Selain Warga Emas, Lelaki 35 Tahun Ke Atas Antara Yang Mudah Jadi Pekak

Share

Terdapat satu kajian yang mendedahkan seramai dua juta rakyat Malaysia terdedah kepada masalah pekak atau masalah pendengaran.

Dedah hear.com lagi, masalah tersebut bukan hanya berlaku kepada golongan warga emas sahaja tetapi turut melibatkan pelbagai peringkat usia termasuk golongan muda.

Usia 35 tahun paling muda

Antara punca yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah kerana aktiviti harian mereka sekali gus menjadikan golongan yang berusia 35 hingga 45 tahun pun tidak terlepas.

Sehubungan itu, mitos yang mendakwa masalah kehilangan pendengaran akan hanya berlaku kepada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas kini boleh diketepikan.

Jejaskan produktiviti orang ramai

Ujar Pengarah Urusan hear.com, Alexander Evertz, persepsi warga tua sahaja yang terdedah kepada masalah pendengaran perlu diubah.

Selain itu, golongan muda juga harus berhati-hati kerana masalah tersebut menjejaskan produktiviti orang ramai di tempat kerja termasuk hubungan dengan orang sekeliling.

Punca lain masalah pekak

Kongsi Alexander lagi, antara punca yang menyumbang kepada masalah pendengaran adalah termasuklah penuaan, jangkitan kuman, trauma dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah masalah pendengaran.

IKLAN