Perbuatan menderma darah adalah sangat mulia di mata masyarakat. Dengan darah yang didermakan ia mampu menyelamatkan banyak nyawa yang memerlukan. Selain itu, anda sebagai penderma darah tidak sedar akan betapa besarnya sumbangan mereka tetapi bagi pesakit ia boleh memberikan signifikasi sangat besar dalam hidup.
Buat anda yang mempunyai kelayakan serta memenuhi kriteria untuk menjadi penderma darah, pergilah lakukannya dengan segera.
Darah yang didermakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan dan rawatan. Di antaranya untuk pesakit pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.
Selain untuk pesakit dan mereka yang memerlukan darah, anda sebagai penderma juga boleh mendapat banyak kelebihan bila melakukan sumbangan mulia seperti ini. Berikut MASKULIN kongsikan kelebihan dan maklumat penting perlu anda tahu tentang menderma darah.
MENGETAHUI JENIS DARAH
Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.
MERENDAHKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.
PENYAKIT KRONIK
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit. Satu-satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten. Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu.
KURANGKAN RISIKO STROK OTAK
Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 – 85%!
BAKAR KALORI
Individu boleh melakukan ‘diet’ atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
BANTU BEKALAN MENCUKUPI
Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Selain itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.
BACA: 5 Senaman Efisien Mampu Singkirkan Lemak Bahagian Abdomen, Buat Sambil Baring Pun Boleh!
TIDAK PERLU TAKUT
Tidak ada apa yang perlu anda takuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.
BANTU PESAKIT HADAPI HIDUP NORMAL
Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon-hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat-sangat membatu pesakit selain dapat bantu mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.
KEPUASAN TERSENDIRI
Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.
LEBIH PRODUKTIHF
Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48-72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar.
Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan. Jom kita derma darah!
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
https://www.youtube.com/watch?v=aUUaRMOFa0c
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI