Tidak dinafikan air nabeez atau air rendaman kurma elok diminum kerana memiliki banyak khasiat. Selain menurunkan berat dan menyingkirkan toksin, air nabeez juga elok diamalkan oleh lelaki.
Dengan kandungan fiber yang tinggi, air nabeez dapat membantu sistem penghadaman dan menguatkan daya ingatan. Malah air nabeez juga bagus untuk prostat, begitu juga untuk pesakit arthritis dan gout.
Menurut pakar nutrisi Dr Anju Sood menerusi laman web Food NDTV, air nabeez yang direndam merupakan cara terbaik yang perlu diamalkan berbanding menjamah buah kurma begitu sahaja.
Khasiat tentang air nabeez ini dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai menerusi entri Facebooknya. Bagi yang tak tahu cara membuatnya, ikuti perkongsian ini.
Pernah dengar tentang air nabeez? Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat. Ia adalah minuman berakali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam erti kata lain ~ sebagai detox! (Tak payah nak popularkan lemon. Guna kurma lagi bagus. Ikut sunnah)
Bagus untuk lelaki
Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak melapangkan dada dan bagus utk prostate. Sebab itu kaum lelaki amat digalakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit arthritis & pesakit gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit gout.
Cara nak buat
Cara penyediaan air nabeez ni, mudah yang amat. Selepas Isya’, rendam kira-kira 100gm kurma/ 100gm kismis di dalam 1 liter air. Kurma Ajwa adalah yang terbaik, tapi boleh jugak gunakan kurma-kurma yang lain. Kalau kismis, Manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yang hitam. Saya guna 3 biji kurma @ segenggam kismis untuk segelas air. Kalau kurma, lebih baik angka ganjil. Tutup gelas tersebut dan biar semalaman @ kira-kira 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas ya. Lagi satu, jangan dicampur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja. Nabi larang campur kurma & kismis bersama.
Menurut kajian, gabungan gas yang dikeluarkan oleh kurma & kismis boleh memudaratkan badan. Esok pagi, keluarkan kurma tu, kacau & minum. Kurma tu boleh dimakan begitu jek atau dikisar dengan air nabeez tadi dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam pada waktu pagi.
Ads
Cara nak minum
Minum sebaik-baiknya SELEPAS MAKAN, bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging sebab air nabeez membantu untuk digest heavy food (mencerna makanan). Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Untuk lebih selamat, simpan dalam peti sejuk agar nabeez tidak mudah rosak.
Abdullah r.a berkata; “Aku mendengar Sufyan bertanya tentang nabeez,” Nabi menjawab; “Buatlah di malam hari dan minum ketika pagi”. Hadis sahih dari Sunan an Nasa’ai vol 6, buku 51, Hadith 5745.
Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; “Jangan menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yang telah masak bersama-sama, dan jangan mencampurkan anggur (kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah dilakukan secara berasingan.” Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904.
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yang disediakan untuk Nabi SAW akan diminum oleh Baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada petang hari ketiga, Baginda akan minum dan memberi kepada sahabatnya. Baki air tersebut akan dibuang. Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Legenda tenis dunia, Roger Federer, secara rasmi telah menyertai senarai elit bilionair dunia selepas dianggarkan memiliki nilai kekayaan bersih sebanyak US$1.3 bilion (sekitar RM6.1 bilion).
Kekayaan ini majoritinya berpunca daripada kerjasama penajaan jangka panjang sepanjang karier 24 tahunnya di arena tenis profesional.
Sah Bergelar Bilionair Bersama Michael Jordan dan Tiger Woods
Foto : Luxurylaunches
Menurut Bloomberg Billionaires Index, Federer kini berdiri sebaris dengan bintang sukan lain yang bergelar bilionair seperti legenda bola keranjang Michael Jordan (US$3.5 bilion) dan jaguh golf Tiger Woods (US$1.36 bilion).
Sumber terdekat Federer yang enggan dinamakan memaklumkan kepada Bloomberg bahawa nilai sebenar kekayaan Federer melebihi angka $1 bilion dengan signifikan.
Anggaran ini turut mengambil kira pendapatan sepanjang karier, pelaburan semasa, dan pelbagai kontrak penajaan yang telah dilaras mengikut kadar cukai Switzerland dan prestasi pasaran semasa.
Penajaan Ikonik dan Pelaburan Bijak
Federer terkenal dengan hubungan jangka panjang bersama jenama-jenama besar seperti Credit Suisse (kini UBS Group AG), Rolex, dan pengeluar coklat mewah Chocoladefabriken Lindt & Sprüngli AG.
Selain itu, beliau juga menubuhkan Team8, sebuah firma pengurusan bersama ejennya, Tony Godsick pada tahun 2013.
Syarikat ini berfungsi sebagai platform penasihat perniagaan, termasuk syarikat pelaburan Format A AG, yang turut memantau pelaburan serta yayasan amal beliau.
“Federer langsung tiada skandal. Dia tak pernah cakap benda yang salah, dari segi kebolehpasaran, dia adalah antara ikon tenis paling bernilai,” kata penganalisis sukan, Bob Dorfman.
Pelaburan Dalam Jenama Kasut ‘On’ Lonjak Nilai Aset
Salah satu pelaburan terbaik Federer bermula dengan pembelian kasut oleh isterinya daripada jenama sukan Switzerland, On.
Walaupun negara itu tidak terkenal dalam pengeluaran jenama sukan global, On yang diasaskan pada 2010 berjaya mencipta nama melalui kasut larian premium dengan reka bentuk tapak unik diinspirasikan oleh potongan paip taman.
Kini, nilai jenama On mencecah hampir US$17 bilion, dan pegangan saham Federer dalam syarikat itu sahaja dianggarkan bernilai lebih US$500 juta.
Federer menyertai ATP Tour selama lebih dua dekad dan telah bertemu ramai atlet hebat sepanjang kariernya.
Beliau menggondol 20 gelaran Grand Slam, satu rekod luar biasa dan pernah menjadi pemegang rekod Grand Slam terbanyak dalam sejarah tenis lelaki terutamanya dominasi dari tahun 2003 hingga 2010, di mana beliau memenangi 16 daripada 20 Slam tersebut.
Kejayaan Federer bukan hanya terletak pada pencapaiannya di gelanggang, tetapi juga pada kredibilitinya sebagai figura awam yang bersih imej, bijak berstrategi, dan sentiasa relevan dalam dunia perniagaan serta filantropi.
Sumber : VN Express
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada ketika ini, MASKULIN yakin rata-rata pembaca mesti sudah menonton filem hebat yang memenangi pelbagai anugerah peringkat dunia menceritakan tentang bintang rock legenda Freddie Mercury dan grupnya QUEEN menerusi ‘Bohemian Rhapsody’.
Filem yang dikeluarkan pada tahun 2018 itu menjadi karya autobiografi pemuzik atau band paling tinggi mendapat jumlah kutipannya sepanjang ditayangkan.
Dulu kurus kering je.
Antara yang paling menonjol menerusi filem biopic ini ialah Rami Malek yang membawakan watak sebagai penyanyi utama QUEEN, Freddie Mercury. Malah lakonan mantap Rami sebagai Freddie telah menyaksikan dia menggondol anugerah-anugerah pelakon lelaki terbaik utama dipertandingkan.
Transformasi hebat Rami Malek menjadi Freddie Mercury.
Antaranya anugerah pelakon terbaik dimenanginya ialah di Academy Award, Golden Globe Award dan British Academy Film Award.
Selain mampu menjiwai watak Freddie Mercury dengan berkesan Rami juga mengejutkam ramai pihak dengan tampil menyamai bentuk fizikal penyanyi tersebut terutamanya bentuk badan tegap dan berotot.
Ramai tak tahu bahawa sebelum memulakan penggambaran Rami telah menjalani latihan fizikal intensif bersama dengan jurulatih propfesional. Untuk melakonkan watak sebagai Freddie, Rami perlu ‘membina’ badannya menyerupai Freddie yang mempunyai bentuk badan unik.
Bagi mencapai objektif itu Rami telah berlatih dengan seorang jurulatih terkenal, Jay Cardiello yang pernah melatih 50 Cent, Kevin Love dan ramai selebriti lain.
Jika anda ingin mendapatkan bentuk badan mantap seperti Rami Malek dan Freddie Mercury mungkin boleh cuba rejim senaman mereka seperti di bawah!
SENAMAN RAMI MALEK SEBAGAI FREDDIE MERCURY
Single-Leg Squat Press
Lakukan 1 set untuk setiap bahagian badan selama 30 saat; bagi peringkat advanced boleh lakukan sebanyak 3 pusingan
Unilateral Rotations
Lakukan 1 set untuk setiap bahagian badan; lakukan 3 pusingan jika sudah advanced
Breakdancer
Lakukan 1 set selama 30 saat
Marching Row
Lakukan 1 set selama 30 saat
Stability Holds
Lakukan 1 set untuk setiap bahagian badan; lakukan 3 pusingan jika sudah advanced
Apabila usia meningkat, lama-kelamaan kecerdasan minda kita juga akan turut merosot. Apa kata anda mula tambah makanan-makanan ini dalam hidangan seharian untuk mendapatkan minda yang lebih tajam dan fokus?
Ikan
Sumber protein yang dikaitkan dengan minda yang cerdas ialah ikan. Ikan sangat kaya dengan acid omega-3 termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) yang penting untuk kesihatan otak. Menurut kajian oleh Rush Medical Center di Chicago, Amerika Syarikat mereka yang memakan ikan mempunyai risiko rendah untuk mendapat Alzheimer, strok dan melambatkan kemerosotan mental.
Jadi, untuk kesihatan minda dan jantung, makan sekurang-kurangya dua hidangan ikan setiap minggu.
Kafein
Bahan seperti kafein boleh memberikan tenaga dan bantu anda untuk lebih fokus. Kafein boleh didapati dalam kopi, coklat, minuman bertenaga dan ubatan. Walau bagaimanapun, kesan kafein hanyalah sementara. Jangan makan terlalu banyak makanan mengandungi kafein kerana ia boleh menyebabkan anda berasa gelisah dan tidak selesa.
Gula
Gula juga boleh menjadi bahan meningkatkan kepekaan otak. Tapi gula di sini bukan bermakna gula yang kita guna untuk bancuh air dan memasak, tetapi gula glukosa yang dihasilkan daripada karbohidrat. Oleh sebab itu apabila anda mengambil minuman manis, anda berasa seperti minda, pemikiran dan kebolehan mental telah dirangsangkan buat seketika.
Pengambilan gula berlebihan, walau bagaimanapun, boleh memudaratkan memori. Bukan sahaja memori, malah seluruh tubuh anda pun boleh rosak. Maka, pengambilan gula dari karbohidrat ini perlu dibuat secara berpada-pada, jangan sampai kegemukan ya.
Kekacang dan coklat
Kekacang mengandungi sumber antipengoksidaan yang baik iaitu vitamin E. Suatu kajian yang dibuat oleh Kremlin-Bicêtre University Hospital di Perancis yang dibuat ke atas 9,294 orang warga emas dari 3 buah bandar di Eropah mendapati vitamin E sememangnya mempengaruhi kualiti hidup dan kesihatan mental mereka. Coklat pahit (dark chocolate) juga mempunyai sifat antioksida dan boleh merangsang otak dengan kandungan kafein di dalamnya.
Nikmatilah sehingga 30 gram kekacang dan coklat pahit sehari untuk mendapatkan segala kelebihan ini.
Avokado dan bijirin penuh
Setiap organ dalam badan bergantung kepada aliran darah, terutama sekali jantung dan otak. Makanan yang tinggi kandungan bijirin penuh dan buah avokado mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kolestrol yang tidak baik. Makanan ini mengelakkan pembentukan plak dan melancarkan aliran darah ke otak supaya berfungsi dengan lebih baik.
Selain itu, bijirin penuh juga mengandungi serat dan vitamin E. Manakala avokado pula mengandungi lemak baik iaitu lemak mono tidak tepu yang membantu pengaliran darah.
Beri biru
Kajian yang dibuat di makmal mendapati buah beri biru dapat memelihara otak daripada radikal bebas dan penyakit yang berkaitan dengan usia seperti Alzheimer dan demensia. Selain itu, diet yang tinggi kandungan buah beri mampu memperbaiki prestasi pembelajaran dan fungsi otot, menjadikan anda lebih muda remaja.
Selain itu, anda juga perlu memastikan anda makan sarapan pagi setiap hari kerana ia membantu minda anda untuk lebih fokus sepanjang hari. Mungkin semua inilah rahsia kuasai minda yang sebenar!
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.