Rasa lemau masuk kerja pada hari Isnin bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Malah rakyat di negara lain turut mengalami perasaan yang sama.

Ini kerana setelah dua hari bercuti pada hujung minggu, otak yang tenang pun memerlukan persediaan untuk kembali aktif memikirkan soal kerja.

Sehubungan itu jika anda sendiri pun masih kurang bermaya, ini tip yang perlu anda pegang untuk minggu-minggu yang berikutnya :

1. Bangun lebih awal

Set jam penggera anda seawal yang boleh. Selepas membuka mata, ambil sedikit momen untuk menarik nafas panjang dan renggangkan badan di atas katil. Pasti anda akan lebih segar dan lebih bertenaga.

Ads

2. Sarapan ringan

Jangan biarkan perut kosong pada awal permulaan hari Isnin. Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi amat penting bagi menstabilkan momentum fizikal agar lebih bertenaga. Pengambilan bijirin (cereal) dan susu antara pilihan yang bijak. Anda juga boleh memilih untuk menikmati dua keping roti bersama segelas jus.

3. Mendengar muzik

Ya, tidak dinafikan trafik pada hari Isnin kebiasaannya sesak. Oleh itu, jangan ambil peduli akan kesesakan tersebut. Sebaliknya berfikiran positif dan putarkan radio atau mainkan lagu-lagu kegemaran anda. Apa jua genre, muzik terbukti menenangkan dan mampu menyegarkan mata anda.

Ads

4. Elak terus membuka komputer

Jangan biarkan anda terbeban dengan tugasan setibanya sampai di pejabat. Elakkan dari terus membuka komputer dan membaca lambakan e-mel yang boleh membuatkan anda tertekan. Seeloknya selesakan dahulu diri anda dengan menyusun jadual kerja.

Ads

5. Senyuman dan bicara ringan

Mulakan hari anda yang positif dengan senyuman. Ambil masa dan pergilah menyapa rakan sekerja serta kongsi aktiviti sepanjang hari minggu anda bersama mereka bagi meningkatkan keterujaan. Gelak ketawa mampu membangkitkan mood anda.

6. Tonton video lucu

Curi masa 3 hingga 5 minit untuk tonton video lucu yang boleh membuatkan anda ketawa. Ini kerana ketawa boleh mengaktifkan adrenalin anda untuk jadi lebih bersemangat dalam bekerja pada hari Isnin.

Selamat mencuba!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI