Kunjung-mengunjungi rumah saudara-mara dan juga rakan taulan sememangnya amalan yang mulia terutamanya pada hari raya Aidilfitri.

Ini kerana orang yang menerima tetamu akan menerima pahala serta ganjaran yang cukup mulia di sisi Allah.

Namun sebagai tetamu, janganlah pula kita mengambil kesempatan ke atas tuan rumah yang nampaknya mesra dan baik hati seperti :

IKLAN

1. Jangan sepahkan rumah

Dah elok berkunjung ke rumah orang tu, janganlah kita sepahkan rumah mereka. Mana yang ada anak-anak tu, tolong tengok sikit tangan mereka. Risau ada yang makan kuih tak habis, sorok bawah karpet. Kasihan tuan rumah nak kena sapu.

2. Complaint rumah tak selesa

Jangan sesekali complaint rumah yang dikunjungi itu dengan perkataan yang kurang elok. Misalnya rumah panaslah, tak ada aircondlah, jauhlah, internet tak adalah dan bermacam-macam lagi.

IKLAN

3. Habiskan juadah yang disediakan

Kalaulah anda merupakan tetamu yang pertama, jangan habiskan semua juadah yang disediakan tuan rumah. Beringatlah. Masih ada tetamu lain yang akan hadir selain anda.

IKLAN

4. Biarkan anak-anak merayau

Jangan biarkan anak-anak merayau dalam rumah orang. Ada yang siap masuk bilik dan melompat-lompat atas katil. Kalau tak dipantau, elakkan sampai ke dapur perginya.

5. Bezakan barangan dalam rumah

Mulut tu jaga sikit. Mentang-mentang baru lepas beraya di rumah orang kaya 18 keturunan makan tak habis, dibezakan pula dengan rakan kita yang kerjanya cuma cukup-cukup makan. Memanglah dekorasi dalam rumah pun takkan sama.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI