Harman International telah melancarkan pelbagai model baharu untuk koleksi pembesar suara mudah alih, fon kepala, audio rumah, dan bar bunyi di bawah jenama JBL, Harman Kardon dan AKG. Kini, peminat audio mempunyai lebih banyak pilihan untuk memenuhi keperluan hiperkritikal audio mereka. Produk-produk atas akan dijual di peruncit dan kedai rasmi JBL Official di Lazada Malaysia.
JBL Jr terbaru, iaitu barisan JBL yang utama, merupakan fon kepala kanak-kanak yang sempurna yang menggabungkan keperluan hiburan kanak-kanak yang menepati jangkaan tahap kualiti dan keselamatan yang dititikberatkan oleh golongan ibu bapa. Barisan JBL Jr baru termasuklah model berwayar dan tanpa wayar yang direka khusus untuk kanak-kanak yang berusia tiga hingga sepuluh tahun. Koleksi ini direkayasa untuk memaksimumkan tahap keseronokan pada tahap kelantangan yang selamat, sesuai untuk deria pendengaran kanak-kanak yang sensitif.
IKLAN
Semua fon kepala JBL Jr baru merupakan anugerah bunyi yang dijamin dengan kualiti audio yang tinggi pada tahap yang selamat, dan sesuai untuk kanak-kanak. Demi meningkatkan implikasi dan jaminan anugerah bunyi kepada golongan kanak-kanak, empat orang bintang kanak-kanak telah dilantik sebagai duta JBL Jr dan telah memperagakan koleksi ini di atas pentas. Duta kanak-kanak ini adalah Arrianshah Akid Bin Shah Indrawan, Nur Qistina Raiseh, Sarah Tan, Houson Ng dan Jaco3oy. Mereka telah memperagakan siri fon kepala JBL Jr baru dalam gabungan warna-warna yang menarik, sesuai dengan personaliti mereka, justeru mempamerkan lagi keindahan koleksi ini.
IKLAN
Selain dari kanak-kanak, selebriti dan artis juga akan datang ke acara ini. Mereka ialah Jeff Chin (My FM’s DJ, duta jenama untuk Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd), Arjalee (Artis), Han Xiiao Aii (Artis), Joe Chang (G0XUAN’s DJ), Steve Woon (Artis), Kah Jun (Artis), Pink Tan (Artis), Hanz Koay (Artis), KNY Low (Artis), dan Alvin Chong (Artis).
IKLAN
Penyelesaian konsep runcit JBL yang sebenar telah dibina untuk menggambarkan visual lengkap pameran produknya. Lima ruangan pameran dinding dalam kategori tersendiri akan mengalu-alukan para pelanggan di ruang kedai. Kategori utama adalah multimedia, fon kepala santai, fon kepala sukan, bar bunyi, dan pembesar suara Harman Kardon. Semua tetamu, khasnya golongan peruncit boleh menikmati konsep gaya hidup yang mempamerkan pelbagai aksesori Harman.
Musim perayaan Hari Krismas bakal menjelang. Oleh itu, Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd telah mengumumkan promosi Jualan Akhir Tahun untuk memikat hati pelanggan mereka. Demi memeriahkan lagi suasana Hari Krismas, mereka akan memberikan kad Hadiah JBL yang eksklusif dan kertas pembalut untuk semua pelanggan setia JBL. Selain itu, pelanggan yang membeli siri headphone E & T layak menerima stoking hiasan Krismas. Untuk fon kepala JBL Jr, waranti tambahan 1 tahun akan diberi, tetapi ia terhad kepada 1,000 unit sahaja.
Setiap orang mahu kelihatan kemas apabila mengenakan baju kemeja. Apabila menghadiri majlis atau ke tempat kerja, tentu sekali kita mahu kelihatan kemas supaya mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.
Hari ini kami kongsikan fungsi setiap jenis lipatan pada kemeja.
Buat lelaki yang setiap hari pakai baju kemeja pergi pejabat, mesti perasan ada beberapa jenis lipatan pada bahagian baju kemeja tu.
Ada tiga jenis iaitu :
1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat
Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Kesian kat perut tu. Sekurang-kurangnya bolehlah jugak bernafas kan? Untuk lelaki yang kurus dan tak ada perut, jika memakai kemeja jenis ini kebiasaannya akan kelihatan kurang kemas.
2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat
Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya untuk ‘Abang-abang Sado’
Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan muatan di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk yang berbadan sederhana, kalau rasa-rasa nak pakai jugak jenis ini, carilah kemeja yang mempunyai potongan Regular Fit dan bukannya Slim Fit.
Nama saya Muhammad Syairiezuwan Aizat b Alias, 25tahun. Dikenali sebagai coach Syai Aizat. Berpengalaman dalam bidang fitness dan pemakanan hampir 5 tahun.
APA TUGAS ANDA DALAM DUNIA KECERGASAN?
