MASKULIN menjangkakan pasti ramai yang tidak sabar menantikan kemunculan HUAWEI nova 7 SE tiba di pasaran.
Apa tidaknya, dengan tawaran pelbagai spesifikasi hebat pada harga yang sangat berpatutan, MASKULIN menjangkakan ia bakal menjadi peranti pintar yang paling hangat di pasaran.
Bagi anda yang mungkin tidak tahu, HUAWEI nova 7 SE merupakan telefon pintar terbaharu daripada HUAWEI yang menyokong rangkaian 5G. Apa yang lebih menarik, ia hanya ditawarkan dan dipasarkan pada harga RM1499 sahaja bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM 399!
Sekali gus, menjadikan peranti hebat ini sebagai telefon pintar 5G pada harga mampu milik di Malaysia!
Pembelian HUAWEI nova 7 SE bermula 19 Jun melayakkan pembeli menerima Triple Rewards:
Pengguna yang melakukan pembelian HUAWEI nova 7 SE pada harga RM1499 layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256* meliputi (HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage- 15GB for a year, nova casing, HUAWEI Video (di bawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan, HUAWEI Book sehingga 30th Nov 2020 & Member Center rewards sehingga RM1,000*- rewards berbeza dari rakan niaga.
Dapat hadiah percuma HUAWEI AppGallery Carnival 2020 secara percuma*
Cabutan bertuah AppGallery Carnival dan berpeluang merebut Proton X70
*tertakluk pada terma & syarat
*sementara stok masih ada
Jika anda rasa itu sahaja kelebihan yang ditawarkan oleh telefon pintar sebutan ramai ini, tunggu sekejap.
Jom, saksikan tujuh sebab mengapa HUAWEI nova 7 SE patut menjadi pilihan anda yang dikongsi HUAWEI nova Brand Manager, Isabel Koh:
WARNA PELENGKAP PERSONALITI
HUAWEI nova 7 SE memperkenalkan tiga warna berbeza yang mampu menyerlahkan personaliti pemiliknya menjadi lebih bergaya dan vibrant. Lengkap dengan laminasi gradien warna berbeza, HUAWEI nova 7 SE menampilkan tiga warna menarik iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.
RINGAN DAN SLIM
Salah satu faktor utama yang memainkan peranan sangat penting bagi penggemar telefon pintar ialah berat dan juga ketebalan. Untuk HUAWEI nova 7 SE, anda tidak perlu risau kerana beratnya hanya 189 gram.
Sasaran utama HUAWEI nova 7 SE ialah menghimpunkan kemampuan dan fotografi dalam sebuah ‘badan’ yang kecil. Bagi memastikan ia tercapai, HUAWEI memperkenalkan rekaan minimalis yang bukan sahaja memberikan prestasi hebat, dalam masa sama ia juga tampil lebih ringan.
KAMERA BERKUALITI TINGGI 64MP A1 QUAD
Ads
Suatu ketika dahulu, kamera hanyalah ciri pelengkap bagi sesebuah telefon pintar. Namun kini, ia menjadi salah satu aspek paling penting di kalangan pengguna. Bagi memenuhi kehendak pelanggan, HUAWEI nova 7 SE dilengkapi dengan kualiti kamera yang hebat.
Dengan sokongan pemproses Kirin 820 dan kemampuan AI, HUAWEI nova 7 SE mampu membuat rakaman video dan foto pada definisi paling tinggi. Dengan kamera 64MP A1 Quad, ia juga mampu melakukan rakaman video 4K.
Bagi mereka kerap mengambil gambar, HUAWEI nova 7 SE 5G ni merupakan pilihan terbaik. Kamera depan 16MP mampu mengguna pakai aperture besar f/2.0 dengan saiz piksel 1.0 um menjadikan kameranya berupaya menangkap lebih cahaya dan perincian dalam gambar yang diambil.
Kamera depannya pula menyokong Super Night Sel e 2.0 yang membolehkan gambar diambil di tempat bercahaya rendah. ‘Noise’ pula dikawal oleh BM3D algorithms manakala perincian dibantu dengan menyusun beberapa RAW frame bersama-sama. Jadi, hanya 2 saat diperlukan saja oleh HUAWEI nova 7 SE ini untuk menghasilkan kualiti gambar self-potrait yang menakjubkan..
PENGALAMAN PANGGILAN VIDEO DUAL-VIEW
Panggilan video memainkan peranan cukup penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya ketika dalam kuarantin baru-baru ini. HUAWEI nova 7 SE menawarkan Dual-View bagi meraikan pengalaman baharu panggilan video untuk merakam momen kamera hadapan dan belakang dalam satu masa!
BATERI TAHAN LAMA DENGAN 40W SUPERCHARGE
Kadangkala tidak berguna juga memiliki telefon pintar berspesifikasi luar biasa tinggi tetapi tidak mempunyai ketahanan bateri yang lama. Berbeza dengan HUAWEI nova 7 SE, ia dilengkapi dengan bateri 4000mAh bersama sokongan 40W HUAWEI SuperCharge.
Tahukah anda, HUAWEI nova 7 SE mampu dicas sehingga 70 peratus dalam masa kurang setengah jam? Ini merupakan berita baik buat pengguna yang selalu ‘on the move’ dan yang mementingkan jangka hayat penggunaan bateri.
TELEFON PINTAR 5G PALING MAMPU MILIK DI MALAYSIA
Ads
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas, HUAWEI nova 7 SE bakal menjadi telefon pintar paling mampu milik tampil dengan sokongan 5G. Jadi, anda tidak perlu melabur dengan harga yang mahal untuk menikmati telefon pintar yang memiliki kelajuan tertinggi kerana HUAWEI nova 7 SE ditawarkan dengan harga bawah RM2,000.
PERKONGSIAN DI HUJUNG JARI DENGAN HUAWEI Share* & MeeTime
Kemampuan perkongsian data dengan cara paling cepat dan mudah juga menjadi antara faktor penting bagi pengguna. Pada masa kini setiap data seperti foto dan video berdefinisi tinggi hadir dengan saiz yang besar.
Selama ni nak kongsi dokumen atau slide untuk presentation semasa meeting atau kelas dalam talian memang agak leceh. Tapi dengan HUAWEI Share*, sebuah fungsi perkongsian fail di antara peranti HUAWEI, segala urusan bakal lancar!
HUAWEI MEETime juga menyokong panggilan video berdefinisi tinggi 1080p FHD di antara peranti HUAWEI.
Selain daripada kualiti video yang mantap, HUAWEI MEETime juga ada fungsi Kongsi Paparan (Screen sharing) dan Mod Cantik (Beauty Mode). Tak kiralah korang bekerja atau bersuka ria, fon ni memenuhi segala kehendak gaya hidup korang!
HUAWEI FreeBuds 3i
HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan siri HUAWEI nova 7 dan berharga RM399 je.
HUAWEI APPGALLERY
Ads
Tampil dengan ciri-ciri yang menarik, pengguna HUAWEI nova 7 SE boleh menikmati pelbagai aplikasi kegemaran kita seperti Maybank2U, Facebook, Shopee, Lazada dan lain lain lagi juga terdapat di HUAWEI AppGallery. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/.
MERAIKAN HUAWEI APPGALLERY CARNIVAL
Diangkat sebagai perayaan terbesar jenamanya, HUAWEI AppGallery Carnival kini kembali. Bermula pada 19 hingga 30 Jun 2020, pengguna HUAWEI berpeluang menikmati pelbagai tawaran hebat dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM2 juta!
Di HUAWEI Experience Stores terdapat hadiah-hadiah menanti anda antaranya Proton X70 dan 500 buah skuter elektrik.
Jika tidak sabar menantikan 19 Jun 2020 ini, anda boleh terus ke Huawei Store untuk mendapatkan baucar bernilai sehingga RM160. Jadi, usahlah berlengah lagi. Mana tahu Proton X70 bakal menjadi milik anda suatu hari nanti!
Ganjaran HUAWEI Member Center
Khas buat peminat setia HUAWEI! Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, pengguna akan mendapat pelbagai makanan lazat bernilai lebih RM1,000! Dengan kolaborasi seperti AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan lain-lain lagi, anda pasti tahu pelbagai ganjaran dan hadiah anda boleh dapatkan melalui HUAWEI nova 7 SE ini.
Kami juga tawarkan ganjaran, Baucar Diamond Royale untuk penggemar permainan video!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 7 SE, anda boleh mengunjungi HUAWEI Store atau HUAWEI Experience Stores (HES). Lebih menarik apabila HUAWEI turut memperkenalkan pelan ansuran bermula dari RM5.20 sehari.
Sila melayari website Huawei atau kunjungi cawangan HUAWEI berdekatan anda untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kelebihan nova 7 SE. Untuk informasi selanjutnya Huawei nova 7 SE, boleh klik sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkembangan jenama jam tangan Bell & Ross di Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa. Dari metropolis Kuala Lumpur yang sibuk hingga ke pelbagai kawasan kejiranan di Damansara, Bell & Ross telah meletakkan butiknya secara strategik untuk memenuhi pelbagai pelanggan, mencerminkan komitmen untuk menyediakan jam tangan berkualiti yang menggabungkan ketepatan dan gaya dengan lancar.
Kehadiran meluas jenama itu mencerminkan perjalanannya yang luar biasa dan menekankan keupayaannya untuk memikat peminat jam tangan dan profesional dalam pasaran yang berkembang maju ini.
Butik baharu di The Exchange TRX ini turut mengekalkan reka bentuk yang teguh dan identiti jenama Bell & Ross.
Mempunyai gabungan bentuk dan fungsi yang lancar, bahagian dalam butik akan menyerlahkan falsafah jenama, menarik inspirasi daripada struktur fiuslaj pesawat sambil menyepadukan sentuhan kecanggihan semula jadi dengan perabot kayu.
Reka Bentuk Dalaman Yang Teliti
Daripada bahan yang dipilih dengan teliti kepada susun atur dan unit paparan, setiap sudut butik ini direka dengan teliti untuk menyuarakan komitmen jenama terhadap ketepatan, gaya dan ketahanan.
Hasilnya ialah persekitaran yang mengasyikkan yang merangkumi semangat Bell & Ross dengan sempurna, di mana pengunjung boleh meneroka dunia horologi jenama sambil mengalami bahasa reka bentuk yang tidak berbelah bahagi yang mentakrifkan jenama.
Memandangkan Malaysia telah membuktikan dirinya sebagai pusat yang berkembang maju untuk Bell & Ross, penambahan The Exchange, TRX pada portfolio itu menekankan lagi hubungan antara jenama itu dan pelanggan tempatan.
Setiap butik membawa reka bentuk dan identiti Bell & Ross, menyediakan persekitaran yang menawan untuk peminat meneroka jam tangan, dan butik baharu di The Exchange TRX tidak berbeza.
Pembukaan butik Bell & Ross di The Exchange TRX juga membuktikan dedikasi jenama itu untuk memberi impak berkekalan dalam bidang pembuatan jam tangan mewah sambil mengesahkan kedudukannya sebagai tunjang kecemerlangan horologi di Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertama sekali secara jujurnya bila anda mendengar perkataan ‘shopping’ kepada jantina manakah yang lebih dekat dengan aktiviti tersebut?
Sebagai lelaki anda tidak seharusnya berfikiran panjang untuk menemui jawapannya. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang sudah berkahwin atau punyai teman wanita.
Wahai lelaki sekalian ketahuilah bahawa ‘shopping’ itu adalah satu salah perkara yang membahagiakan wanita. Sila ingat perkara itu sampai bila-bila. Dan MASKULIN mengatakan perkara tersebut bukanlah dengan konotasi negatif tetapi merupakan satu bentuk pujian.
Wanita memang gemar membeli-belah dengan cara tersendiri,dengan lebih teliti dan mungkin lebih baik berbanding lelaki. Namun itu tidak bermakna seorang lelaki merupakan seorang yang ‘lousy’ dalam membeli-belah.
Secara konsensusnya masyarakat beranggapan perbelanjaan barangan keperluan di rumah kebiasaannya akan dikendalikan sepenuhnya oleh wanita. Kaum lelaki sebagai suami pula cukup sekadar mengeluarkan wang untuk perbelanjaan tersebut.
Terdapat satu kajian dari Warton School of Business hadir dengan kesimpulan mengatakan ‘men buy, women shop’. Apakah yang dimaksudkan oleh mereka?
Walaupun corak perbelanjaan lelaki dan wanita secara amnya tidaklah berbeza namun terdapat beberapa perbezaan dari segi sterotaip, perspektif dan juga motif perbelanjaan yang dilakukan.
Sebagai contoh tabiat membeli belah secara di atas talian atau e-dagang. Kajian mendapati di antara faktor yang memainkan peranan sangat penting bagi wanita dalam membeli-belah ialah kaitan emosional yang kuat, psikologikal dan peranan simbolik berbanding lelaki.
Manakala lelaki pula lebih kepada aspek rasional, membuat keputusan dengan cepat dan bersedia untuk mengambil risiko terutamanya produk atau peranti berteknologi tinggi dan baharu.
Di bawah MASKULIN kongsikan 7 perkara yang membezakan tabiat membeli-belah di antara lelaki dan wanita.
WANITA PENTINGKAN DISKAUN
Secara perbandingan wanita lebih gemar mencari barangan atau produk yang menawarkan diskaun. Malah, wanita juga lebih cenderung untuk membeli-belah lebih banyak ketika musim jualan murah berbanding lelaki.
Selain itu, penggunaan sebarang kupon atau kod diskaun juga lebih banyak digunakan oleh wanita. Disebabkan itulah rata-rata lelaki berbelanja lebih tinggi untuk satu-satu produk.
LELAKI BERBELANJA LEBIH TINGGI BILA SEMAKIN DEWASA
Berbeza dengan wanita yang lebih banyak ‘shopping’ ketika usia mudanya, lelaki lebih banyak menghabiskan wang berbelanja sakan ketika usia semakin dewasa. Lihat sahajalah lelaki yang usianya berusia 30-an hingga 40-an.
Ketika inilah mereka akan mula berbelanja kerana rata-rata kedudukan kewangan semakin stabil dan mula menemui hobi yang baru. Wanita pula lebih settle down dengan kewangan mereka terutamanya yang sudah berkeluarga.
LELAKI KURANG GEMAR KE LORONG KECANTIKAN & MASAKAN
Kajian juga mendapati kira-kira 74 hingga 90 peratus wanita akan menghabiskan masa membeli-belah mereka di bahagian kecantikan, bayi dan kategori makanan. Namun ia tidak bermakna lelaki tidak mengunjungi lorong tersebut di pasar raya. Cuma waktu mereka habiskan di lorong tersebut lebih pendek dan ringkas.
Perbelanjaan makanan seperti snek, minuman soda, susu dan pelbagai produk yang boleh didapati di kedai serbaneka biasanya akan dibeli oleh lelaki. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Nielsen kebanyakan jenama mengambil kesempatan ini dengan mencipta tema tawaran atau ‘bundle’ yang mudah menarik perhatian lelaki.
‘MEN BUY, WOMEN SHOP’
Seperti MASKULIN katakan di atas faktor perbezaan ini merupakan tabiat berbelanja yang cukup ketara di antara lelaki dan wanita. Wanita lebih cenderung dan mudah untuk memberikan reaksi terhadap interaksi personal bersama pembantu jualan.
Manakala lelaki pula lebih mementingkan aspek yang memudahkan mereka untuk membeli-belah seperti ruang letak kereta yang banyak, stok mencukupi dan juga kemudahan yang boleh mempercepatkan dan memudahkan urusan beli-belah.
KHIDMAT PELANGGAN
Kajian Wharton juga mendapati sebanyak 29% wanita mengatakan kekurangan bantuan apabila diperlukan ketika membeli-belah merupakan masalah paling tidak digemari mereka. Dan kebanyakannya lebih cenderung untuk membeli-belah di tempat lain jika khidmat pelanggan yang ditawarkan tidak berapa baik.
Bagi lelaki pula masalah utama yang menggangu mereka ialah ruang tempat letak kereta yang tidak mencukupi atau terlalu jauh.
LEBIH LAMA TAPI LEBIH KERAP
Apa yang MASKULIN maksudkan ialah lelaki mengambil masa lebih pendek ketika membeli-belah namun rela berulang banyak kali ke pusat membeli-belah atau pasaraya. Disebabkan itulah setiap kali membeli-belah jumlah item yang dibeli lebih sedikit berbanding wanita.
Dalam memilih barangan yang berkualiti pula lelaki dan wanita sebenarnya tidak jauh bezanya. Masing-masing mahukan produk yang ada ‘value for money’.
Barangan berkualiti tidak bermaksud barangan import semata. Pada masa kini barangan keluaran tempatan juga mempunyai kualiti serta mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong produk tempatan dengan kempen yang dianjurkan mereka, ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’.
Hadir dengan tanda pagar #BarangBaikBarangKita, KPDNHEP turut ingin membantu sektor industri tempatan bangkit dari impak pandemik COVID-19 sekali gus membangkitkan semula ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri berkata juga menyatakan bahawa kerajaan telah memulakan proses pemulihan ekonomi melalui strategi pelaksanaan Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Jadi marilah sama-sana kita sokong barangan buatan Malaysia! #BarangBaikBarangKita!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin ramai di antara daripada anda terutamanya yang berusia sekitar 20-an dan 30-an beranggapan bahawa anda bebas daripada sebarang risiko penyakit jantung.
Tapi adakah andaian anda itu tepat?
Tahukah anda statistik terkini menunjukkan penyakit jantung kini bukan lagi penyakit untuk golongan warga emas atau lebih tua sahaja. Malah, semakin hari semakin banyak kes serangan jantung yang melibatkan individu yang masih muda dalam usia lingkungan 30-an meninggal dunia akibat serangan jantung.
Lebih menakutkan apabila kes serangan jantung ini berlaku ketika individu tersebut sedang tidur ataupun bersukan. Merujuk kepada Pangkalan Data Kardiovaskular Kebangsaan 2014 dan 2015, ia menunjukkan kira-kira satu daripada empat pesakit menghidap masalah jantung adalah individu berusia bawah 50 tahun.
Satu tinjauan yang pernah dihasilkan pada tahun 2015 Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menganggarkan kira-kira 47.7 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai masalah kolesterol darah yang tinggi. Masalah ini juga boleh mengakibatkan muncullah masalah dan penyakit jantung di kalangan orang muda.
DIET YANG BAIK
Mengamalkan pemakanan dan diet yang seimbang mampu membantu anda mendapatkan kesihatan jantung yang baik. Jika tidak mengamalkan diet yang baik anda boleh berdepan masalah obesiti sekali gus mendedahkan diri dengan risiko penyakit jantung.
Video WATSONS di bawah merupakan perkongsian tentang kepentingan diet yang baik demi kesihatan jantung. Satu perkongsian yang menarik dari Ahli Fisioterapi IJN, Azran Ahmad.
MELAKUKAN RUTIN SENAMAN
Gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan rutin senaman yang konsisten juga dapat memberikan kesihatan jantung yang lebih baik. Apa kata pakar IJN tentang perkara ini? Ikuti video di bawah.
KESIHATAN MENTAL YANG BAIK
Berdepan dengan tugasan kerja serta tekanan daripada pelbagai faktor luaran boleh menyebabkan anda berdepan stres. Bila perkara ini berlaku ia turut akan memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan jantung.
Kesihatan mental kini menjadi satu perkara yang sangat penting bagi menjamin kesihatan jantung yang berpanjangan.
KEMPEN KESIHATAN JANTUNG WATSONS
Bersempena Bulan Jantung Sedunia, Watsons telah melancarkan kempen ‘Don’t Break Your Heart’ yang bermula pada 2 September sehingga 30 September 2021. Objektif utama kempen ini ialah memberikan kesedaran kepada masyarakat menerusi pelbagai platform tentang penyakit kardiovaskular (cardiovascular disease) atau penyakit jantung.
Menerusi kempen yang dijalankan seiring dengan Bulan Jantung Sedunia, Watsons ingin turut memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan jantung.
Di antara langkah penjagaan terbaik ialah mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti selalu bersenam, pemakanan yang sihat serta seimbang dan melakukan aktiviti yang mampu menghilangkan stres.
Kempen DONT’T BREAK YOUR HEART oleh Watsons turut disertai oleh beberapa siri video menarik yang mengajak anda semua untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Sebuah muzik video dengan lagu ciptaan asli berjudul ‘Don’t Break Your Heart’ menampilkan beberapa selebriti terkenal bersama Watson store teammate turut diperkenalkan!
Ia merupakan kempen sing along yang cukup catchy dan sarat dengan mesej kesihatan.
PROMOSI ISTIMEWA UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Penjagaan kesihatan perlu selari di antara pemakanan, gaya hidup dan juga senaman. Dari segi pemakanan antara makanan yang dapat membantu ialah supplement dan juga makanan semula jadi seperti oat organik serta bijiran.
Menerusi kempen ‘Don’t Break Your Heart’, Watsons memperkenalkan promosi hebat sehingga diskaun 30% untuk produk makanan kesihatan.
Jangan lupa ikuti resepi sihat yang menjaga kesihatan jantung anda dengan Watsons Nutrabliss.
Seperti mana yang kita tahu, kesihatan mental juga sangat penting untuk memastikan diri kita bebas dari stres dan tekanan yang boleh datang dari pelbagai punca. Ia sekali gus membantu kesihatan jantung agar lebih baik. Bagi penjagaan mentak Watsons turut menawarkan beberapa produk menarik dengan potongan sebanyak 30%.
Di antaranya ialah kepelbagaian teh organik, kismis hijau dan merah, minyak kelapa, madu, minyak essential dan juga herba yang mampu membantu tidur lebih baik.
Anda juga berpeluang menyertai IG PHOTO CONTEST yang menawarkan hadiah menarik. Apa yang anda perlu lakukan ialah memuat naik foto bersama sticker ‘Don’t Break Your Heart’ berserta hashtag #dontbreakyourheart dan #watsonmalaysia di laman media sosial anda!
Pemenang bakal membawa pulang hadiah berupa baucar E-cash Watsons bernilai RM100. Berikut beberapa step untuk menyertainya:
Step 2: Ambil satu gambar selfie bersama dengan sticker Dont Break Your Heart
Step 3: Set profil kepada publik dengan tanda pagar #dontbreakyourheart #watsonsmalaysia.
Bagi terus meraikan Bulan Jantung Sedunia, Watsons turut menawarkan pemeriksaan tekanan darah dan juga penilaian berat badan di mana-mana cawangan WatsonsPharmacy di seluruh negara.
Jangan lupa untuk sama-sama sama-sama menyokong kempen kesihatan yang baik seperti ini. Dan jangan lupa sertai IG PHOTO CONTEST!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.