Sejak kebelakangan ini kita boleh perhatikan bahawa terlalu banyak maklumat-maklumat tidak sahih berkaitan dengan vaksin di laman-laman mendia sosial. Malah penyebaran maklumat tidak tepat ini dikhuatiri akan menimbulkan fenomena yang lebih berisiko dan merbahaya kepada generasi kanak-kanak kecil pada masa sekarang dan akan datang.
Menerusi kenyataan akhbar dari Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di laman sesawang rasminya memetik bahawa mutakhir ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati banyak maklumat yang tidak sahih berkaitan dengan vaksin di laman-laman media sosial.
Apa yang lebih membimbangkan terdapat golongan serta individu yang secara terang–terangan mempengaruhi orang awam untuk menolak vaksin dengan fahaman yang salah melalui penyebaran maklumat yang tidak sahih.
Kebanyakan maklumat yang disebar adalah tidak sahih dan digembar-gemburkan oleh mereka yang taksub dengan dakwaan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan tak memberi manfaat dan menimbulkan kesan buruk. Hakikatnya dakwaaan tersebut adalah tidak tepat sama sekali.
Ads
Angka kematian yang cukup merisaukan ini merupakan kes yang berlaku pada tahun lalu. FOTO: Public Health Malaysia
Menurut perkongsian daripada Facebook, Public Health Malaysia pada tahun 2018 telah berlaku 6 kematian demam campak di mana semua kes tiada imunisasi, 5 kes kematian difteria di mana 4 kes tiada imunisasi dan 22 kematian batuk kokol (pertussis) di mana 19 kes tiada imunisasi.
Melihatkan angka-angka tersebut telah tebukti bahawa kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan vaksin terdedah dengan bahaya penyakit-penyakit di atas.
Ads
PATUHI JADUAL
Patuhilah Jadual Imunisasi Kebangsaan dari KKM yang diberikan secara PERCUMA! FOTO: KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru ibu bapa untuk sentiasa mematuhi Jadual Imunisasi Kebangsaan dan tak terpengaruh serta mempercayai propaganda-propaganda tidak benar tentang keburukan vaksin yang tersebar di lamam media sosial.
Sebagai seorang lelaki anda bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak, adik dan ahli keluarga yang lain untuk mengambil vaksin.
Ads
Ingat vaksinasi bukan sahaja memberi impak kepada anda dan keluarga tetapi kepada komuniti dan masyarakat secara amnya.
Selain itu anda juga boleh datang ke mana–mana fasiliti kesihatan untuk berjumpa dengan anggota kesihatan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan vaksin dan imunisasi bayi dan kanak-kanak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mempunyai matlamat yang jelas. Ia seharusnya munasabah dan boleh diterima akal manusia. Tulis matlamat anda dan letakkan ia di tempat yang mudah anda lihat agar anda terus motivasi.
Minum teh. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang minum teh hitam, hijau, atau putih-mempunyai BMI yang lebih rendah dan lemak badan yang kurang daripada mereka yang tidak menjadikan teh sebagai habit.
Makan lada cayenne. Satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition menunjukkan bahawa apabila dibandingkan dengan plasebo, capsaicin bahan aktif dalam cayenne-pembakaran lemak lebih tinggi dari jenis lada yang lain.
Kurangkan / menghapuskan karbohidrat yang diproses. Mereka tidak dapat membantu anda dalam menurunkan berat, malah mereka hebat dalam menambahkan berat badan anda.
Makan lebih banyak sayuran. Mereka buat perut anda terisi, menyediakan banyak serat dan hanya mempunyai sedikit saja kalori yang tidak membahayakan.
Makanan tambahan dengan pil minyak ikan. Satu kajian yang diterbitkan dalam lipids dimana kajian telah dijalankan terhadap tikus yang dipertingkatkan EPA dan DHA a.k.a. minyak ikan. Para penyelidik mendapati bahawa tikus yang memakan makanan yang lebih tinggi dalam lemak omega-3 mempunyai pengurangan lemak badan yang ketara.
Latihan full body. Pelan senaman anda tidak seharusnya hanya tertumpu pada satu kawasan. Sebaliknya, lakukan latihan yang menggunakan seluruh badan anda. Fikirkan: squats, deadlifts, dan pushups. Anda akan mendapat lebih banyak pencapaian untuk setiap latihan anda.
Mulakan makanan anda dengan salad. Salad akan menyediakan sebahagian besar untuk membantu mengisi perut anda supaya anda makan kurang kalori secara keseluruhan.
Jangan lupa serat. Pikirkan serat seperti spons, ia menyerap air dan membuat anda berasa kenyang.
Minum air. Profesor Dr. Brenda Davy dan pasukannya dari Virginia Tech University mendapati bahawa minumi 2 cawan air sebelum makan dalam setiap hidangan boleh menyebabkan penurunan berat badan yang lebih besar selepas 12 minggu. Sebabnya? Ia membantu perut anda berasa penuh.
Simpan jurnal makanan. Tidak ada cara yang lebih baik untuk record apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda.
Timbang sendiri. Kajian menunjukkan berat badan setiap hari membantu meningkatkan usaha penurunan berat badan. Jangan terlalu taksub dengan nombor tersebut. Anda mampu mengubahnya.
Makan telur keseluruhan. Harian. Satu kajian yang diterbitkan beberapa tahun yang lalu menunjukkan bahawa mereka yang makan telur sebiji mampu untuk meningkatkan HDL (baik) kolesterol.
Makan sebahagian besar makanan anda di A.M. Kemudian kurangkan [engambilan pada sebelah petang dan jangan makan pada waktu malam. Satu Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition menunjukkan bahawa makan kebanyakan kalori anda pada waktu pagi mempengaruhi perubahan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wang amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Namun ramai yang masih berhutang. Bagi mereka yang menetap di bandar kos kehidupan yang tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk hidup di luar bandar.
Tiada cara bebas hutang yang efisien. Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Terdapat sesetengah pihak yang cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Hutang sentiasa membelenggu manusia dalam kehidupan serba moden ini walaupun di mana anda berada. Oleh itu, panduan bebas hutang perlu dipelajari.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad kredit, ‘personal loan’ mahupun pinjaman perumahan. Setiap bulan ada saja pendapatan yang diperolehi ditolak untuk membayar hutang-hutang yang telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan. Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.
ANTARA TIPS TERBAIK UNTUK BEBAS HUTANG
1. BELI SECARA TUNAI
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang
2. BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan.
Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. Biarlah hidup di bawah kemampuan kerana langkah ini lebih selamat berbanding hidup mengikut kemampuan atau kelebihan.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual jer dulu. Downgrade life style yang berlebihan buat sementara waktu. Kalau sekarang ni langgan Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, downgrade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.
3. MENABUNG
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.
Didik semua ahli keluarga kita untuk menabung setiap hari. Kelebihan menabung amat baik untuk keluarga. Asingkan pendapatan yang diperolehi setiap kali mendapat gaji. Potong 20 % daripada gaji anda untuk tabungan masa depan anda.
Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.
4. BUAT DUIT SAMPINGAN
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.
Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan
5. BERSEDEKAH & BERZAKAT
Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari sekarang. Orang yang bersedekah tidak akan mengalami kemiskinan malah hartanya akan bertambah. Sedekahlah mengikut kemampuan anda. Ingat setiap pendapatan yang kita perolehi ada hak orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput rezeki dengan hanya bersedekah.
STRATEGI UNTUK BEBAS HUTANG
6. JANGAN BERHUTANG LAGI
Gali lubang tutup lubang..Ini merupakan lagu yang selalu dinyayikan pada zaman 80-an. Banyak nasihat yang kita perolehi dari lagu tersebut. Penting untuk tidak memulakan hutang baru untuk menyelesaikan hutang lama.
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru. Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.
Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?
7. LANGSAIKAN HUTANG YANG INTEREST RATENYA PALING TINGGI DAHULU
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!
8. BUKA DANA “FULL-SETTLEMENT HUTANG”
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.
Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
9. SIMPAN DUIT LEBIHAN SELEPAS SELESAI BAYAR HUTANG
Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.
Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.
Semoga tips di atas berguna untuk membantu anda melunaskan hutang-hutang anda!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selama ini anda mungkin fikir anda sihat seperti orang lain. Namun tiba-tiba anda berdepan perubahan yang tidak disangka.
Lebih mencurigakan apabila ia berlarutan dalam jangka masa yang lama. Masalah kesihatan ini boleh berlaku secara tiba-tiba, menyakitkan, atau membimbangkan. Dalam mana-mana kes, jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, sila berjumpa doktor supaya anda boleh mendapatkan penilaian kesihatan anda.
Keletihan melibatkan kekurangan tenaga dan motivasi secara berterusan dan merupakan tindak balas biasa kepada keadaan seperti tekanan, melakukan senaman fizikal, atau kurang tidur.
Walau bagaimanapun, keletihan juga boleh menjadi tanda-tanda keadaan kesihatan fizikal atau psikologi yang lebih serius. Penyakit dikaitkan dengan keletihan termasuk kanser, kegagalan jantung kongestif, diabetes, arthritis, jangkitan, dan buah pinggang atau penyakit hati. Keletihan juga boleh menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan seperti anemia, kemurungan, gangguan tidur, atau kelenjar tiroid rosak.
Kehilangan rambut adalah satu pekara yang membimbangkan lelaki pertengahan umur. Kehilangan rambut boleh dikaitkan dengan pembedahan besar atau penyakit yang boleh membuatkan kehilangan rambut sementara, seperti tekanan emosi yang teruk.
Walaupun ia adalah sebahagian semula jadi penuaan, kehilangan rambut juga juga boleh berfungsi sebagai amaran bagi keadaan kesihatan lelaki yang lebih serius, seperti penyakit autoimun seperti lupus, penyakit berjangkit seperti sifilis, penyakit tiroid, atau kurap.
Kebanyakan orang mengaitkan sakit dada dengan serangan jantung, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain yang berbeza. Anda boleh mempunyai satu lagi jenis masalah jantung, seperti angina, atau masalah paru-paru seperti pneumonia, pulmonari embolisme, atau asma.
Ia juga mungkin satu keadaan kesihatan gastrousus seperti refluks asid atau ulser perut. Apabila mendapat sakit dada seseorang itu perlu mendapatkan bantuan pegawai perubatan tanpa mengira usia.
Darah dalam air kencing adalah satu gejala yang membimbangkan, terutamanya jika ia adalah cukup banyak dan anda boleh lihat dengan mata kasar anda. Kencing berdarah merupakan tanda utama kanser prostat atau pembesaran prostat (enlarged prostate).
Ia juga boleh disebabkan oleh kanser atau batu di pundi kencing atau buah pinggang anda. Penyakit buah pinggang atau kecederaan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berdarah seperti keradangan atau jangkitan pundi kencing, buah pinggang, atau uretra.
Sesak nafas adalah satu lagi gejala membimbangkan untuk lelaki. Ia mungkin satu isyarat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif.
Atau anda mungkin mempunyai penyakit paru-paru seperti kanser paru-paru, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), bronkitis kronik, emfisema, lelah, atau hipertensi pulmonari. Sesak nafas juga merupakan gejala yang dikaitkan dengan anemia(kekurangan sel darah merah)
Kira-kira 70 peratus daripada kes-kes mati pucuk adalah disebabkan oleh keadaan yang lain selain factor umur, dan ini merupakan satu tanda amaran bahawa anda mungkin menghadapi isu perubatan yang serius.
Penyakit yang boleh menyebabkan mati pucuk termasuk kencing manis, penyakit jantung, aterosklerosis, penyakit buah pinggang, penyakit neurologic, alkohol kronik, multiple sclerosis, dan penyakit vaskular. Keadaan ini memberi kesan kepada keupayaan manusia untuk mencapai ereksi oleh saraf merosakkan, otot licin arteri, dan tisu.
Pening menyebabkan anda berasa ringan kepala, menjadi resah- gelisah , atau mengalami sensasi bahawa bilik berputar-putar di sekeliling anda. Pening berlaku apabila tiada darah yang cukup sampai ke otak.
Ia boleh disebabkan oleh penurunan mendadak tekanan darah atau dehidrasi. Pening sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti selesema, alahan, atau hipoglisemia(kurang gula dalam darah). Ia juga menunjukkan risiko kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, strok, atau kejutan (shock).
Setiap orang perlu minum air yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan. Walau bagaimanapun, dahaga yang berlebihan boleh menjadi petunjuk bahawa anda mempunyai masalah kesihatan.
Ia merupakan gejala yang terkenal hiperglisemia(lebihan gula dalam darah) dan oleh itu anda mungkin mempunyai penyakit kencing manis. Dahaga yang berlebihan juga boleh manjadi tanda pendarahan dalaman, jangkitan yang teruk, atau kegagalan jantung, hati atau buah pinggang.
Kehilangan ingatan yang dimaksudkan adalah jika ia melibatkan lebih daripada sekadar melupakan di mana anda meletakkan kunci kereta anda. Ia adalah satu keadaan kesihatan yang dicirikan oleh tahap kealpaan yang berterusan dan luar biasa.
Penuaan mewujudkan sejumlah rendah tahap kehilangan ingatan, tetapi kehilangan memori dramatik sering menunjukkan penyakit bukan sebab penuaan. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehilangan ingatan termasuklah penyakit Alzheimer, tumor otak, jangkitan otak, kemurungan, ensefalitis, strok dan pengambilan alkohol secara berlebihan Kekurangan vitamin tertentu juga boleh membawa kepada kehilangan ingatan.
Penglihatan secara semula jadi merosot apabila kita semakin tua, bermula dalam lingkungan usia pertengahan. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti penglihatan kabur, bintik buta, halos sekitar lampu, dan visi terowong(tunnel visions) boleh menunjukkan keadaan mata yang serius.
Anda boleh mengalami masalah penglihatan yang disebabkan oleh penyakit mata seperti katarak, glaukoma, retinopati diabetik, detasmen retina, atau degenerasi makula. Ia juga boleh menandakan masalah kesihatan seperti migrain, strok, atau tumor otak. Pemeriksaan mata secara berkala dan tetap adalah satu langkah penting dalam mengelakkan masalan kesihatan ini.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini dari kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.