Tugasan saya adalah lebih kepada mendedahkan ilmu pemakanan untuk jadi kurus. Sebab selama saya menjadi seorang gemuk dan guide orang yang mempunyai masalah berat badan, saya dapati ramai yang hanya fokus pada senaman semata mata untuk kurus, sedangkan untuk kurus ada satu rahsia yang besar dan sangat mudah untuk orang itu kurus, iaitu dengan pemakanan yang betul. Jaga makan tu bukan la berlapar atau makan makanan yang membosankan, tetapi makan dengan makanan yang betul supaya anda boleh lakukan diet tersebut berpanjangan.
APA YANG MEMBUATKAN ANDA INGIN BERUBAH?
Apa yang membuatkan saya ingin berubah menjadi kurus adalah kerana pada usia kecil lagi saya dibuli dengan panggilan “gemuk”,cara layanan orang terhadap saya sangat berbeza berbanding dengan orang yang kurus,yela orang gemuk nak lari tak boleh,dikategorikan sebagai busuk dan banyak tomahan yang saya terima pada usia muda lagi.
Saya berfikir “apa kalau jadi kalau saya kekal jadi gemuk sampai mati” adakah hidup ni tak boleh nak ubah? Saya pernah terbaca satu ayat ni “kita sebagai manusia Allah berikan satu kelebihan iaitu kita mampu membuat pilihan”,menjadi gemuk tu pun sebenarnya satu pilihan. Bermula daripada haritu saya start pilih untuk tidak dibuli lagi dengan ejekan yang tidak menyenangkan dan saya pilih untuk menjadi kurus dan paling penting sihat.
PERNAH ALAMI MASALAH PENYAKIT SEBELUM INI?
Selama saya menjadi seorang gemuk alhamdulilah saya tidak ada masalah kesihatan tetapi cepat penat tu selalu. Bayangkan saya berumur 12tahun,mempunyai berat badan 85kg dan size pinggang dalam 39 hampir ke 40 dengan ketinggian yg rendah. Ia sangat memenatkan badan saya setiap hari.
WHAT ARE YOUR GOALS
Matlamat saya masa dahulu adalah untuk melihat badan saya kurus sampai bila bila.Tetapi selepas saya berjaya kuruskan badan ni saya sedar yang sebenarnya saya lagi seronok melihat orang lain yang mempunyai masalah berat badan macam saya juga dapat merasakan apa yang saya rasa sekarang. Bila kurus ni sebenarnya kita rasa macam lahir ke dunia semula dengan roh yang sama tetapi jasad yang berbeza. Cara layanan orang terhadap kita juga sangat berbeza
Ada hikmah juga saya pernah gemuk dulu.Dengan ilmu yang ada saya manfaatkan untuk mengajar macam mana pemakanan yang betul dan juga bagaimana nak jaga emosi apabila nak jadi kurus kepada semua orang melalui medium video info kurus saya di ig:syai.aizat dan fb page SYAI AIZAT.
MENU CADANGAN?
Menu cadangan untuk kurus ini sebenarnya mudah sahaja. As long anda punya pemakanan cukup 3 portion ni,insyallah boleh kurus iaitu mempunyai carbohydrate,fiber dan protein. Tetapi sudah tentu kena follow portion yang betul .Pastikan ada coach atau dietitians yang boleh guide anda supaya anda tidak melakukan kesilapan yang berulang kali untuk menjadi seorang yang kurus
BAGAIMANA ANDA MENDAPATAKAN BENTUK BADAN SEPERTI SEKARANG
Diet dan workout yang betul. Nak jadi kurus tu mudah je tetapi nak maintain tu je yang susah. Sebab itu kita perlu makan menu diet yang sihat dan mudah supaya kita boleh maintain dengan pemakanan itu sampai bila bila.
BERAPA LAMA PROSES TRANSFORMASI INI?
Saya mengalami masalah kegemukan ni 2 kali iaitu pada umur 10-14tahun saya overweight 30kg.Untuk turunkan 30kg ni saya mengambil masa 3 bulan.
Manakala pada umur saya 21tahun saya gain weight balik dan overweight sebanyak 12kg dan untuk turunkan 12kg ni saya ambil masa 5minggu. Paling best kalau anda diet dengan betul,ia tidak stres pun sebenarnya
PANDANGAN MASYARAKAT BILA PERTAMA KALI MELIHAT PERUBAHAN DIRI ANDA?
Selepas saya kurus kebanyakkan orang tidak mengenali saya.Ada yang terkejut ada juga yang reject say dulu nak saya balik.Hehe tak adelah gurau je.Tapi perubahan yang sangat ketara adalah layanan dari segi hormat tu sangat berbeza. Saya sedih bila teringat semasa saya gemuk banyak kata hinaan yang saya terima berbanding pujian. Mungkin tak perlu pujian pun tapi perlukan penghormatan pun dah cukup.
CABARAN TERBESAR DEMI MENDAPATKAN DAN MENGEKALKAN BENTUK BADAN SEPERTI INI?
Cabaran tebesar untuk mengekalkan berat badan ni adalah makanan fast food. Makanan fast food adalah makanan kegemaran saya. Semasa saya gemuk saya mampu makan pizza yang size large 3 kotak, yes tak tipu. Apa yang saya fikir alangkah bahagianya diri saya dan makanan. Tak ade awek pun tak pe janji makanan anda
Tapi sebabkan kita nak berubah then kita kena do what ever it take. Sebab saya percaya “if u want something that u never had,u must do something that u never did”.So saya nak kurus then perlukan pengorbanan. Sebab at the end of the day, pengorbanan itu untuk body kita juga. Bukan orang lain kan?
BERAPA KALI SEMINGGU ANDA KE GIM
saranan adalah 3kali seminggu.Tetapi tengok juga masa kalau sibuk saya akan bersenam dirumah sahaja.
APA ANDA LAKUKAN UNTUK TERUS ADA MOTIVASI?
Saya sentiasa membuat azam baru.Renew goal setiap bulan dan tahun ni sangat penting supaya anda tidak terbabas daripada matlamat anda yang anda impikan. Sebab cuba bayangkan alangkah ruginye anda dah kurus tahun ni. Tapi tahun depan anda gemuk semula. Jadi renew goal adalah satu habit yang bagus untuk sAya maintainkan matlamat saya
APA MAKANAN YANG HARUS LELAKI ELAKKAN UNTUK MEREKA YANG BARU BERMULA?
Apa yang makanan perlu anda elakkan sekiranya nak kurus adalah “gula”.Tapi ramai yang tak sanggup tinggalkan gula sebab dah sebati dengan diri kita.Gula ni ada satu sifat yang agak bahaya iaitu ia bersifat ketagih. Sekiranya kita tak dapat gula maka kita akan start tak duduk diam.Tapi jangan risau cuba anda elakkan atau kurangkan. Anda akan nampak result yang sangat ketara pada badan anda dalam masa 1 ke 10 hari sahaja
Stamina dan ketahanan bersukan adalah perkara berbeza dari kekuatan diri. Ketahanan bersukan merujuk pada keupayaan untuk bersukan lebih lama. Manakala tahap stamina lebih membayangkan tahap tenaga yang lebih baik, sistem kardiovaskular yang sihat dan kesihatan yang mantap umumnya. Untuk meningkatkan stamina dan ketahanan, anda perlu meningkatkan keupayaan paru-paru, memiliki jantung dan edaran darah yang sihat termasuklah memiliki kekuatan pada otot peha dan kaki. Kuncinya, anda perlulah meningkatkan aktiviti fizikal secara berperingkat. Berikut adalah kaedah yang boleh anda praktikkan.
Langkah 1- Kira sasaran degupan jantung anda dengan formula berikut;- Kadar degupan jantung maksima ialah 220 tolak umur anda. Contoh bagi anda yang berusia 32 tahun: 220 – 32 = 188 degupan seminit. Sasarkan di antara 50% hingga 80% dari ini ketika senaman iaitu antara 94 hingga 150 degupan seminit ketika bersukan. Anda boleh gunakan jam yang dilengkapi dengan alat pengira kadar degupan jantung atau kirakan degupan jantung anda sebaik sahaja selepas bersukan.
Langkah 2- Mulakan dengan senaman/sukan yang anda gemar seperti bola sepak, badminton ataupun berenang. Tingkatkan tahap ketahanan perlahan-lahan dan pastikan degupan jantung anda tidak melebihi sasaran seperti kiraan di atas.
Langkah 3- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika anda baru bermula, mungkin boleh dibahagikan 30 minit tersebut kepada pecahan 3 x 10 minit. Pastikan setiap sesi dapat meningkatkan kadar degupan jantung yang disasarkan dan juga meningkatkan kadar pernafasan. Jadikan senaman ini rutin harian atau tabiat anda.
Langkah 4- Gabungkan aktiviti yang berlainan dalam rutin senaman anda. Contoh bermain badminton tiga kali seminggu diselangkan dengan aktiviti jogging, berenang ataupun berjalan kaki pada hari anda tidak bermain badminton. Gabungkan juga aktiviti ‘weight training’ yang fokus pada memperkuatkan otot di bahagian kaki dan perut sebagai persediaan melakukan marathon.
Langkah 5- Periksa kadar degupan jantung anda selepas sebulan menjalankan langkah-langkah di atas. Perhatikan sama ada terdapatnya peningkatan dari sudut ketahanan.
Langkah 6- Tingkatkan intensiti dan jangkamasa sesi senaman apabila kadar degupan jantung anda semakin bertambah baik. Contohnya seperti dari senaman berjalan kaki ditingkatkan pada berjogging. Lakukan perkara yang sama, tingkatkan ketahanan sedikit demi sedikit, insya-Allah anda akan lebih bersedia dengan stamina yang lebih mantap