Group of business people working with digital tablet in office

Pekerjaaan adalah rutin wajib buat semua orang tidak kira sama ada lelaki mahu pun wanita seandainya mahu mendapatkan sumber kewangan.

Tempat kerja boleh menjadi sangat menyeronokkan sehingga biar pun syarikat mengalami masalah, para pekerja termasuk lelaki tetap sukar angkat kaki.

Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, kebanyakan lelaki tidak akan sesekali bertukar tempat kerja sekiranya :

1. Gaji dan elaun yang terbaik

Bayaran gaji atau elaun setimpal dengan kerja yang dilakukan. Asalkan lepas untuk selesaikan loan dan perbelanjaan bulanan, itu pun sudah cukup.

2. Syarikat jaga kebajikan

Mana-mana syarikat yang menjaga kebajikan pekerja dan sentiasa bertoleransi akan dihormati orang ramai. Apatah lagi pekerja. Cukuplah sekadar sediakan hal-hal yang berkait dengan perubatan atau pekerja boleh manfaatkan cuti tahunan.

IKLAN

3. Kafe yang murah dan sedap

Antara cara untuk menundukkan lelaki adalah dengan makanan. Jika di tempat kerjanya itu sudah ada kafe yang murah dan makanannya sedap, pasti lelaki serba salah kalau terpaksa meninggalkan syarikat itu.

4. Bekerja bersama pemimpin

Datang ke tempat kerja dan dapat menimba ilmu daripada seorang pemimpin. Pemimpin yang menjadi ketua dalam setiap kerja agar pekerja dapat memberikan output yang lebih baik. Bukannya terpaksa berdepan dengan bos yang memeningkan kepala pekerja.

5. Rakan-rakan sekepala

Selain Dihalang Awek Cantik, Ini 8 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Bertukar Kerja

IKLAN

Apabila sudah lama kerja bersama, pastinya kita sudah ada geng yang tersendiri. Lagi syok, kalau geng itu jenis ‘masuk air’. Rasa sayang pasti ada jika terpaksa meninggalkan geng itu.

6. Ramai awek cantik

Lelaki memang suka pada kecantikan. Lebih-lebih lagi melihat awek yang cantik. Tidak timbul perasaan mahu memikat atau bercinta tetapi sekadar redup mata memandang. Nak pindah tempat kerja pun, rasa macam dihalang sahaja.

IKLAN

7. Dekat dengan rumah

Jarak rumah ke tempat kerja kurang daripada 15 minit atau anda boleh ke tempat kerja dengan berjalan kaki sahaja. Sudah berapa banyak penjimatan boleh dilakukan di situ dan pastinya lelaki, memang suka berjimat.

8. Lengkap kemudahan asas

Keluar dari pejabat sahaja, nampak LRT / bas, kedai runcit dan kedai makan. Dalam erti kata lain, semuanya kemudahan asas tersedia dengan baik. Tak perlu ke mana-mana lokasi lain untuk menggunakan kemudahan asas yang tersedia ini.

Jadi, itulah antara 8 alasan popular daripada mulut lelaki menerusi sebuah kajian yang diadakan. Kalau anda pula, apa alasan anda?

Jom kongsikan bersama Maskulin!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI