Jika buka laman carian di Google tentang Dr. Zakir Naik, pasti akan keluar banyak maklumat yang agak buruk tentang insan hebat ini. Namun, semua penganut agama islam tahu tentang sumbangan serta kehebatan beliau walaupun terdapat pelbagai maklumat yang kurang tepat tentangnya.

Walaupun banyak mendapat tentangan serta ugutan bunuh, namun kehebatan beliau dalam lapangan ilmu perbandingan agama, tidak boleh disangkal. Ini kerana beliau amat disegani dikalangan ahli akademik tentang rujukan maklumat yang tepat dan benar.

Oleh itu, MASKULIN ingin kongsikan kehebatan beliau hingga ‘ditakuti’ oleh pihak barat.

IKLAN

1. Sebelum jadi pendakwah, dia seorang pakar perubatan

Manurut laporan Astro Awani, beliau merupakan seorang doctor perubatan yang telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Perubatan & Pembedahan (MBBS) dari Mumbai, India. Pada tahun 1991, beliau mula terlibat dalam bidang dakwah dan menubuhkan Yayasan Kajian Islam (IRF).

2.  Hebat dalam memberikan hujah yang bernas

Setiap kali menyampaikan syarahan, beliau selalu memberikan maklumat yang kritikal dan tepat. Walaupun soalan yang diajukan berbentuk provokasi, Dr. Zakir Naik akan menjawabnya dengan maklumat yang lebih tepat.

IKLAN

3.  Selalu memberi pencerahan tentang kekeliruan agama islam

Hujahannnya sangat lengkap kerana mengandungi rujukan daripada Al-Quran dan hadis yang sahih. Selain itu, kadangkala maklumatnya turut disertai dengan rujukan daripada kitab asal agama lain.

4. Sudah banyak memberi syarahan di seluruh dunia

Menurut laman web IRF, sehingga kini Dr. Zakir Naik telah banyak kali menyampaikan syarahan di seluruh dunia.

IKLAN

Pengaruhnya juga sangat luas hinggakan di blok kemasukannnya ke beberapa negara.

5. Ramai masuk islam kerana ceramahnya

Telah banyak kita lihat video ceramah Dr. Zakir Naik di mana beliau berjaya mengislamkan ramai orang tidak mengira latar belakang agama dan bangsa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI