Marathon adalah acara yang panjang, bukan hanya larian pendek sahaja. Dan, bercakap mengenai marathon, baru-baru ini tular di media sosial akan bahayanya marathon terhadap buah pinggang.
Namun, menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Rafidah Abdullah yang juga seorang pakar buah pinggang, dan pelari marathon, telah beri penjelasan mengenai perkara ini.
Maraton & Buah Pinggang
Ramai orang nampak kelam-kabut bila membaca rencana akhbar tempohari mengenai maraton membahayakan buah pinggang. Mungkin sebab saya seorang pelari maraton juga seorang Pakar Buah Pinggang, sangat ramai yang ajukan soalan dan kerisauan mereka.
Perlu diterangkan istilah maraton adalah acara 42km; bukan 5, 10, 21km. Sesiapa yang pernah berlari 42km akan tahu akan ianya memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi. Tentunya ia akan menjadi beban kepada badan kita.
Ads
Apakah “acute kidney injury?”
Ianya kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba). Klasifikasinya mengikut AKIN ada 3 tahap: AKIN 1, 2 dan 3 (3 yang paling teruk). AKIN tahap 1 adalah peningkatan bacaan darah creatinine 1.5 ke 2 kali ganda daripada “baseline”. AKIN tahap 2, adalah 2 ke 3 kali ganda peningkatan. Jika gejala akut, kebiasaannya ia pulih semula jika penyebabnya dikenal pasti dan dirawati.
Mari kita lihat kajian ini secara terperinci. Sampel diambil daripada 22 orang. Sebelum, sehari selepas & dua hari selepas maraton. 82% (18 orang) menunjukkan AKIN tahap 1 & 2. Ianya tiada simptom atau gejala. Anda tidak merasa apa-apa pun.
Tidak ketahui: Samada mereka minum sebanyak mana, latihan persiapan bagaimana. Yang tahu, kesemuanya pulih seperti sedia kala.
Ads
Memang betul & telah dibuktikan yang kerosakan buah pinggang akut (Acute Kidney Injury) ada risiko untuk menjadi masalah Kronik dimasa akan datang.
Tidak diketahui lagi apakah ada masalah jangka masa panjang dalam konteks ini. Kajian 22 orang sangat kecil, TIDAK boleh dibuat kesimpulan dan generalisasikan untuk semua orang.Perlu kajian/observation lebih terperinci & lama.
Ads
Nasihat professional saya, merangkap seorang Pakar Buah Pinggang juga pelari maraton, inilah antara cara-cara penjagaan:
1. Respect the distance
Training / latihan & persiapan sangat penting. Jangan lah dok eksyen tiada training pun anda boleh habiskan maraton. Ini membahayakan kesihatan anda. Dengan latihan, badan & otot anda akan lebih biasa & peka dengan larian sejauh itu. Risiko “rhabdomyolysis” kurang, salah satu penyebab kegagalan buah pinggang akut (rosak secara tiba-tiba) selepas aktiviti fizikal yang berat.
2. Kekalkan hidrasi Kekalkan hidrasi anda sebelum, semasa & selepas maraton
3. Elak makan ubat tahan sakit
Elakkan makan ubat tahan sakit jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (seperti Ponstan, Voltaren dan yang sewaktu dengannya) selepas larian tersebut.
Perlukah maraton sejauh 42km untuk kekal sihat? Jawapannya tidak perlu. Cukup dengan 150minit senaman seminggu dan pemakanan seimbang. Artikel ini bukan alasan anda tidak bersenam langsung. Mereput, tak buat apa-apa lagi bahaya.
Sumber : Siakap Keli
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap umat Islam sama ada lelaki atau perempuan wajib menjaga batasan aurat yang telah ditetapkan oleh syarak. Seperti mana yang kita semua sudah maklum, aurat perempuan meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, manakala aurat lelaki wajib ditutup di antara pusat dan lutut.
Disebabkan sedikit kelonggaran pada lelaki untuk menutup bahagian aurat mereka, ada yang menunaikan solat dengan memakai baju tanpa lengan atau tidak berbaju.
Soalan ini telah mendapat perhatian Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beliau menjelaskan bahawa solat dengan memakai singlet atau baju yang mendedahkan kedua-dua bahu, atau tidak berbaju hukumnya adalah makruh, namun sah solatnya.
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).”
Imam Al-Tabari rahimahullah di dalam tafsirnya menyatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat. Kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Wallahu a’lam.
Semoga dengan penjelasan ini dapat memberi pencerahan buat kaum Adam semua ketika menunaikan solat nanti.
Tumpukan kepada pengambilan makanan yang lebih segar seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh. Makanan ini penuh dengan rasa semulajadi dan membantu tekanan darah secara mendadak lebih rendah serta meningkatkan kesihatan jantung dan berat badan.
ANDA PERLU MULA MENGGANTIKAN MAKANAN YANG TIDAK SIHAT DENGAN PILIHAN YANG LEBIH SIHAT UNTUK JANTUNG ANDA DAN BUKANNYA MEMBERI TUMPUAN KEPADA APA YANG ANDA TIDAK LAGI AKAN MAKAN. DAN BERCAKAP TENTANG MAKANAN YANG SIHAT UNTUK JANTUNG ANDA, BERIKUT ADALAH5 PILIHAN MAKANAN UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI DAN MENINGKATKAN ALIRAN DARAH
1) Daun Saderi
Daun saderi adalah sumber semula jadi natrium tetapi ia juga salah satu makanan yang terbaik untuk menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Semua makanan semula jadi mengandungi unsur-unsur natrium; natrium adalah mineral yang terdapat di dalam tanah dan dengan itu, makanan tersebut lebih sihat.
Saderi juga tinggi dengan kalium seperti mana makanan yang berasaskan tumbuhan keseluruhannya. Kalium berfungsi terhadap sodium dan memperbaiki aliran darah dan juga mengurangkan pengekalan air yang disebabkan oleh sodium dalam badan anda.
Selain itu, saderi juga mempunyai kandungan air yang tinggi, iaitu alkali yang mengimbangi tahap pH darah, dan ia juga meningkatkan fungsi sistem saraf. Yang paling menarik, daun saderi boleh dinikmati sebagai snek atau penambahan rasa kepada sup, salad, dan ia boleh dijadikan jus sayur-sayuran yang sihat.
2) Sayur Berdaun
Buatkan untuk diri anda salad, sup, atau smoothie hijau; hanya pastikan anda makan sayur-sayuran berdaun anda setiap hari!
Sayur-sayuran berdaun seperti bayam, kangkung, sawi – dan juga banyak salad mudah – semua penuh dengan kalium dan sebatian yang menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah.
Sesetengah sayur-sayuran juga tinggi magnesium dan Vitamin C yang meningkatkan kesihatan sistem saraf dan tekanan darah.
Target untuk makan 3 cawan sayur-sayuran setiap hari, tidak kira bagaimana anda menikmatinya. Hanya elakkan memasak makanan anda dengan minyak dan lemak yang tidak sihat seperti mentega yang mana semua ini boleh mengakibatkan penyakit hati dan membawa kepada masalah jantung lebih serius.
3) Pisang
Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi tetapi ia juga mengandungi banyak nutrien lain yang memberi manfaat kepada jantung anda.
Pisang adalah sumber magnesium, Vitamin B6 dan asid amino yang juga sangat baik untuk kesihatan sistem saraf. Selain itu, ia membantu mengurangkan kebimbangan yang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.
Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang menjadikannya dapat membantu untuk mengimbangi sodium dalam badan dan ia juga boleh memperbaiki kontraksi otot berdasarkan cara ia meningkatkan aliran darah.
4) Kentang
Jika anda tidak suka kentang kerana ia sumber semulajadi karbohidrat kompleks, anda sudah terlepas salah satu makanan yang paling sihat di planet ini. Kentang adalah sumber kalium yang baik dan kandungan dalam kentang adalah tiga kali lebih banyak berbanding pisang!
Ia juga mengandungi lebih tinggi Vitamin B6 dan zat besi berbanding kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia merupakan satu pakej dengan magnesium, copper, dan zinc sebagai bonus. Semua kentang adalah sumber nutrien yang baik, termasuk jenis kentang putih yang ramai orang mengelak untuk makan.
Jika anda mempunyai paras gula darah yang sensitif, utamakan untuk makan kentang merah, kentang ungu, atau sweet potato yang mempunyai lebih banyak serat dan kurang gula untuk setiap hidangan.
5) Epal
Kandungan epal sangat tinggi kalium dan Vitamin C, dua nutrien hebat untuk meningkatkan kesihatan jantung. Epal juga sumber besar serat dan air yang membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan kolesterol dari badan.
Adalah yang terbaik untuk memilih epal organik memandangkan epal konvensional adalah salah satu sumber racun perosak yang paling teruk. Makan satu epal sehari adalah cara yang baik untuk melindungi hati dan ia boleh membantu anda menurunkan berat badan juga!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang sainstis dalam bidang pembedahan plastik mendakwa Jin So sebagai lelaki paling kacak di Asia selepas membuat kajian terhadap wajah anggota kumpulan BTS itu.
Jika nama seperti Hritik Roshan dan Tom Cruise sebelum ini telah dipilih sebagai wajah lelaki paling kacak di dunia, bagaimana pula dengan Asia? Adakah Fattah Amin, Jericho Rosales atau mana-mana selebriti tekaan anda?
Jawapannya adalah Jin So dari kumpulan BTS! Pasti anda tertanya apakah faktor yang menobatkan penyanyi itu diiktiraf sebagai lelaki paling kacak di Asia. Terdahulu, Koreaboo telah melaporkan seorang saintis dalam bidang pembedahan plastik telah membuat kajian terhadap wajah anggota kumpulan BTS itu selepas turut menganalisa terhadap 269 wajah lelaki Asia.
Bukanlah sekadar mengambil raut wajah yang kacak, namun doktor itu telah menyifatkan Jin mempunyai struktur wajah paling ideal bagi seorang lelaki selepas membuat pengiraan secara matematik terhadap mukanya. Dalam kajiannya itu, saintis itu memberitahu kedudukan dan simetri wajah Ji So sangat baik dari garisan rambut sehingga ke dagunya.
Malah kedudukan telinganya juga sangat tepat dan saiznya juga sama selain jarak di antara dagu dan bibirnya juga membuatkan wajah Jin antara terbaik dalam kalangan lelaki di Asia. Kami juga kagum dengan cara penilaian doktor ini! Agaknya siapakah lelaki paling kacak di Malaysia?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.