Selain menjadi buah kegemaran Nabi Muhammad SAW, buah kurma juga menjadi makanan sunnah yang dimakan ketika berbuka puasa. Ternyata buah kurma mempunyai khasiat yang sangat besar terhadap kesihatan jika dimakan dalam keadaan perut kosong.
Sambil menjamah kurma, kenapa tidak kita panjangkan amalan ini kepada amalan minum air nabeez? Air nabeez merupakan minuman beralkali yang terdiri daripada air rendaman kurma atau kismis yang tinggi khasiatnya di mana ia bertindak untuk membuang asid dalam perut yang boleh menyebabkan gastrik dan kembung perut.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim)
Malah menurut pakar nutrisi Dr Anju Sood menerusi laman web Food NDTV, air nabeez ini merupakan cara terbaik yang boleh dijadikan amalan berbanding anda menjamah buah kurma begitu sahaja.
Ads
Sekiranya anda nak buat air nabeez, boleh ikuti perkongsian Habibah Badar Bajrai di laman Facebooknya serta ketahui khasiat lain apabila anda mengamalkan air nabeez ini.
Pernah dengar tentang air nabeez? Air nabeez adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Rugi kalau tak pernah buat atau tak nak buat. Ia adalah minuman berakali, mampu membantu membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan serta menyingkirkan bahan-bahan toksin dari badan. Dalam erti kata lain ~ sebagai detox! (Tak payah nak popularkan lemon. Guna kurma lagi bagus. Ikut sunnah)
Ads
Bagus untuk lelaki
Air nabeez tinggi dengan kandungan fiber, membantu sistem penghadaman, dan menguatkan daya ingatan. Air nabeez juga membantu sistem limpa, hati, tekak melapangkan dada dan bagus utk prostate. Sebab itu kaum lelaki amat digalakkan amalkan air nabeez. Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit gout.
Cara nak buat
Cara penyediaan air nabeez ni, mudah yang amat. Selepas Isya’, rendam kira-kira 100gm kurma/ 100gm kismis di dalam 1 liter air. Kurma Ajwa adalah yang terbaik, tapi boleh jugak gunakan kurma-kurma yang lain. Kalau kismis, Manaqqa (warna kuning) lebih baik dari yang hitam. Saya guna 3 biji kurma @ segenggam kismis untuk segelas air. Kalau kurma, lebih baik angka ganjil. Tutup gelas tersebut dan biar semalaman @ kira-kira 12 jam. Guna air biasa jek, bukan air panas ya. Lagi satu, jangan dicampur kurma & kismis. Gunakan salah satu sahaja. Nabi larang campur kurma & kismis bersama.
Elak campur kurma & kismis
Menurut kajian, gabungan gas yang dikeluarkan oleh kurma & kismis boleh memudaratkan badan. Esok pagi, keluarkan kurma tu, kacau & minum. Kurma tu boleh dimakan begitu jek atau dikisar dengan air nabeez tadi dan minum. Kalau nak minum malam, boleh rendam pada waktu pagi.
Ads
Cara nak minum
Minum sebaik-baiknya SELEPAS MAKAN, bukan time perut kosong. Lebih baik 2 jam setelah makan terutamanya selepas makan daging sebab air nabeez membantu untuk digest heavy food (mencerna makanan). Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum. Untuk lebih selamat, simpan dalam peti sejuk agar nabeez tidak mudah rosak.
Abdullah r.a berkata; “Aku mendengar Sufyan bertanya tentang nabeez,” Nabi menjawab; “Buatlah di malam hari dan minum ketika pagi”. Hadis sahih dari Sunan an Nasa’ai vol 6, buku 51, Hadith 5745.
Abu Qatada r.a meriwayatkan bahawa ayahnya mendengar Nabi berkata; “Jangan menyediakan nabeez dengan mencampurkan kurma separuh masak dan kurma yang telah masak bersama-sama, dan jangan mencampurkan anggur (kismis) dan kurma bersama tetapi hendaklah dilakukan secara berasingan.” Sahih Muslim Book 23 Hadith 4904.
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa nabeez yang disediakan untuk Nabi SAW akan diminum oleh Baginda pada hari tersebut, sehari selepasnya dan sehari berikutnya. Pada petang hari ketiga, Baginda akan minum dan memberi kepada sahabatnya. Baki air tersebut akan dibuang. Sahih Muslim Book 23 Hadith 4974.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda seorang pelari yang sudah selesa menakluki jarak 5km atau 10km? Tahniah! Jika larian pada jarak ini sudah terasa terlalu biasa dan sebati dengan rutin anda, maka inilah masanya untuk melangkah lebih jauh dan mencabar diri. Tingkatkan jarak larian anda dan rasai pengalaman baharu!
Menambah kilometer bukan sekadar menukar angka; ia adalah satu cabaran yang lebih rumit dan menuntut. Namun, jangan gentar—ia bukan mustahil untuk dicapai! Meskipun anda seorang pelari berpengalaman, menakluki jarak 21km atau 42km memerlukan persediaan yang rapi dan teliti.
Maskulin sedia berkongsi beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum menceburi larian jarak jauh. Ingat, tanpa persediaan yang betul, anda berisiko tinggi berdepan dengan kecederaan serius. Jadi, bersediakah anda untuk menguji had kemampuan diri?
Ambillah makanan sekurang-kurangnya 300 kalori beberapa jam sebelum larian. Untuk beberapa minggu sebelum itu anda boleh cuba beberapa jenis makanan yang boleh memberi tenaga dan bertahan lama. Jika badan anda memerlukan banyak tenaga, makanlah sedikit snek tenaga 30 minit sebelum flag off.
Mengekalkan kadar hidrasi dalam badan bukan bermula pada awal pagi sebelum larian. Anda sebenarnya boleh mulakan proses hidrasi kira-kira 48 jam sebelum acara bermula. Oleh itu anda juga harus bijak memastikan badan sentiasa terhidrasi sebelum larian. Sebagai contoh anda boleh minum kira-kira 200ml air dua jam sebelum berlari.
Berlari pada jarak jauh bukanlah sekejap. Badan anda juga akan berpeluh dengan banyak. Dan sepanjang larian juga banyak berlaru pergeseran di antara celah anggota badan dan juga pakaian.
Jangan pakai berlebihan kerana ia boleh tingkatkan dehidrasi. Ingat jangan pakaian stoking, kasut, aksesori dan pakaian baru sebelum larian. Pakailah pakaian yang anda sudah biasa pakai.
Beberapa hari sebelu larian sebaiknya anda periksalah dahulu route larian. Anda perlu tahu bahawa setiap laluan memberikan cabaran berbeza di mana sesetengahnya mempunyai kecuraman berbeza.
Anda juga boleh merancang larian dengan lebih baik bila sudah biasa dengan kondisi laluan.
Sebelum flag off, pastikan anda memanaskan badan sekurang-kurangnya 15 minit. Ia diikuti dengan sesi regangan selama 15 minit. Jika anda melakukannya dengan baik badan anda akan lebih bersedia untuk melakukan larian dengan kondisi badan yang sudah alert.
Usah terlalu meletakkan tekanan pada diri sendiri. Anda perlu tenang dan kawal degupan jantung agar tidak terlalu berdebar-debar. Perkara terakhir anda ingin lakukan ialah terlalu tergesa-gesa hingga menyebabkan nafas menjadi tercungap-cungap.
Kebanyakan orang terutamanya beginner untuk maraton akan berasa sangat teruja. Dan keterujaan itu sebenarnya datang daripada aliran adrenalin yang pantas.
Seperti MASKULIN katakan tadi, apa yang penting ialah melakukan larian yang sesuai dengan pacing sendiri dan tidak terlalu menekan. Letakkan sasaran untuk setiap jarak, sebagai contoh 10 kilometer. Kemudian sambung sasaran seterusnya bagi mengekalkan motivasi diri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berjaya beraksi di pentas akhir kejohanan Hoki Dalam Dewan Asia 2017 pada penyertaan kali pertama skuad wanita umpama motivasi dan perangsang buat semua pemain bagi mengharungi temasya Suka SEA ke 29, di Kuala Lumpur Ogos nanti.
Diletakkan bersama Kazakhstan, Thailand, Uzbekistan, China dan Korea Utara pada kejohanan yang berlangsung 24 hingga 28 April lalu bukanlah tugas mudah buat anak didik Iman Gobinathan untuk melangkah ke pentas akhir menentang Kazahstan sebelum tewas 0-3.
Bagi Iman, kejayaan mara ke pentas akhir umpama penyuntik semangat memandangkan ini kali pertama skuad wanita menyertai kejohanan berprestis seumpama ini.
“Skuad hoki wanita dibentuk pada awal tahun ini bagi saingan sukan SEA di Kuala Lumpur. Mereka menjalani latihan dan perlawanan persahabatan untuk menguji kemampuan masing-masing.
“Beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan di Australia pada Mac lalu memberi pengalaman serta pendedahan berguna buat semua pemain sebelum menyertai kejohanan hoki dalam dewan asia 2017 di Doha.
“Walaupun tewas kepada lawan yang lebih berpengalaman berbanding kami, tetapi persembahan pemain begitu mengujakan dan ia menepati sasaran untuk memastikan pungutan pingat emas mampu diraih pada aksi di Kuala Lumpur, Ogos nanti,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah, Pengurus Pasukan Noor Saliza Ahmad Sobni dan atlet kebangsaan, Qasidah Najwa Muhd Halimi serta Nor Izaidah Ibrahim.
Diminta mengulas persembahan pemain pada temasya tersebut, Iman melihat peningkatan mendadak dipamerkan anak didiknya walaupun masih baru menjalani latihan bersama dalam satu pasukan.
“Persiapan kini berjalan lancar dengan rata-rata pemain yang beraksi di Doha akan menggalas cabaran di Kuala Lumpur nanti, dari segi corak latihan pula mereka berjaya mengikutinya walaupun ada beberapa perbezaan dengan hoki luar.
“Pastinya kelajuan, hantaran tepat dan stamina tinggi diperlukan, saya lihat pemain berjaya menyesuaikan diri.
“Untuk aksi di Doha, pasukan sentiasa ketinggalan pada separuh masa pertama sebelum mereka bangit memberikan saingan pada babak seterusnya untuk mencapai kemenangan.
“Mudah menyesuaikan diri dengan taktikal perlawanan dan semangat berpasukan yang tinggi, itulah kelebihan utama pasukan, “katanya yang percaya Thailand dan Indonesia antara halangan utama pada temasya Sukan SEA di laman sendiri, Ogos nanti.
Ramai yang memilih untuk menaiki eskalator ketika ini untuk naik ke aras lain kerana ia disifatkan lebih praktikal, jimat waktu dan tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Tetapi anda juga perlu tahu bahawa jika anda memilih untuk menaiki tangga, banyak manfaat yang akan ada terima terutamanya untuk tubuh badan anda :
Kajian menunjukkan mereka yang naik tangga tubuhnya akan membakar lebih banyak kalori per minit berbanding anda jogging bersungguh-sungguh. Naik tangga juga boleh membakar kalori anda 9 kali lebih tinggi berbanding ada sedang duduk dan 7 kali lebih tinggi berbanding anda menaiki lif atau eskalator.
Salah satu manfaat naik tangga adalah boleh menurunkan risiko strok dalam tubuh anda. Caranya, biasakan diri untuk naik tangga 3 hingga 5 kali seminggu.
Pelbagai penelitian telah dibuat untuk membuktikan aktiviti naik tangga sememangny bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ini kerana ia dapat meningkatkan kesihatan organ jantung dan paru-paru sehingga melancarkan aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.
Pada saat anda naik tangga, sistem tulang dan otot di seluruh tubuh anda juga akan ikut bergerak aktif. Mulai dari otot kaki, otot lengan sehinggalah otot punggung. Semakin banyak pergerakan tulang dan otot, maka ini akan bermanfaat untuk menurunkan risiko pengeroposan tulang atau osteoporosis.
Memasuki zaman serba praktikal, situasi hari ini membuatkan ramai orang menjadi malas untuk gerak. Oleh sebab itulah mengapa ramai orang dewasa termasuk anak-anak mudah terkena obesiti dan perasaan malas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.