Mungkin jika seseorang obses untuk memutihkan wajah atau tubuh satu perkara yang biasa buat kita. Namun yang ini agak luar biasa halnya. Agak lucu juga bila, rupanya wujud satu trend terbaru di Thailand dan menjadi kegilaan terbaru pengguna media sosial di sana.
Sebuah klinik di Bangkok berjaya menarik 100 pelanggan sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan pemutihan zakar yang disediakan dan mula mencetuskan kebimbangan komuniti setempat.
Ia dipercayai dimulakan Hospital Lelux yang terkenal dengan rawatan pemutihan anggota badan sejak enam bulan lalu apabila seorang lelaki mengadu alat sulitnya berwarna terlalu gelap.
Ads
Pengurus Jabatan Kulit dan Laser hospital terbabit, Bunthita Wattanasiri, berkata rawatan berkenaan menjadi popular selepas itu dengan purata 100 pelanggan sebulan.
Ads
Prosedur pemutihan menggunakan teknologi laser itu menjadi pilihan ramai termasuk pengguna media sosial selepas foto pelanggan yang menjalani rawatan dimuat naik dalam internet.
Ads
“Kami perlu berhati-hati kerana ia anggota sensitif pada tubuh,” kata Bunthita sambil menambah, sebahagian besar pelanggan berusia antara 22 hingga 55 tahun, termasuk dari kalangan golongan LGBT.
Tip melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.
Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8]
Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.
Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan? Redhalah dengan ketentuanNYA.
Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan orang yang kita sayang. Buanglah segala perkara tentang dia.
Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya. Jika sayang untuk membuat hadiah
pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda. Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.
Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.
Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia. Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.
Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.
Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini. Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berusia 17 tahun, Rizky Langit Ramadhan membesar sebagai remaja yang tampan.
Tanggal 3 Oktober lepas genaplah 17 tahun usia Rizky. Anak tunggal pelantun lagu Tegar ini semakin kacak dan tinggi lampai serta sangat menyayangi ibunya.
Ramai mengatakan ibu anak ini kelihatan seperti kakak dan adik lebih-lebih lagi apabila Rizky berdiri bersebelahan dengan Rossa.
Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani dilihat sering memuat naik gambar bersama anak lelakinya, Rizki Langit Ramadhan di laman instragram.
Apa yang menarik perhatian ramai, anak lelaki penyanyi itu dilihat sudah semakin dewasa dan gaya mereka seperti seorang kakak dan adik atau lebih kepada rakan sebaya. Tidak dinafikan susuk tubuh Rossa yang genit dan wajahnya yang awet muda seakan membuatkan ramai yang tidak percaya bahawa usianya kini sudah menginjak 45 tahun.
Rizky Langit Ramadhan merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berakhir dengan perpisahan pada tahun 2009.
Kagum dengan sikap profesional Dato’ Sri Rossa dan bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Walau ikatan perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik.
Apatah lagi mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang makin menginjak dewasa.
Pastinya sebagai ibu bapa Rossa dan Yoyo perlu saling bertolak-ansur demi anak tersayang. Biarpun sudah 14 tahun berpisah, penyanyi pujaan negara jiran ini tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.
Meminati Anime
Rossa juga pernah berkongsi bahawa anak tunggalnya ini tidak terlalu minat dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung dengan aktiviti melukis anime atau kartun.
Pada usia 40-an, Rossa kelihatan menjalani kehidupan yang bahagia dan sentiasa positif. Selain mengamalkan pemakanan sihat, beliau juga kerap membuat latihan pilates untuk mengekalkan bentuk badan serta stamina di atas pentas.
Like mother like son! Ketampanan anak muda ini sudah pasti diwarisi oleh kedua ibu bapanya. Betul tak?
Ramai yang tidak tahu bahawa sifat isteri sangat berperanan penting dalam membuatkan seseorang suami bertambah rezekinya. Mungkin rezeki itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dilihat melalui kesihatan yang baik, kehadiran cahaya mata, rumahtangga yang bahagia dan sebagainya.
Jadi, bagaimana sifat isteri yang menjadi penambah rezeki kepada suami itu?
Setiap pemuda yang mahu berkahwin sering diingatkan dengan hadis ini, nikahilah wanita yang beragama. Ini kerana wanita yang tahu akan agama pasti jelas akan apa yang perlu dilakukan dan apa perkara yang wajib dijauhi.
Sangat beruntung sesiapa yang menikahi wanita yang beragama dan mengamalkan agamanya. Dengan solehahnya para isteri, pasti akan bertambahnya rezeki kepada para suami.
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”Surah at-Thalaq:3
Allah akan mencukup dan menambahkan rezeki kepada sesiapa sahaja dari golongan hambanya yang bertawakal.
Oleh itu, sekiranya seorang isteri bertawakal kepada Allah s.w.t walaupun dia hanya seorang suri rumah, rezeki untuknya tetap ada iaitu melalui suaminya.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”Surah Ibrahim:7
Isteri yang sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Allah s.w.t adalah pengundang rezeki tambahan kepada suami dan keluarganya. Isteri yang bersyukur adalah sentiasa berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
Bahkan sentiasa berterima kasih dengan apa yang diperoleh. Apabila mendapat hadiah dari suaminya dia mengucapkan terima kasih. Apabila suaminya membawa pulang barangan dapur dia bersyukur bahkan kebaikan suaminya juga membuatkan dia sentiasa berterima kasih kepada Allah s.w.t.
Wajib kepada seorang isteri untuk mentaati suaminya kerana syurga bagi setiap isteri adalah pada suaminya.
Isteri yang taat juga mendorong bertambhanya rezeki kepada suami dan keluarganya kerana rumahtangga yang aman dan damai menjadikan setiap proses hidup berjalan lancar dan bahagia.
Janji Allah, sesiapa saja yang hamba-Nya bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari-Nya. Bahkan akan mendapat rezeki yang tak disangka-sangka. Firman Allah
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”Surah at-Thalaq:2-3
Isteri yang baik dan solehah pasti akan mendoakan suaminya. Dan berkat doa itulah yang membantu menambahkan rezeki suaminya.
Begitulah rezeki yang merupakan pemberian dari Allah s.w.t, lalu berdoa dan berharaplah hanya pada-Nya. Doakan suami agar sentiasa dimurahkan rezeki dan yakinlah doa dari seorang isteri solehah untuk suaminya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan.”Surah Ghafir:60
Sedekah adalah perbuatan yang akan menambah rezeki oleh Allah s.w.t. Sebagaimana disebutkan dalam surah al-Baqarah, akan dilipatgandakan Allah sebanyak 700 kali ganda.
Bahkan hingga banyaknya yang dikehendaki Allah s.w.t. Jadi isteri yang gemar bersedekah akan bertambahlah rezeki kepada suaminya pula.
Alangkah lebih indah jika wang yang diberikan oleh suaminya itu pula disedekahkan. Pasti setiap pekerjaan suaminya berjalan lancar dan turunnya rezeki yang bertambah-tambah.
Istighfar adalah punca kepada datangnya rezeki. Tidak kiralah sesiapa saja, jika dia banyak beristigfar Allah akan menurunkan rezeki kepadanya.
“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu.”Surah Nuh:10-12
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.”Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Solat sunat Dhuha merupakan solat penambah rezeki. Sekiranya seorang isteri mendirikan solat ini setiap hari sudah pasti dapat menambah keberkatan rezeki untuk suaminya. Allah s.w.t berfirman;
“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”Hadis Riwayat Ahmad
Oleh itu, setiap isteri mestilah menanam azam untuk menjadi pembantu suami yang paling setia, iaitu dengan menjadi isteri yang dapat menambah rezeki dan keberkatan rezeki itu.
Jangan pula menjadi isteri yang membebankan suami. Sesungguhnya keredaan Allah juga terdapat dalam keredaan suami.
Sumber : tazkirah.net
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang