan lebih serius.
Pemilihan kasut larian baik bukan sahaja membantu anda mencatatkan masa peribadi yang lebih baik bahkan mampu mengelakkan berlakunya kecederaan yang tidak patut. Berikut MASKULIN kongsikan 5 tip mudah untuk memilih kasut larian yang sesuai buat anda.
Kenali Jenis Kaki Anda
Pertama sekali perkara paling penting ialah anda perlu tahu jenis bentuk kaki anda. Terdapat tiga jenis bentuk utama iaitu kaki datar, kaki normal dan kaki berbusur tinggi. Setiap jenis memerlukan sokongan yang berbeza, jadi pastikan kasut yang anda pilih sesuai dengan jenis kaki anda.
Ukuran Tepat
Pastikan anda memilih kasut yang sesuai dengan ukuran kaki anda. Ukur kaki anda dengan teliti dan gunakan ukuran yang tepat untuk mengelakkan sebarang masalah seperti lecet atau jari kaki terjepit semasa berlari.
Kesesuaian Bentuk Kaki
Selain ukuran, pertimbangkan bentuk kaki anda. Beberapa kasut mempunyai bentuk yang lebih sesuai untuk kaki lebar atau kaki sempit. Pilih kasut yang memberikan ruang yang cukup untuk jari-jari kaki anda dan tidak terlalu ketat atau longgar.
Jenis Permukaan Larian
Fikirkan jenis permukaan yang biasanya anda lari. Terdapat kasut yang direka khas untuk larian di jalan raya, trek, atau larian salji. Pastikan anda memilih kasut yang sesuai untuk permukaan larian yang anda pilih.

Keselesaan & Sokongan
Kasut lari yang baik haruslah selesa dan memberikan sokongan yang mencukupi kepada kaki anda. Cuba kasut tersebut sebelum membelinya dan perhatikan selesa atau tidaknya semasa berjalan atau berlari di kedai. Pastikan kasut tersebut memberikan sokongan yang mencukupi kepada lengkungan kaki anda.
Salah satu jenama yang menawarkan kepelbagaian jenis kasut larian yang terbukti mampu membantu kualiti larian ramai atlet seluruh dunia ialah New Balance. Jenama ini mempunyai teknologi midsole atau tapak kasut dikenali sebagai FuelCell.
FuelCell merupakan ialah busa yang diselitkan dengan nitrogen yang mendorong atlet keluar dari platform kusyen dengan cepat dan memberikan prestasi yang tahan lama. Atau secara ringkasnya ia merupakan teknologi yang mampu menawarkan pulangan tenaga yang baik ketika kita melakukan larian menggunakan kasut dilengkapi FuelCell.
Berikut tiga jenis kasut larian New Balance FuelCell yang bagi MASKULIN sesuai mengikut tiga jenis larian berbeza.
New Balance FuelCell Propel v4
LARIAN KASUAL HARIAN
Melakukan larian kasual atau santai memerlukan sokongan underfoot yang baik. FueCell Propel v4 menawarkan teknologi inovatif dilengkapi FuelCell dan disokong oleh plat TPU untuk kestabilan yang baik. Kasut larian ini direka untuk memaksimakan keselesaan dan daya tarikan untuk membantu anda terus bergerak pada kelajuan tertinggi.
Boleh dapatkannya di sini: https://invol.co/clifce7
New Balance FuelCell Rebel v3
LATIHAN UJI KEPANTASAN
Buat anda yang ingin menguji ketahanan serta kelajuan terbaik ketika melakukan larian. FuelCell Rebel v3 boleh menjadi jawapan terbaik untuk anda.
Menggabungkan elemen kepantasan dan kusyen yang luar biasa, ia turut menawarkan lantunan yang baik bagi memberikan kepantasan larian. Selain itu ia juga cukup ringan dan dibina dengan struktur skongan menyeluruh ketika memecut.
Boleh dapatkannya di sini: https://invol.co/clifcde
New Balance SuperComp Elite v3
LARIAN KOMPETITF
Kasut larian buat mereka yang ingin meningkatkan tahap kompetitif larian ke peringkat seterusnya! FuelCell SuperComp Elite v3 direkan dengan dua fokus utama iaitu memastikan pulangan tenaga efisien terbaik dan juga menggunakan bahan ringan.
Pulangan tenaga yang bersifat dinamik dengan sistem Energy Arc berserta upper yang ‘mudah bernafas dan rekaan lidah built-in – inilah kasut larian untuk perlumbaan sebenar.
Boleh dapatkannya di sini: https://invol.co/clifcf2
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini memberikan manfaat dan dapat membantu anda melakukan larian dengan lebih mantap. Jangan lupa subscribe dan follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.