Mengambil makanan yang salah sebelum tidur boleh menyebabkan waktu rehat anda terganggu sekali gus ia menyukarkan anda untuk tidur dengan lena.
Lebih-lebih lagi jika anda mengambil makanan yang mengandungi kalori atau zat-zat yang tidak diperlukan oleh badan anda.
Sehubungan itu, ayuh kenal pasti apakah jenis makanan yang perlu dielakkan daripada diambil pada waktu malam :
1. Makanan manis
Makanan manis seperti coklat atau aiskrim boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan dan ia menyebabkan tenaga anda meningkat secara mendadak. Jika lapar juga, ambil makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan yang kaya dengan serat.
Ads
2. Karbohidrat
Anda perlu tahu bahawa tahap metabolisme anda akan berkurang sewaktu anda tidur. Sehubungan itu, pengambilan makanan karbohidrat hanya akan ia disimpan sebagai lemak.
3. Makanan berminyak
Ads
Elakkan makanan yang bergoreng atau berminyak kerana makanan tersebut akan mengambil masa yang lama untuk dihadam dan seterusnya akan menyebabkan tahap metabolisme anda berkurang. Apabila tahap metabolisme menurun, badan anda akan menjadi sukar untuk membakar kalori.
4. Makanan pedas
Rempah ratus seperti lada hitam mungkin terkenal sebagai penawar untuk merawat penyakit secara semulajadi tetapi untuk dijadikan hidangan sebelum tidur amatlah tidak digalakkan. Kajian menunjukkan mereka yang makan makanan pedas pada waktu malam akan menyebabkan suhu badan meningkat.
Ads
5. Protein yang banyak
Sesetengah protein perlu dimakan sebelum waktu tidur untuk membantu anda membina otot tanpa lemak (lean muscle) tetapi jika ia diambil secara berlebihan akan mengganggu sistem penghadaman anda kerana ia menggunakan banyak tenaga ketika proses penghadaman.
6. Jus
Jus buah-buahan seperti jus oren dan jus limau tidak digalakkan untuk diminum sebelum waktu tidur anda. Ini kerana buah-buahan tersebut mengandungi asid yang akan menyebakan anda mengalami pedih ulu hati. Selain itu, jus buah-buahan yang kaya dengan gula semulajadi akan menyebabkan tahap gula anda meningkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Latihan kecergasan yang menggunakan tenaga dan stamina tubuh secara maksima bagi menghasilkan kesan sangat efektif buat otot dan tubuh secara berkesan.
DEADLIFT
Efektif dengan melakukan pergerakan pantas pada keseluruhan otot tubuh nyata memberikan kesan secara menyeluruh. Lakukan deadlift dengan mengangkat bebanan yang anda mampu lakukan bergantung kepada kekuatan tubuh dan stamina yang dimiliki.
BURPEE OVER BAR
Lakukan burpee over bar secara berselang dengan deadlift dengan kiraan 5-4-3-2-1 . Turunkan tubuh anda ke permukaan lantai dengan kaki menjurus ke belakang di sebelah deadlift. Lakukan push up lantas berdiri semula dan melompat ke bahagian lain deadlift dengan mengulangi pergerakan yang sama.
KETTLEBELL SWING
Kettlebell mempunyai beberapa jenis bebanan dan pilih berat yang mampu anda lakukan. Hayunan kettlebell mampu memberi rengan kepada keseluruhan otot utama tubuh anda. Lakukan dengan mengangkat kettlebell dengan kedua belah tangan dan mulakan hayunan hingga ke posisi 70 darjah. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
GOBLET SQUAT
Kekal menggunakan kettlebell dengan mengaplikasikan sifat fizikal bebanan yang dimiliki. Lakukan squat sambil memegang kettlebell dengan menggunakan kedua belah tangan dan bawa kettebell ke paras dada. Lakukan secara berulang dari kiraan 20-10-5.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi mengetahui makanan yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang dimakan dan peka kepada makanan tersebut agar tidak mengambilnya lagi.
Ini kerana katanya, jika anda tidak peka dengan keadaan tubuh sendiri, bagaimana anda hendak mengelakkan diri daripada terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher.
Ingin ditekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.
“Jerawat tumbuh disebabkan masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres melampau. Banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.
Contohnya, jerawat akan tumbuh jika kurang tidur, menyedut udara tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi.
Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat:
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Makanan untuk kurangkan jerawat
Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Panik sebenarnya bukan sesuatu yang berbahaya. Namun perubahan fisiologi dan metobolisma badan terhadap panik boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini. Panik sering terjadi kepada wanita, tetapi lelaki juga boleh mengalami serangan panik.
Ia sering berlaku kepada mereka berusia awal 20-an. Peringkat umur lain juga berisiko. Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan perasaan takut akibat serangan jantung, kehilangan sesuatu atau fobia. Antara punca utama panik adalah tekanan emosi terutamanya emosi antara manusia. Ia boleh berlaku akibat rentetan peristiwa yang tidak diingini seperti kematian dan sebagainya. Pengambilan dadah terlarang juga antara punca. Masalah kesihatan perubatan juga boleh menyebabkan berlakunya serangan panik.
Dalam keadaan panik, pernafasan pesakit menjadi laju dan tidak menentu. Ini menyebabkan pertukaran oksigen dalam udara dan karbon dioksida dalam badan menjadi tidak selaras. Ini mengakibatkan simptom lain seperti degupan jantung pantas, anggota badan menjadi kebas, pening, berpeluh, sakit dada dan adakalanya pengsan atau pitam.
Perkara pertama perlu dilakukan ketika melihat seseorang itu panik ialah memberi ruang dan juga sokongan agar pesakit tenteram. Pesakit hendaklah duduk serta mengawal pernafasan dengan baik. Ini untuk mengelakkan komplikasi kurang udara ke otak dan jantung yang boleh menyebabkan pengsan, sawan atau serangan jantung. Jika keadaan tidak dapat dikawal, pesakit perlu dibawa segera ke hospital. Ini penting untuk memastikan tiada sebab lain serangan panik terjadi.
Selain itu, berikan bantuan sesuai kepada pesakit jika perlu untuk memastikan keadaan pesakit stabil.Beberapa ujian darah dan pemeriksaan jantung atau elektrokardiogram (ECG) perlu dilakukan untuk memastikan serangan panik bukan disebabkan masalah kesihatan yang perlu dirawat segera. Dalam situasi panik, individu yang berada bersama pesakit memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan awal, iaitu dengan memberi bantuan emosi. Jika tidak, komplikasi seperti pengsan, sawan dan juga serangan jantung boleh berlaku serta merta. Oleh itu, pesakit perlu ditenangkan agar komplikasi tidak diingini tidak berlaku.
BOLEH MENGGANGGU KADAR DEGUPAN JANTUNG
Degupan jantung kita dikawal perentak jantung semula jadi dinamakan nod sinus (SA) yang terletak pada atrium kanan di bahagian atas jantung. Nod sinus ini menghasilkan impuls elektrik yang mencetuskan setiap degupan. Impuls elektrik dari nod sinus bergerak merentasi atrium menyebabkan otot atrium menguncup dan mengepam darah ke dalam ventrikel.
Impuls eletrik itu kemudian tiba di kelompok sel dinamakan nod atrioventrikel (AV) yang juga laluan tunggal untuk isyarat bergerak dari atrium ke ventrikel di bahagian bawah jantung. Nod AV memperlahankan isyarat elektrik sebelum menghantarnya ke ventrikel, dan kelewatan itu membolehkan ventrikel diisi dengan darah. Otot ventrikel yang menerima impuls elektrik akan mengecut dan mengepam darah ke paru-paru dan bahagian lain tubuh.
Bagi individu dengan jantung sihat, proses berkenaan berjalan lancar dan menghasilkan kadar denyutan jantung normal antara 60 hingga 100 degupan seminit.
Rentak degupan jantung yang terlalu laju diukur apabila denyutan jantung lebih 100 degup seminit manakala rentak terlalu perlahan apabila denyutan jantung kurang 60 degup seminit. Kebanyakan gangguan rentak degupan jantung ini tidak berbahaya dan boleh berlaku kepada individu dengan jantung sihat. Ini kerana tidak semua masalah rentak degupan jantung berpunca daripada jantung yang tidak sihat. Degupan jantung boleh menjadi terlalu laju ketika seseorang melakukan senaman dan menjadi terlalu perlahan ketika tidur atau berehat. Namun, ia juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana rentak degupan jantung tidak sekata boleh mengganggu kehidupan dan mengancam nyawa.
Rentak degupan jantung tidak sekata berlaku disebabkan pelbagai faktor, selain serangan jantung seseorang juga boleh mendapat masalah degupan jantung akibat kadar garam galian atau elektrolit dalam tubuh tidak seimbang, arteri tersumbat, perubahan otot jantung, kecederaan tisu jantung (parut) akibat serangan jantung, penuaan atau tekanan darah tinggi. Punca lain boleh berlaku disebabkan menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Malah, tekanan perasaan, pengambilan ubatan, penyalahgunaan dadah, merokok, terkena kejutan elektrik, minum terlalu banyak alkohol atau kafein juga menyumbang kepada masalah ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.