
Dijangka hari ini, lebuh raya akan jadi semakin sesak berikutan esok umat Islam di seluruh dunia akan mula menyambut musim perayaan Aidilfitri.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di ibu kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu ahli keluarga yang lain.
Keselamatan harus diutamakan
Ada juga yang ikut suami atau isteri untuk beraya di rumah mertua buat kali pertama namun walau apa-apa pun alasannya, keselamatan harus diutamakan.
Bagi yang akan menggunakan lebuh raya utara-selatan, jom check this out waktu yang sesuai untuk anda bergerak dan atur perjalanan pulang :
Cadangan waktu perjalanan di PLUS
Diskaun tol 20 peratus
Dalam masa sama, PLUS juga menyediakan diskaun tol sehingga 20 peratus sehingga 5 Jun tertakluk kepada syarat bagi memudahkan perjalanan orang ramai.
Kepada yang bakal pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu!
Sumber : PLUS Malaysia
Tip Basuh Seluar Jean Agar Tak Rosak & Turun Warna Terlalu Teruk

Mungkin anda sudah sedia maklum sepasang seluar jean yang berkualiti dijual dengan harga yang cukup mahal. Di pasaran kini jika anda betul-betul ingin dapatkan seluar jean daripada material denim yang baik maka bersedialah sediakan sekurang-kurangnya RM300 untuk milikinya.
Berbeza dengan seluar jean yang dibuat daripada material ditiru menyerupai denim, seluar jean berkualiti ini mempunyai ketahanan sangat tinggi dan mempu bertahan dipakai selama sekurang-kurangnya 10 tahun!
Pernah tak anda dengar untuk seluar jean yang mahal anda tak perlu basuh, kecuali bila sudah betul-betul kotor. Sama ada teori itu betul atau tidak ia bergantung kepada ‘terjemahan’ anda sendiri. Bagi MASKULIN sepasang seluar jean yang mahal perlu dijaga sebaiknya bersesuaian dengan harga perlabura yang telah dikeluarkan.
Tapi bagaimana jika anda harus mencucinya? Ya, pastinya anda risau ia akan rosak dan turun warna. Maklumlah material denim memang akan semula jadi akan turun warna bila dibasuh. Cuma ia bergantung kepada teknik cucian untuk mengurangkannya.
Ikuti tip mencuci seluar jean agar tak rosak di bawah!
TERBALIKKAN SELUAR
Salah satu cara untuk menjaga kualiti denim semasa mencucinya ialah dengan menterbalikkan seluar. Pastikan bahagian dalam berada di luar ketika ia dicuci. Kaedah ini mampu membantu mengekalkan warna asal seluar tersebut dan mengurangkan warna luntur dengan teruk.
Anda juga perlu pastikan agar semua zip dan butang semua terpasang sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh.
BACA: Takkan Pakai Sarung Jer? Kenali 5 Jenis Seluar Jeans Yang Selalu Anda Pakai!
JANGAN CAMPUR PAKAIAN LAIN
Sebolehnya janganlah basuh seluar jean menggunakan mesind engan menyumbat segala macam pakaian lain bersama. Lebih banyak pakaian yang disumbat bersama lebih sukarlah cucian ke atas seluar jean dilakukan.
Malah warna yang turun daripada seluar jean juga oleh merosakkan pakaian anda yang lain terutamanya berwarna putih. Jika mesin terlalu penuh zip seluar jean akan jadi rosak dan jahitan benang juga mudah tertanggal.
ELAK GUNA DRYER
Pengguna mesin basuh menggunakan syiling biasanya suka meneringkan pakaian menggunakan dryer. Bagi anda yang membasuh seluar jean sila elakkan menggunakan dryer untuk menegringkannya. Tahukah anda seluar jean boleh mengecut apabila terdedah kepada suhu yang tinggi seperti dryer.
Selepas basuh jemur sahaja di bawah pancaran matahari dan biarkan ia kering secara semula jadi. Namun janganlah ditinggalkan terlalu lama kerana ia boleh merosakkan material denim.
Selamat mencuba! Smeoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda.
Shazam : Superhero Miliki Unsur Komedi, Kurangkan Elemen Dark Dalam ‘Dunia DC’

Filem terbaharu keluaran DC, Shazam pada mulanya dijangka akan menemui peminat Malaysia pada 4 April ini namun daripada mereka yang berpeluang menonton awal, macam-macam reaksi diberikan.
#Shazam DI PAWAGAM HUJUNG MINGGU NI!
Limited shows only. Tickets on sale soon! pic.twitter.com/O93s7qJ0is— GSC Cinemas (@GSCinemas) March 26, 2019
Kurangkan elemen dark
Menerusi tayangan yang diawalkan beberapa hari dari tarikh sebenar itu, ramai yang berkata elemen dark dalam DC seperti sudah dikurangkan kerana Shazam adalah sebuah filem yang menyeronokkan.
Kisahnya tentang budak 14 tahun yang dapat superpower. Memang pelbagai perkaralah akan dia cuba namun DC tetap seperti biasa.
Kekal memaparkan elemen kekeluargaan dan superhero yang tampil membantu rakyat jelata dengan tangkas walaupun jalannya tak habis-habis mendada.
Ada dua post credits scenes
Lepas habis cerita Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal, ramai yang terus keluar panggung tanpa mengetahui, filem itu sediakan sebuah post credit yang mempaparkan kisah animasi ‘Puteri’ dalam bahaya meminta pertolongan raja Inderaloka baharu, Mat Jenin.
Yang nak tengok #Shazam bermula weekend ni tu… haaaa jangan cakap admin x bagitau pulok…
Ada 2 post credit scenes! Satu kat tengah credit, satu kena tungguuuuu sampai credit tu roll habis.
See you guys in GSC! pic.twitter.com/RXhQJ9rQD0
— GSC Cinemas (@GSCinemas) March 27, 2019
Dalam filem Shazam ini pula, terdapat dua post credits pada ending dan kepada sesiapa yang terburu-buru keluar awal, mesti akan terlepas menonton apakah babak istimewa tersebut yang mungkin menunjukkan kepada kesinambungannya.
Bau Rumah Mayat & Keju Busuk Antara Jenis Minyak Wangi Pelik Pernah Dicipta

Pelik-pelik sampai kadang-kadang tak terjangkau dek akal keanehan masyarakat barat memperkenalkan sesuatu yang kononnya lain daripada yang lain.
Ada tu sampaikan perkara yang mereka lakukan memang tak pernah terbayang dek akal kita selalu warga marhaen yang simple dan biasa.
Sejak zaman-berzaman, lelaki dan minyak wangi sememangnya dua perkara yang tak dapat dipisahkan. Dianggap sebagai elemen pelngkap untuk menyerlahkan kelelakian seseorang, minyak wangi juga mampu mengubah persepsi kita terhadap individu.
Maka tak hairanlah kini minyak wangi dianggap sebagai bau yang mewakili personaliti seseorang.
Tapi dalam banyak-banyak minyak wangi dicipta terdapat beberapa jenis yang memang pelik!
Di bawah ini merupakan beberapa jenis minyak wangi atau pelik pernah dicipta.
Aroma Bau Rumah Mayat
Mungkin penggemar minyak wangi ni spesies yang datang dari alam angker! Demeter Fragrance Library, jenama sering mengeluarkan minyak wangi dengan aroma yang unik dan aneh. Mereka memperkenalkan aroma rumah mayat di mana ramuannya dicipta dari bunga lili, teluki, gladiol dan kekwa. Kemudian ia ditambah sedikit dengan aroma mahoni dan oriental sehingga menghasilkan aroma seperti dalam upacara pengebumian di suatu tempat. Mungkin ini juga minyak wangi sesuai untuk geng black metal?
Parfume Aroma Cat Dinding
Wode paint adalah minyak wangi unik kerana di saat disembur ke tubuh atau baju ia akan mengeluarkan warna seperti cat. Namun jangan risau kerana warna itu lama-kelaman akan hilang dengan sendirinya. Tapi sebenarnya parfum ini juga ada yang tidak berwarna iaitu wode scent. Ini bagi MASKULIN sejenis minyak wangi yang ada kecelaruan identiti!
BACA: Jangan Biasakan 6 Tabiat Buruk Ini, Nanti Berat Susah Nak Turun
Bau Aroma Keju
Di negara kita semua jenis makanan nak dicamput dengan keju. Kalau boleh masak air pun nak masuk keju! Pada tahun 2006, seorang pembuat keju Stilton telah menghasilkan koleksi minyak wangi ciptaannya sendiri. Ia dikenali dengan nama ‘Eau de Stilton’ dan terkenal dengan aroma unik. Apa yang buat ia menjadi unik? Well, ia diinpirasikan daripada aroma daripada keju biru yang mempunyai bau yang bagi sesetengah orang sangat busuk. Namun lain orang lain hidungnya.
Parfum Aroma Ganja
Kalau nak kena tahan kena test urine on the spot dengan polis, korang bolehlah cuba minyak wangi ini. Cannabis Santal Eau de parfum memperkenalkan minyak wangi dengan bauan daun ganja. Di mana aroma dan bau yang dihasilkan merupakan gabungan dari campuran akar pohon ganja, coklat, vetiver dan vanilla musk untuk menciptakan aroma yang terasa sangat sensual.
Bau Aroma Pelacur
Ini memang yang paling tak masuk akal. Entah dari mana penciptanya tahu pelacur itu bau macam mana pun tak tahu. Sesuai dengan namanya Bordello yang bermaksud rumah pelacuran. Dihasilkan oleh Black Pheonix Alchemy Labm, ia didakwa memiliki aroma bau seorang pelacur. Menurut pengeluar yang menciptakan Bordelo, aroma ini merupakan gabungan dari bau rumah pelacuran, korset, petticoat, serta ditambah dengan aroma campuran buah plum, Eclipta alba, alcohol, dan kain satin tua, sehingga membuat orang yang memakai parfum ini memiliki aroma yang mirip dengan seorang pelacur. Apa-apa jelah labu dah tak waras dah kau ni barangkali!
Bau Aroma Vulva
Pervert alert! Minyak wangi yang paling tak masuk akal dalam dunia jatuh kepada Vulva Original. Mereka mendakwa bahawa produk mereka mampu memberikan sensasi aroma lsama seperti bau vagina seorang wanita, lebih tepatnya lagi aroma vagina wanita yang cantik. Bahkan dalam bungkusannya tertulis ‘Vaginal Scent’. Pengeluar parfum ini dibuat untuk para lelaki dan diharapakan saat mereka menggunakan parfum ini dapat meningkatkan keghairahan seksual. Like.. whatt?!