Trend ‘sleep divorce’ semakin mendapat tempat dalam kalangan pasangan suami isteri, namun hal ini tak disetujui sepenuhnya semua pihak, termasuk Dr. Say.
‘Sleep divorce’ ini merujuk kepada keadaan di mana pasangan suami isteri memilih untuk tidur berasingan dalam usaha untuk memperbaiki kualiti tidur masing-masing.
Impak jangka panjang kepada hubungan suami isteri
Menurut Dr. Say, walaupun ada segelintir pasangan yang melaporkan peningkatan kualiti tidur dan kepuasan peribadi selepas mengamalkan ‘sleep divorce’, ia bukanlah satu penyelesaian universal yang sesuai untuk semua pasangan.
Dr. Say menggariskan beberapa kebimbangan mengenai impak jangka panjang trend ini ke atas hubungan suami isteri.
“Tidur bersama bukan hanya rutin harian, tetapi juga merupakan komponen penting dalam memperkukuhkan ikatan emosi antara suami dan isteri,” kata Dr. Say. Beliau menambah bahawa tidur bersama membantu pasangan menghabiskan waktu berkualiti bersama, terutama dalam era moden yang sering kali menekankan kesibukan dan kekurangan masa.
Dr. Say juga menyentuh tentang potensi masalah yang mungkin timbul dari ‘sleep divorce’, seperti rasa terasing, kurangnya keintiman, dan mungkin timbul salah faham. “Walaupun tidur di bilik yang berbeza mungkin tampak sebagai solusi mudah untuk snoring atau jadual tidur yang tidak serasi, ia mungkin mencipta jarak emosi antara pasangan,” ujarnya.
Ads
Beliau mengesyorkan agar pasangan yang menghadapi masalah tidur mencari alternatif lain sebelum memutuskan untuk tidur berasingan. Ini termasuklah mencuba strategi mengatur semula rutin tidur, menggunakan produk bantu tidur seperti masker mata atau telinga, dan jika perlu, berunding dengan ahli terapi tidur.
Pendekatan Dr. Say menekankan pentingnya menjaga keintiman dan kedekatan dalam hubungan, dan memandang ‘sleep divorce’ sebagai pilihan terakhir yang hanya harus dipertimbangkan apabila semua alternatif lain telah dicuba dan tidak berjaya. Ini menunjukkan bahawa setiap trend atau fenomena sosial harus dipertimbangkan dengan teliti sebelum diambil sebagai amalan dalam kehidupan sehari-hari.
Suami Isteri Boleh Tidur Asing Tetapi Jangan Abaikan Hak
Dalam pada itu, Dr Say turut menerangkan bahawa suami isteri dibolehkan tidur asing mengikut syarak dengan syarak tidak menjejaskan hubungan dan tidak mengabaikan nafkah.
Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, suami isteri boleh tidur berasingan jika mendapat keredhaan dan tidak mengabaikan hak masing-masing.
Antara dalil yang menunjukkan suami tidak wajib tidur bersama isteri adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tempat tidur untuk lelaki (suami), tempat tidur untuk isterinya, yang ketiga untuk tetamu, dan yang keempat untuk syaitan.”
Riwayat Muslim (2084)
Namun, Dr Zulkifli menjelaskan jika suami tidak tidur bersama isteri sehingga menyebabkan pengabaian terhadap haknya serta tanpa sebarang sebab yang diizinkan oleh syarak maka ia ialah haram.
Bagi isteri pula, perbuatan tidak tidur dengan suami kerana menolak untuk bersama dalam keadaan mampu dan tiada halangan, perkara ini boleh menjadikannya seorang yang nusyuz.
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya menjelaskan bahawa Islam tidak mewajibkan suami isteri duduk serumah, mahupun tidur bersama. Namun lebih afdal bagi pasangan untuk tidur bersama-sama sebilik.
Malah, suami boleh menghukum isteri dengan tidur asing jika tidak mendengar nasihat berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur.”
Pasti tiap hari kita akan mengunakan dapur untuk memasak makanan namun berapa kali korang servis dapur tu? Serpihan karat yang melekat pada dapur pasti akan membuatkan api dapur menjadi perlahan da melambatkan kerja memasak.
Jadi apa kata kita cuba tip dan langkah seperti yang dikongsikan oleh saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita bersihkan dapur tu dan tolong pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Sharelah jika bermanfaat pada uolss��.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti pengguna terutama yang berkenderaan akan kecut perut menanti sama ada harga petrol naik atau tidak. Apabila keesokan harinya diisytiharkan harga petrol naik, maka berpusu-pusulah pemandu beratur di stesen minyak untuk mengisi penuh tangki kenderaan masing-masing.Situasi ini sering terjadi dan isu harga petrol naik tidak pernah senyap. Mungkin ramai yang tidak tahu akan penyelesaiannya, jadi kali ini Maskulin berkongsi tip penjimatan petrol kenderaan dengan anda semua.
Ini 4 tip yang boleh korang praktikkan agar menjadi penguna yang bijak.
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit.
Contohnya : Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.
p/s : Jangan lupa untuk matikan enjin kereta dan elakkan penggunaan handphone semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan gedung rasmi dalam taliannya yang pertama menerusi Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.
Shell Malaysia Official Online Store ini akan memudahkan lagi pemilik kereta di seluruh Malaysia untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen. Selain daripada memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna kerana membeli produk Shell Helix dari sumber rasmi yang terjamin kualitinya, pembelian di gedung dalam talian ini adalah begitu menyenangkan kerana harganya adalah termasuk penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Para pemilik kereta yang meyakini Shell Helix untuk memenuhi keperluan pelinciran enjin kereta mereka juga pastinya berasa senang bila mengetahui bahawaShell Malaysia Official Online Store menawarkan nilai yang hebat bagi pakej-pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di Lembah Klang dan Johor.
Pakej lengkap tersebut dari harga serendah RM103, merangkumi minyak motor Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma.
Sempena pelancaran ini, pembeli di Shell Malaysia Official Online Store akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin dari 3 hingga 10 Ogos 2017.
Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin dari Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untukmengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix yang paling sesuai untukkereta mereka.
Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman berkata, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian menerusi sebuah saluran rasmi.
“Ini adalah satu lagi inisiatif daripada Shell, hari ini kami berbangga kerana menjadi syarikat minyak dan gas yang pertama di Malaysia yang mempunyai kehadiran rasmi di platform e-dagang yang ternama seperti Lazada Malaysia.
“Inisiatif ini akan membantu mengembangkan pasaran dan meluaskan jangkauan kami serta melengkapi jaringan perniagaan sedia ada di negara ini, yang telah terbina sejak 125 tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel menyatakan bahawa syarikat tersebut begitu teruja dengan penyertaan Shell, sebuah jenama global yang terkemuka, di platform e-dagangnya yang ternama di Malaysia.
“Kerjasama ini adalah sesuatu yang amat baik untuk Lazada dan Shell kerana ia mengutamakan pelanggan di mana mereka kini mempunyai akses yang tiada bandingannya kepada pelbagai rangkaian produk rasmi Shell Helix menerusi platform kami.
“Jenama seperti Shell memperakui kepentingan strategik e-dagang di Asia Tenggara dan kami ingin bekerjasama dengan Shell dalam mengembangkan kehadirannya dalam talian bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau ini,” katanya.
Hobi penting untuk keseimbangan hidup, tetapi apabila bergelar suami dan bapa, lelaki perlu tahu keutamaan. Keluarga bukan penghalang kebebasan, sebaliknya amanah yang menuntut kehadiran.