Water photo created by freepik - www.freepik.com

Penggunaan elektrik berhemah merupakan satu perkara yang kit semua mahukan. Mana tidaknya dengan pelbagai jenis perlatan dan peranti elektrik di rumah bil boleh melambung tinggi.

Apatah lagi sekarang dengan cuaca panas. Penggunaan penghawa dingin sebagai contoh boleh menjadi punca mengapa bil elektrik melambung tinggi. Selain penghawa dingin, peti sejuk juga telah dikenal pasti sejak sekian lama sebagai di antara peralatan elektrik yang banyak ‘makan’ elektrik.

Tapi tahukah anda bahawa peralatan rumah yang kini kian popular seperti mesin penapis air juga boleh menjadi antara punca bil elektrik melambung tinggi dari kebiasaannya?

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi berkata perlalatan elektrik seperti mesin penapis air mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk.

Selain Peti Sejuk, Mesin Penapis Air Juga Antara Punca Bil Eletrik Tinggi
Water photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

Peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

IKLAN

“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” jelasnya lagi.

FUNGSI KOMPRESOR

Katanya lagi sambil memberi contoh, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu. Lalu kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.

IKLAN

Dan jika lebih banyak isian semula berlaku maka lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celsius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Beliau turut menasihati dan menggalakkan pengguna untuk sentiasa menggunakan ciri pemasa yang ada pada penyaman udara.

IKLAN

Ia bagi menetapkan agar penghawa dingin ditutup pada awal pagi kira-kira jam 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk. Hanya perlu pasang kipas sahaja untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam bilik atau rumah.

Antara saranannya yang lain ialah menyeru pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Sumber: BERNAMA & Sinar Harian

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI