Siapa sangka kacang kuda yang anda sering lihat di kawasan Rehat & Rawat (R&R) atau kebanyakan pasar malam, rupa-rupanya menjadi sebahagian daripada diet sihat.
Jika anda dalam misi menurunkan berat badan, jadikan kacang kuda sebagai makanan diet yang boleh anda manfaatkan untuk kurus.
Seorang coach yang dikenali sebagai Syai Aizat berkongsikan tentang khasiat kacang kuda untuk kurus bersama resipi merebus kacang kuda. Jangan lupa senaraikan kacang kuda ini dalam menu diet harian anda.
Wow!!!! berita baik buat si penggemar kacang kuda ni.
Antara manfaat kacang kuda adalah:
1. Membantu Mengawal Paras Gula dalam Darah
Kacang kuda, seperti kacang-kacang yang lain merupakan satu bentuk karbohidrat kompleks yang tubuh badan dapat hadam secara perlahan-lahan dan digunakan untuk tenaga.
Ads
2. Meningkatkan rasa kenyang dan membantu mengurangkan berat badan
Kacang kuda sangat kaya dan tinggi dengan protein dan serat yang membantu menjadikan anda rasa kenyang dan mengelakkan anda daripada mengamalkan pemanakan snek yang tidak sihat.
Ianya turut membantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita sekaligus mengekalkan tenaga kita.
3. Membantu proses pencernaan disebabkan kandungan serat yang tinggi
Kacang kuda merupakan salah satu daripada 20 makanan yang boleh disenaraikan sebagai tinggi kandungan seratnya.. Hakikatnya, kurang daripada 5% daripada warga malaysia mendapatkan diet yang disarankan setiap hari.
Serat berfungsi memberikan proses pencernaan yang sihat dengan cara membuang dengan segera makanan melalui laluan pencernaan serta membantu mengurangkan simptom sembelit.
4. Memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan
Khasiat kacang kuda juga mampu meningkatkan paras zat besi, zink, folat, phosphorus dan Vitamin B.
Ads
Semua itu sangat penting bagi golongan vegetarian yang sudah pasti akan kekurangan nutrien-nutiren ini disebabkan oleh tidak mahu mengambil produk daripada haiwan.
5. Sumber utama protein berasaskan tumbuhan
Protein adalah makro nutrien yang penting dalam memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi dalam badan, daripada organ-organ penting, otot-otot, tisu-tisu dan tahap hormon juga.
Mengambil protein yang cukup secara sihat membantu anda melambatkan proses penuaan.
Saya share cara nak rebus kacang rebus. Mana tahu ada yang tak tahu caranya.
BAHANNYA:
1. Kacang kuda dibasuh dan direndam hingga kembang.
2. Sedikit garam.
3. Air secukupnya untuk merebus.
CARA-CARANYA:
Basuh kacang kuda, tuang air secukupnya. Masak guna api sederhana, apabila mendidih kecilkan api dan renehkan. Sekiranya semasa merebus airnya kurang, sila tambah lagi. Masukkan sedikit garam dan tunggu sehingga empuk.
Kacang rebus cara di atas lulus untuk membantu anda kurus tau bukannya yang dah disalut sambal yer.
Sila tag dan share tentang info manfaat kacang kuda ini.
Banyak artikel yang kita dengar tentang keburukan merokok dan tip-tip berenti merokok, tapi jarang pula kita disajikan tentang artikel tentang langkah demi langkah yang tepat untuk dipraktikkan. Sudah tentu, semua orang sedar bahawa beberapa penyakit paru-paru adalah kesan utama daripada merokok, dan ini termasuk menyebabkan asma anda menjadi lebih teruk. Perokok juga 12 hingga 13 kali ganda terdedah kepada kematian akibat penyakit paru-paru berbanding mereka yang bukan perokok.
Kali ini kami kongsikan minuman berasaskan bahan semula jadi dikatakan membantu dalam pembersihan paru-paru.
Merokok pasti boleh memusnahkan kehidupan. Ia akan menjadi sukar untuk mengekang tabiat buruk ini tetapi perokok perlu cuba untuk berhenti dan mengurangkan risiko mendapatkan penyakit yang disebutkan di atas. Dan untuk membantu anda membebaskan diri daripada nikotin dalam tubuh anda, anda boleh meminum minuman sihat yang pakar mendakwa berkesan dalam membersihkan paru-paru anda.
Mudah untuk disediakan, jadi perokok harus mencuba minuman ini.
Untuk menyediakan minuman pembersih paru-paru, sediakan bawang, kunyit, bawang putih, satu liter air, stevia dan madu. Mula dengan meletakkan pemanis ke dalam air dan biarkan ia mendidih. Potong halia dan bawang dan masukkannya ke campuran air. Biarkan ia reneh sedikit.
Mula menambah kunyit ke dalam air, kemudian anda perlu membiarkan ia selama kira-kira 6 minit. Biarkan ia sejuk sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk. Minum dua sudu sekali dan dua kali sehari – sekali pagi dan sekali petang. Tetapi ingat bahawa minuman ini tidak akan menyembuhkan sebarang penyakit yang sedia ada.
Kongsi ini dengan rakan dan keluarga anda.
Sumber: Elite Readers
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mesti anda rasa tidak selesa bila masalah perut boroi menyukarkan anda untuk mencari saiz baju atau seluar yang sesuai. Bagi yang miliki perut boroi, tak mustahil anda boleh dapatkan perut six pack.
Jangan jadikan alasan untuk tidak bersenam gara-gara anda tidak sempat ke gym. Inilah masalah untuk anda buang perut boroi yang dah lama menempel di perut anda itu.
Percayalah jika anda melakukan senaman 20 minit ini secara rutin, di samping makan makanan yang sihat pasti perut boroi anda boleh berubah ke six pack.
Fokus utama senaman 20 minit ini adalah untuk meningkatkan keupayaan jantung, mengaktifkan otot kaki, menguatkan otot dada (pectorolis) dan otot perut (abdominal). Jom mulakan dari sekarang!
1. Jumping Lunge
a. Senaman yang mempunyai elemen lompatan perlulah dilakukan di tempat yang lembut untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada sendi lutut anda untuk jangka panjang.
b. Mulakan senaman ini dengan posisi lunge biasa iaitu satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. Kedua-dua kaki anda hendaklah berada pada kedudukan 90 darjah.
c. Mulakan menukar kaki dengan melompat di udara. Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. Pastikan chest, torso anda sentiasa tegak dan tegap.
d. Walaupun senaman ini memenatkan, ia sangat baik untuk menguatkan keseluruhan otot kaki, hip flexors dan senaman kardiovaskular apabila anda melakukannya secara laju serta diulang banyak kali.
2. Plyometrics Pushup
a. Pastikan anda melakukannya di permukaan yang kesat seperti karpet atau rumput. Elak daripada melakukan pada permukaan yang licin atau basah kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan.
b. Senaman ini sama sahaja seperti push up yang anda biasa lakukan, cuma semasa menolak tubuh badan, anda perlu lakukan dengan pantas sehingga upper body melantun sedikit ke udara.
c. Sekiranya anda melakukannya dengan pantas, ia boleh menguatkan otot (pectoralis) chest serta (deltoid) bahu.
3. Plank Single Hand
a. Planking atau bridging adalah senaman yang baik untuk kekuatan abdominal, tulang belakang (spine bone) dan memberi kekuatan mental apabila anda melakukannya dalam tempoh masa yang lama.
b. Senaman ini sama seperti plank biasa, cuma anda hanya perlu tingkatkan lagi keupayaan atau intensity dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
c. Cuba lakukan selama 30 saat untuk kanan dan kiri. Paling penting, anda perlu memastikan kaki, pinggang dan badan berada dalam keadaan selari atau sebaris.
4. Hip Raise Single Leg
a. Senaman ini bertujuan untuk memberi kekuatan abdominal, tulang belakang dan hamstring.
b. Untuk melakukan senaman ini, ada perlu menaikkan pinggang selari dengan kaki untuk tempoh 30 saat kaki kanan dan menukar 30 saat untuk kaki kiri.
c. Tingkatkan keupayaan anda dengan menambahkan masa kepada 1 minit dan seterusnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri. Ada kalanya sakit belakang seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang secara tiba-tiba, sehingga kita rasa terkedu dan tidak boleh bergerak.
Apa yang boleh kita lakukan ialah berbaring dulu, dan meminta pertolongan dari pasangan kita, sama ada suami atau isteri, atau minta pertolongan dari rakan-rakan jika berlaku di padang atau di tempat kerja.
Pertama sekali dapatkan ais. Letakkan dalam tuala bersih. Tuam ais pada bahagian yang sakit selama 20 min. Ini akan mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Lakukan beberapa kali sehingga rasa sakit hilang.
Selepas kira-kira 48 jam, bertukar menggunakan tuam yang hangat untuk merangsang aliran darah dan mengurangkan kekejangan otot. Celup tuala dalam air yang panas, perah keluar, kemudian lipat dan tuamkan ke bahagian pinggang yang sakit. Pastikan tuala itu tidak terlalu panas sebelum diletakkan pada kulit belakang. Biarkan selama sehingga 20 minit. Boleh mengulangi tuaman ini tiga atau empat kali sehari selama beberapa hari.
Selain itu bolehlah buat senaman regangan dengan cara duduk apabila sakit mula berkurangan. Apabila boleh berdiri, cuba luruskan belakang dengan menolak perut atau pinggang ke hadapan, tahan untuk 10-15 saat kemudian boleh rehat kembali.
Apabila bangun dari tidur, haruslah bangkit secara perlahan-lahan. Saya mencadangkan agar buat senaman regangan dulu. Caranya ialah dengan mengangkat tangan ke atas kepala ketika sedang berbaring. Cuba luruskan secara perlahan-lahan. Kemudian cuba tolakkan pinggang ke atas menjauhi tilam. Tahan 10-15 saat. Kemudian rapatkan lutut ke dada dan peluk sekuat yang mungkin.
Bangun perlahan-lahan dari katil dengan gerakkan badan menghampiri tepi katil. Unjurkan kaki ke luar katil dan bangun secara perlahan-lahan dengan menggunakan tangan menolak tilam untuk duduk.
Cara-cara ini mungkin membantu bagi mereka yang mengalami masalah sakit belakang. Jika sakit belakang tidak kurang dengan mengambil ubat penahan sakit atau bertambah kuat atau menyebabkan rasa kebas dan sakit pada kaki, eloklah dapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.