Rupanya ada cara nak makan kurma. Walaupun kurma banyak khasiat dan kerap dimakan ketika berbuka atau bersahur, namun kalau makan tak kena dengan caranya, manfaatnya kurang berkesan untuk tubuh badan.

Jadi sebelum nak makan kurma masa berbuka atau bersahur hari ini, pastikan anda makan mengikut saranan Dr Zubaidi Hj Ahmad ini. Barulah anda akan rasai kesannya.

BACA: Air Nabeez, ‘Tonik’ Beralkali Untuk Singkirkan Toksin Cara Mudah & Beri Tenaga Di Bulan Puasa!

BACA: Sebaiknya Dimakan Bersama Kurma, Ini Khasiat Tak Terduga Buah Tembikai Jika Ambil Masa Berbuka!

IKLAN

Doktor Ini Kongsi Cara Terbaik Makan Kurma, Barulah Khasiatnya Berkesan Untuk Badan!

Kurma memang mempunyai GI yang tinggi. Tetapi ia buah yang barakah.

1. Makan dengan cara tersendiri, terutama ketika berbuka puasa atau ketika betul-betul lapar. Ia memberikan tenaga.

IKLAN

2. Jangan ketika masih kenyang.

IKLAN

3. Jangan makan kurma lepas makan nasi atau lepas minum teh tarik.

4. Saya cadangkan awal pagi, dikisar dengan minyak zaitun atau minyak kelapa. Letak sedikit air. Ia akan menjadi sarapan yg terbaik bagi orang yang sibuk dan tidak mahu membuang masa dengan mengunyah di kedai makan. Ia memberikan tenaga dan membekalkan nutrien yang banyak.

5. Bagi pesakit diabetis, ambil satu atau dua biji untuk satu hidangan. Jangan ambil dengan teh tarik atau minuman/makanan yang manis. Ambil dengan air kosong (atau zam-zam). Makan bila betul-betul lapar atau ketika berbuka puasa.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI