Hari ini sudah masuk pertengahan bulan, ia adalah minggu di mana banyak restoran mahal serta makanan segera tidak ramai pengunjung. Ini kerana ramai orang sudah memasuki fasa berjimat untuk pastikan tidak berlaku isu duit habis. Berjimat sangat penting kerana banyak perkara buruk boleh berlaku jika kita kehabisan wang.

Selain itu, ia selalu terjadi bila masuk gaji ramai antara kita akan fokus untuk membuat pembayaran segala jenis bil, komitmen dan simpanan. Apabila semuanya telah ditunaikan, baru perasan duit untuk makan tinggal cukup-cukup sahaja. Jadi, cepat mulakan langkah berjimat.

Jadi macamana nak teruskan kehidupan terutamanya jika anda bekerja di tengah-tengah ibukota yang mana segala kos adalah tinggi. Orang kata sekarang ini nak beli karipap makan waktu petang kena berfikir 2 hingga 3 kali.

Namun, jangan risau kerana MASKULIN sediakan 5 tips macamana nak meneruskan kelangsungan hidup dengan duit makan yang tinggal sedikit sahaja serta cukup-cukup untuk kemasukan gaji di akhir bulan.

BACA: 10 Cara Mudah & Jimat Nak Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Air-cond

1. Bawa bekal sendiri

Selain Guna Pengangkutan Awam, Ini Cara Mudah Untuk Anda Berjimat Hingga Akhir Bulan

IKLAN

Selain daripada jimat wang ringgit, ia juga merupakan salah satu diet yang menyihatkan. Ini kerana anda sendiri yang memasak, pasti anda akan mengawal segala jenis bahan yang digunakan untuk memasak. Anda juga tidak perlu membazir membeli makanan di kantin pejabat dan sebagainya.

2. Guna pengangkutan awam

Selain Guna Pengangkutan Awam, Ini Cara Mudah Untuk Anda Berjimat Hingga Akhir Bulan

 

IKLAN

Jaringan pengangkutan awam di negara kita semakin maju dan lebih mudah untuk rakyat. Cara pembayarannya juga sudah semakin menyenangkan. Waktu begini anda guna segala kad prabayar yang ada untuk memudahkan perjalanan ke pejabat. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan berjalan kaki ke pejabat dari stesen hentian pengangkutan awam.

3. Tidak perlu berkunjung tempat makan mewah

Selain Guna Pengangkutan Awam, Ini Cara Mudah Untuk Anda Berjimat Hingga Akhir Bulan

Di sini anda perlu belajar cara mengawal nafsu makan di tempat mewah. Restoran makanan segera juga dikategorikan mewah bila sudah masuk pertengahan bulan. Oleh itu, elakkan serta kebalkan diri daripada melihat iklan promosi diskaun yang ditawarkan oleh mana-mana restoran. Kerana walaupun diskaun, duit anda pasti digunakan ketika membuat pembayaran.

IKLAN

4. Carpool ke tempat kerja

Selain Guna Pengangkutan Awam, Ini Cara Mudah Untuk Anda Berjimat Hingga Akhir Bulan

Tip yang ini susah sedikit kerana anda perlu cari rakan-rakan yang tinggal berhampiran dengan anda. Namun untuk merealisasikannya, anda kena plan dengan rakan-rakan yang ingin carpool. Salah satunya adalah, kena ada sistem tukar kereta. Hari ini guna kereta anda ke pejabat, esok rakan anda punya kereta dan berterusan hingga masuk gaji.

BACA: Rupanya Makan Kacang Kuda Bagus Untuk Diet Super Jimat Orang Nak Kurus!

5. Tahu bezakan mana satu kehendak & keperluan

Selain Guna Pengangkutan Awam, Ini Cara Mudah Untuk Anda Berjimat Hingga Akhir Bulan

Bila masuk fasa krisis kewangan, anda kena arif tentang adakah sesuatu pembelian tersebut satu kehendak atau ia keperluan semasa. Contoh paling mudah adalah, makanan, tempat tinggal dan pakaian. Kehendak adalah hiburan, barang hiasan dan lain-lain lagi. Perbezaan sebegini yang bakal menyelamatkan anda untuk meneruskan kehidupan hingga tibanya gaji.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI