Suatu masa dahulu, Studio Jalan Ampas di Singapura telah melahirkan ramai bintang yang cukup hebat dan berkaliber.

Namun setelah 20 tahun beroperasi, tahun 1958 menyaksikan Malay Film Productions berdepan masalah kewangan.

Kesannya, ramai pekerja filem hilang rezeki dan berlaku satu peristiwa yang cukup menyedihkan dalam tempoh 24 jam sahaja.

Selain Hilang Rezeki, Showtime 1958 Bongkar Nasib Seniman Studio Jalan Ampas

Pulang ke negeri masing-masing & sertai Merdeka Film Studio

Setelah merdeka juga, kebanyakan pekerja filem yang menganggur ini berhijrah ke Merdeka Film Studio dan memulakan karier seni yang baharu.

Bagi berkongsi peristiwa yang tidak diketahui ramai ini, anak kepada seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong tampil untuk bercerita.

IKLAN

Mendapat inspirasi daripada peristiwa sebenar, Anwardi Jamil menulis semula rentetan tersebut dan terjemahkannya menerusi filem Showtime 1958.

Selain Hilang Rezeki, Showtime 1958 Bongkar Nasib Seniman Studio Jalan Ampas

Petak Band hargai peluang

Berkongsi cerita yang sama, sebuah kumpulan muzik yang dianggotai 6 anak muda yang menamakan diri mereka Petak Band menzahirkan rasa bangga.

IKLAN

Sebabnya, kerana mereka diberi peluang untuk merakamkan semula sebahagian daripada babak yang cukup penting buat sejarah anak seni.

Selain Hilang Rezeki, Showtime 1958 Bongkar Nasib Seniman Studio Jalan Ampas

Ujar Petak Band, mereka menggalas tanggungjawab sebagai Combo Kugiran Kassim Masdor dan memainkan lagu pada era 50-an.

IKLAN

“Dalam filem tersebut, kami juga mengiringi nyanyian untuk watak-watak lagenda seperti P.Ramlee, Normadiah serta David,” katanya.

Bakal release single ‘Terseksa’

Selain Hilang Rezeki, Showtime 1958 Bongkar Nasib Seniman Studio Jalan Ampas

Menerusi perkembangan lain, Petak Band yang merupakan kumpulan muzik bergenre rock alternative dan pop akan melancarkan sebuah single yang berjudul ‘Terseksa’.

Petak Band dianggotai Ahmad Mijwad Che Osman sebagai penyanyi utama, Muhammad Amin Aizal Shukeri (1st Guitar/Lead Guitar), Kayrul Khamis (2nd Guitarist/Rhtym), Mohd Firdaus Shaidun (Bassist), Mohamad Naufal Mohd. Rafe (Pemain Keyboard) serta Mohammad Sufi Afwan (Pemain Drum). – MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI