Gambar: Enotovyj, Pixabay

Ramai yang berdepan dengan masalah sembelit ketika bulan Ramadan. Selain kurang pengambilan air yang secukupnya, amat penting untuk orang yang berpuasa menjaga corak pemakanan mereka.

Ini kerana masalah sembelit boleh menyebabkan badan menjadi lemah, perut rasa tidak selesa dan paling merisaukan, boleh menyebabkan buasir jika masalah sembelit ini semakin teruk.

Bagi mengelakkan anda berdepan dengan masalah sembelit, apa kata ikuti saranan sebagaimana yang dikongsikan DrRizal Abu Bakar menerusi laman Facebook beliau.

Semoga anda dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih sempurna tanpa berdepan dengan masalah gangguan pencernaan.

IKLAN

Rawat Masalah Sembelit Secara Semula Jadi

Selain Sihatkan Usus, Kajian Buktikan Makan 7 Biji Tamar Selama 21 Hari Berturut-turut Boleh Rawat Sembelit!
Gambar: Keith Venn, Pixabay

Bulan Ramadan ni ramai mengadu sembelit. Terpaksa berlamaan di bilik termenung. Apa yang yang dimenungkan pun tak tahulah.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa tamar dapat merawat sembelit secara semulajadi.

IKLAN

Dalam kajian di British Journal of Nutrition tahun 2015 dapati peserta kajian yang ambil 7 biji tamar 21 hari berturut turut mudah buang air besar, kurang toksid, tahap kesihatan usus juga meningkat naik.

Pengkaji juga sebut tamar mungkin dapat hindari kanser kolon.

IKLAN

Dalam banyak banyak hikmah berbuka dengan tamar ini adalah salah satu darinya. Rajin rajin berbuka dengan tamar dahulu. Bersahur juga dengan tamar.

Saya sendiri suka tamar medjoul. Besar dan puas makan. Satu lagi nak lawas boleh try buah naga. Ambil yang warna merah. Cuba makan setengah biji.

Tak lama lepas akan terasalah keinginan menungkan diri dalam toilet. Bolehlah cuba.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI