
Terdapat satu kajian yang mendedahkan seramai dua juta rakyat Malaysia terdedah kepada masalah pekak atau masalah pendengaran.
Dedah hear.com lagi, masalah tersebut bukan hanya berlaku kepada golongan warga emas sahaja tetapi turut melibatkan pelbagai peringkat usia termasuk golongan muda.
Usia 35 tahun paling muda
Antara punca yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah kerana aktiviti harian mereka sekali gus menjadikan golongan yang berusia 35 hingga 45 tahun pun tidak terlepas.
Sehubungan itu, mitos yang mendakwa masalah kehilangan pendengaran akan hanya berlaku kepada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas kini boleh diketepikan.
Jejaskan produktiviti orang ramai
Ujar Pengarah Urusan hear.com, Alexander Evertz, persepsi warga tua sahaja yang terdedah kepada masalah pendengaran perlu diubah.
Selain itu, golongan muda juga harus berhati-hati kerana masalah tersebut menjejaskan produktiviti orang ramai di tempat kerja termasuk hubungan dengan orang sekeliling.
Punca lain masalah pekak
Kongsi Alexander lagi, antara punca yang menyumbang kepada masalah pendengaran adalah termasuklah penuaan, jangkitan kuman, trauma dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah masalah pendengaran.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sambil Baring Pun Boleh Buang Perut Buncit, Rahsianya Dengan Senaman Mudah Ini!

Masalah nak buang perut buncit memang sukar. Jika dulu, perut buncit selalu muncul selepas lelaki berkahwin. Tetapi kini, lelaki yang belum berkahwin pun perutnya sudah maju ke depan.
Tahu tak anda, ada cara yang pantas untuk buang perut buncit? Janji anda lakukan dengan konsisten dan jaga pemakanan, masalah perut buncit akan mudah untuk diatasi.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan perut buncit sehingga ada yang menawarkan kos yang tinggi. Namun, dengan 5 senaman mudah ini anda dapat buang perut buncit walaupun sambil baring.
1. Knees Up Crunch
Senaman ini mengutamakan kekuatan atas perut dengan cara mengangkat kedua lutut merapati dada. Senaman kekuatan otot perut bahagian atas adalah perkara yang paling mudah dalam semua latihan senaman perut dan memberikan hasil yang paling cepat. Lakukan dalam kiraan 20.
2. Crisscross
Luruskan kaki ke hadapan dan angkat sedikit. Kemudian kedua belah kaki digerakkan ke atas ke bawah secara bersilang sambil kepala ditinggikan sedikit. Ia dapat menghilangkan lemak pada bahagian tengah perut dan menguatkan otot perut. Lakukan dalam kiraan 20.
3. Flutter Kicks
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut. Ia hampir sama dengan senaman crisscross. Cuma kali ini angkat kaki ke atas dan hayunkan kaki secara bersilang seperti anda sedang berenang. Pergerakan kaki tidak perlu terlalu laju atau terlalu perlahan. Lakukan secara sederhana. Lakukan dalam kiraan 20.
4. Cross Crunch
Senaman ini dilakukan dengan cara menyilangkan satu kaki pada lutut kaki yang digunakan sebagai sokongan. Kemudian badan diangkat ke arah silang kaki tersebut. Senaman ini hampir sama dengan knee up crunch tetapi ada sedikit penambahan. Ia bertujuan untuk menguatkan otot bahagian atas dan sisi perut bahagian atas. Lakukan dalam kiraan 20.
5. Legs Lower
Senaman ini mengutamakan kekuatan bawah dan tengah perut. Sebenarnya senaman legs lower ini boleh dilakukan dalam dua cara. Cara pertama, angkat kaki kanan lurus ke atas berselang seli dengan kaki kiri. Atau lakukan cara kedua dengan mengangkat kedua-dua belah kaki lurus ke atas sehingga 90 darjah. Lakukan dalam kiraan 20.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kepada Kaki Hiking, Nak Sedap Mendaki Kena Amalkan 6 Jenis Workout Ini

Aktiviti hiking atau mendaki bukit sangat menyeronokkan. Walaupun pada mulanya kita rasa menyeksa diri kerana terpaksa menghadapi laluan sukar menuju ke puncak, namun permandangan di atas sentiasa cantik hingga kita terlupa yang kita ibarat bertarung nyawa untuk sampai ke atas.
Untuk memastikan stamina kita sentiasa dalam keadaan baik, pastikan anda melakukan persediaan fizikal seperti senaman yang sesuai untuk membiasakan tubuh anda.
Elakkan daripada terus mendaki tanpa membuat persediaan kerana dikhuatiri badan anda akan terkejut hingga sakit badan dan akhirnya masuk hospital.
Berikut adalah senaman yang MASKULIN kongsikan untuk anda buat supaya badan bersedia untuk hari sebenar ketika mendaki.
BACA: Tip 5 Workout Untuk Dapatkan Otot Paha & Betis Tanpa Dumbell, Selamat Tinggal Betis Keding!
1. Goblet squats
Ambil dumbbell mengikut berat yang anda mampu dan pegang ia di hadapan dada anda. Buka sedikit kaki anda dan turun ke bawah hingga keadaan punggung anda dalam keadaan mencangkung. Guna sedikit tenaga untuk berada dalam posisi awal iaitu berdiri. Ini dikira sebagai 1 rep. Ulang langkah ini mengikut kemampuan dan tambahkan beban pada dumbbell untuk mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan.
2. Step Ups
Senaman ini paling mudah dilakukan, anda tidak perlu ke gym kerana ia hanya menggunakan objek yang ada di sekeliling rumah. Cari permukaan yang tingginya lebih kurang 10-16 inci. Caranya adalah, naikkan kaki kanan ke atas permukaan dan gunakan kekuatan otot kekuatan kaki untuk menaikkan kaki kiri ke atas permukaan. Selepas itu, gunakan kaki yang sama untuk turun ke bawah dan ulangi langkah tersebut dengan selang selikan antara kaki kanan & kiri.
3. Downhill Lunges
Senaman ini sesuai ketika anda menuruni bukit, beza ketika menaik, anda akan berjalan dengan perlahan kerana melawan hukum graviti, namun apabila turun dari puncak, anda akan rasa sedikit laju. Kalau tidak bersedia, pasti lutut anda akan sakit. Jadi, bersedia dengan senaman ini untuk memudahkan proses menurun bukit.
BACA: Untunglah Lelaki Yang Ada ‘Bumper’ Mantap, Mereka Selalu Buat 5 Senaman Ini
4. Hanging Knee Raises
Sekali pandang nampak macam tiada kena mengena senaman ini dengan aktiviti hiking. Namun, harus diingat senaman ini bertujuan untuk membina kekuatan core atau otot bahagian atas badan. Anda pasti akan membawa backpack, jadi senaman ini membantu menguatkan otot di bahagian belakang serta atas badan. Caranya cari alat senaman pull up Bar, pegang bar tersebut sambil lengan dibuka luas dan guna otot di perut untuk menaikkan lutut hingga menyentuh dada anda. Kawal pergerakan ketika menurun untuk ulangi rep ini mengikut kemampuan anda.
5. Kettlebell Dead Lift
Ini juga salah satu senaman yang penting untuk aktiviti hiking. Hanya gunakan dumbbell dengan berat sederhana sebagai permulaan. Berdiri tegak kaki menghadap hadapan. Tangan anda memegang dumbbell dan turunkan punggung secara 90 darjah sambil posisi dumbbell dikekalkan kedudukannya. Naik semula ke posisi asal iaitu berdiri tegak untuk lengkapkan satu pusingan. Ulangi langkah yang sama mengikut kemampuan untuk membina stamina anda.
6. Guna Peralatan Stairmaster
Bila segalanya sudah dibuat, tiba masa untuk biasakan lutut anda dengan menggunakan peralatan stairmaster. Jika anda tidak mahu ke gym, gunakan tangga di rumah jika anda tinggal di rumah high rise atau cari tangga di kawasan rekreasi untuk bersenam.
Jadi selamat mencuba, semoga aktiviti hiking anda berjalan dengan lancar selepas berjaya mempersiapkan diri dengan senaman ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Ke Gym, 6 Alat Olahraga Ini Pun Boleh Kecilkan Perut & Buang Lemak!

Anda nak kecilkan perut dan buang lemak tapi tiada masa nak gym? Jangan bimbang, alat olahraga ini boleh membantu impian anda untuk kecilkan perut dan buang lemak tercapai.
Malah alat olahraga ini juga boleh anda gunakan dengan selesa di rumah. Oleh itu pastikan anda miliki 6 alat olahaga yang sangat efektif ini untuk kecilkan perut anda.
1. Tummy trimmer
Tummy trimmer adalah alat olahraga yang berfungsi sebagai alat bantu sit up. Tummy trimmer bertujuan untuk melatih otot-otot perut anda, mulai dari otot perut atas, tengah dan otot perut bahagian bawah.
2. Ab wheel rollout
Ab wheel rollout merupakan salah satu alat olahraga yang sangat baik untuk mengecilkan, sekaligus membentuk otot perut anda. Ab wheel roller lebih cepat membentuk otot perut anda berbanding anda melakukan sit up kerana ab wheel rollout jauh lebih fokus untuk melatih core muscle anda.
3. Static bike
Anda juga mampu untuk memiliki static bike sendiri di rumah. Selain menguatkan kaki, static bike juga berfungsi untuk membakar lemak di perut kerana static bike sesuai untuk latihan kardio. Gunakan static bike dengan intensiti yang sederhana hingga tinggi untuk anda dapatkan hasil yang terbaik.
4. Sit up bench
Sit up bench juga antara alat olahraga di rumah yang boleh anda gunakan untuk membentuk otot perut. Pada umumnya sit up bench sama seperti sit up. Namun dengan adanya alatan ini akan lebih memudahkan anda untuk lakukan senaman sit up.
5. Skipping
Skipping atau lompat tali merupakan olahraga yang bersifat kardio dan sangat bagus untuk mengecilkan perut. Dengan melakukan latihan skipping secara rutin, timbunan lemak di perut anda dapat dikurangkan. Lakukan latihan skipping ini secara rutin selama 15-30 minit setiap hari dan lihatlah hasilnya.
6. Treadmill
Treadmill merupakan alat olahraga yang membolehkan anda berlari setempat dengan tempo kecepatan yang mampu anda sesuaikan dengan keinginan anda. Disebabkan itulah ia menjadi pilihan para gym untuk berlatih kardio dan membuang lemak.
Sumber: Programlatihanfisik
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI