
Pengiktirafan dan penghargaan. Dua perkara yang pastinya memberi makna mendalam, terutamanya buat mereka yang selama ini telah menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan kelangsungan negara.
Ya, kita bercakap mengenai mereka yang bergelar penjawat awam Malaysia. Tanggungjawab besar yang dipikul serta masa dan keringat yang dikorbankan demi kemajuan bersama, pastinya memerlukan sedikit ruang untuk berehat, bersantai, dan menikmati hiburan berkualiti bersama keluarga tersayang.
Menyedari peranan penting ini dan sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga buat mereka, Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, tampil dengan sebuah inisiatif istimewa yang eksklusif untuk golongan penjawat awam.
“Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” ini adalah sebahagian daripada pek Astro One, direka khas untuk menawarkan pengalaman hiburan premium Astro pada nilai yang jauh lebih berpatutan.
Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, tawaran ini adalah simbol penghargaan Astro kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.
“Kami memahami tanggungjawab yang dipikul oleh penjawat awam dalam membentuk negara ini, dan pek istimewa ini mencerminkan tanda penghargaan kami, menawarkan hiburan dengan harga lebih berpatutan dan kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga,” jelas beliau.
TAWARAN KANDUNGAN MELUAS
Tawaran eksklusif ini menampilkan Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One, yang merupakan antara pilihan paling popular dalam kalangan pelanggan Astro. Apa yang menarik, tawaran ini bukan sekadar diskaun biasa, malah menjanjikan penjimatan besar sehingga RM960 untuk jangka masa tertentu.
Lebih menarik lagi, ia disertakan dengan tontonan percuma kandungan kanak-kanak (Kids Add-On) (RRP: RM9.99) serta pemasangan Plug & Play secara percuma.
Ini adalah peluang terbaik untuk anda menaik taraf atau mendapatkan akses kepada pelbagai kandungan Astro One dengan lebih bijak dari segi bajet.
Berikut tawaran yang disediakan oleh Astro:
Pek Entertainment Astro One
- Harga Khas Penjawat Awam: RM39.99 sebulan (Harga pasaran asal: RM49.99 sebulan).
- Kandungan Utama: Akses kepada lebih 100 saluran (tempatan & antarabangsa), termasuk program tempatan Astro, Astro Originals, dan hiburan On Demand.
- Contoh Kandungan: Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives, dan lain-lain.
- Percuma Dalam Tawaran: Kids Add-On (akses kepada 6 saluran kanak-kanak seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, dsb).
- Percuma Dalam Tawaran: Pemasangan Plug & Play.
- Akses Tambahan: Astro GO (untuk strim di mana jua).
Pek Sports Astro One
- Harga Khas Penjawat Awam: RM69.99 sebulan (Harga pasaran asal: RM99.99 sebulan).
- Kandungan Utama: Merangkumi SEMUA yang ada dalam Pek Entertainment.
- Tambahan Utama: Akses kepada siaran langsung kandungan sukan premium.
- Contoh Sukan: Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis, dan banyak lagi.
- Percuma Dalam Tawaran: Kids Add-On (akses kepada 6 saluran kanak-kanak).
- Percuma Dalam Tawaran: Pemasangan Plug & Play.
- Akses Tambahan: Astro GO (untuk strim di mana jua).
Kedua-dua pek istimewa yang ditawarkan kepada penjawat awam ini turut hadir dengan tontonan percuma kandungan kanak-kanak (RRP: RM9.99) melalui akses kepada 6 saluran popular seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan lain-lain. Ini pastinya nilai tambah yang besar untuk seisi keluarga.
Astro One menawarkan kepelbagaian kandungan yang direka untuk memenuhi minat seisi rumah, daripada berita, pendidikan, filem, sehinggalah hiburan tempatan dan antarabangsa.
Dengan inisiatif “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” ini, Astro bukan sahaja memberikan nilai hiburan yang tinggi, tetapi juga mengukuhkan ikatan dengan komuniti yang banyak berjasa kepada negara.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati hiburan premium Astro dengan penjimatan luar biasa. Jika anda seorang penjawat awam atau pesara, anda layak untuk menikmati tawaran ini.
Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” ini, layari https://www.astro.com.my/penjawatawam atau hubungi melalui WhatsApp di +60 3-9543 3838.
Pastikan anda menyediakan bukti perkhidmatan sebagai penjawat awam (aktif atau pesara) semasa proses pendaftaran.
Ini merupakan adalah cara istimewa Astro mengucapkan terima kasih kepada anda sebagai penjawat awam. Manfaatkan tawaran istimewa ini dan nikmati pengalaman hiburan yang luar biasa di rumah anda!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI