Air conditioners photo created by lifeforstock - www.freepik.com

Kadang-kadang serba salah dibuatnya. Tambahan pula ketika musim cuaca panas seperti sekarang. Kalau tak pasang aircond nanti terasa panas yang tidak tertanggung. Tapi bila pasang bil elektrik pula akan naik melambung tinggi.

Apatah lagi jika ada anak kecil yang cukup sensitif dengan cuaca yang panas menyebabkan rasa tidak selesa. Tapi kalau dipasang setiap masa memang melambunglah bil eletrik nanti.

Jadi bagaimana cara untuk menjimatkan elektrik dengan penggunaan aircond? Ada beberapa cara mudah saja sebenarnya. Ikuti perkongsian di bawah.

GUNA TETAPAN PEMASA SEBAIKNYA

Menyelenggara sistem aircond adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.

Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.

Antara ciri pada aircond yang jarang sangat orang guna. Walhal kegunaannya sangat berguna. Anda boleh gunakan tetapan pemasa untuk ‘OFF’ aircond secara otomatik selepas beberapa jam terutamanya bila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur.

IKLAN

Atau anda boleh pasang selama beberapa jam kemudian tutup dan bila bilik sudah sejuk pasang saja kipas.

Waktu tengah malam lebih sejuk, jadi tidak perlu menggunakan aircond dan berselimut. Sebenarnya apabila tidur, suhu badan akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur sahaja.

TUTUP SUIS UTAMA

Bila ingin keluar bilik atau rumah, pastikan suis utama aircond ditutup. Amalan menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik di rumah.

Ingat ya, walaupun anda sudah tutup dengan remote sahaja, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa disedari.

IKLAN

KOMBINASI BERSAMA KIPAS

Jika anda pandai setting dengan baik, boleh guna cara kombo aircond dan kipas. Buka kipas dan pintu atau tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan aircond.

Dengan memasang kipas ia akan menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik tanpa meningkatkan penggunaan tenaga. Malah jika guna kipas siling sekalipun ia boleh menghilangkan udara panas di sekeliling badan kita.

Selain Setting ‘Mode’ Betul, Ini Beberapa Cara Jimat Bil Elektrik Bila Guna Aircond
Wifi signal photo created by freepik – www.freepik.com

SUHU SESUAI

Tidak perlu ‘blast’ aircond hingga suhu 16 ke 18 darjah celsius untuk sejukkan bilik. Anda boleh tetapkan suhu antara 24°C atau lebih. 24°C merupakan suhu yang sudah selesa untuk badan kita berehat. Jika tetapkan ditetapkan pada rendah seperti dinyatakan di atas ia hanya menyebabkan kompresor bekejra dengan lebih kuat.

IKLAN

Lain pula kalau ia ditetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Secara teorinya korang akan jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.

SERVIS AIR FILTER

Tak pandai nak servis sendiri? Sebenarnya ada banyak tutorial di Internet dan juga video di YouTube. Servis air filter sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah sahaja. Ingat, penjagaan servis yang baik sangat kritikal bagi memastikan aircond sentiasa dalam kondisi baik.

Jika ia tidak diservis dengan baik maka dari situlah ia akan mula ‘makan’ elektrik dengan banyak. Air filter yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.

Semoga perkongsiaan ini mampu membantu anda lebih bijak dalam menjimatkan elektrik dalam penggunaan aircond. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!

Sumber: coolairservis.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI