Salam takziah buat famili besar Ashraf Sinclair atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair terutamanya kepada isterinya yang tercinta, Bunga Citra Lestari.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut aktor yang berusia 40 tahun akibat serangan jantung awal pagi tadi di Jakarta, Indonesia.
Memetik laporan Kompas Indonesia, kematian aktor yang pernah popular menerusi filem ‘Gol & Gincu’ tersebut isahkan oleh pengurus Bunga Cita Lestari, Doddy.
Ads
Allahyarham Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Noah Sinclair.
Aktor yang kemudian turut mencipta nama di Indonesia dalam bidang lakonan sejak tahun 2008 itu juga merupakan abang kepada aktres dan hos, Aishah Jennifer dan suami kepada Yuna, Adam Sinclair. Beliau juga merupakan Naib Juara pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997.
Ads
Sejurus berita sedih ini diuar-uarkan ribuan netizen sama ada dari Malaysia dan Indonesia membanjiri komen foto terkahir Ashraf di akauan Instagramnya.
Tidak ketinggalan selebriti terkenal yang turut berduka dan menyampaikan ucapan takziah di hantaran komen foto tersebut. Antara yang paling menarik perhatian ialah dari Laudya Cynthia Bella, Dian Sastrowordoyo, Luna Maya, Neelofa, Nora Danish, Yasmin Hani, Hunny Mady dan ramai lagi.
Ads
Al fatihah…
Foto kredit: Instagram Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang ingin memiliki bentuk badan yang kelihatan tegap dan sado tapi tak mampu untuk mendaftar ke gym atau mungkin disebabkan malas dan tiada masa untuk ke gym. Kita juga sebenarnya boleh juga jika ingin untuk membina badan di rumah.
Kita perlu fokus pada latihan seluruh tubuh. Anda harus cuba untuk mengurangkan lemak pada tubuh sehingga otot-otot perut anda akhirnya timbul. Untuk mencapai ini, kita perlu mengamalkan kombinasi makanan yang sihat dan latihan rutin senaman yang efektif.
Cuba amalkan 6 cara ini untuk anda membina badan di rumah secara berdisplin. Anda perlu yakin dan konsisten dalam melakukannya untuk mendapatkan bentuk badan abang sado yang amat anda inginkan itu.
Selamat mencuba dan admin harapkan agar anda berjaya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan kemajuan teknologi dan warisan budayanya yang kaya, banyak berhutang kepada reputasi globalnya melalui budaya disiplin dan pertimbangan terhadap orang lain.
Nilai-nilai ini tertanam dalam masyarakat Jepun, mempengaruhi segala aspek dari interaksi harian hingga penggubalan dasar.
MASKULIN ingin mengajak anda semua meneroka bagaimana asas budaya ini membentuk Jepun, dengan contoh-contoh yang menunjukkan kesannya.
Di Jepun, disiplin dan pertimbangan terhadap orang lain jelas kelihatan dalam kehidupan harian mereka. Sama ada dalam berbaris dengan teratur, pengurusan sisa yang teliti, atau ruang awam yang tenang, rakyat Jepun menunjukkan komitmen terhadap menghormati masa, ruang, dan keselesaan orang lain.
Malah ketika kunjungan ke Tokyo baru-baru ini sempena acara IQOS Together X Sensorium, MASKULIN turut berdepan kejutan budaya dengan beberapa aspek disiplin yang diamalkan oleh masyarakat Jepun terutamanya dalam hal lebih memikirkan keselesaan dan privasi orang lain.
Tambahan pula, sikap menghormati melalui tunduk dan amalan menjaga kesenyapan di tempat awam melambangkan etika budaya mereka yang lebih luas, mengutamakan keharmonian dan keselesaan kolektif.
Di antara aspek keselesaan yang begitu dititik beratkan oleh masyarakat Jepun ialah faktor bau dan asap yang datang dari produk tembakau yang dibakar.
Dan dari sinilah tercetusnya satu transformasinya menjadi masyarakat hampir bebas rokok. Kawasan merokok diatur dengan ketat, dan merokok di tempat awam dilarang di kebanyakan bandar.
Perubahan ini tidak berlaku sekelip mata; ia didorong oleh sikap budaya yang menekankan kesihatan awam dan mementingkan keselesaan serta menghormati hak mereka yang tidak merokok.
Premis perniagaan menyesuaikan diri dengan menawarkan bilik merokok khas atau ruang untuk pengguna produk HTP dan kempen awam menumpukan pada pendidikan berbanding penguatkuasaan.
Selain peraturan, salah satu solusi yang popular ialah beralih kepada alternatif tembakau bebas asap, seperti produk tembakau yang dipanaskan (HTP) dan tampalan nikotin.
Produk tembakau yang dipanaskan, contohnya, direka untuk mengeluarkan nikotin tanpa pembakaran, sekali gus menghapuskan asap dan mengurangkan bau secara signifikan. Inovasi ini sejajar dengan penekanan budaya Jepun untuk meminimumkan ketidakselesaan kepada orang lain.
Dalam masa yang sama pengurangan asap rokok yang bahaya serta mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan punca penyakit kronik dapat dielakkan.
Dengan mengamalkan alternatif ini, perokok dapat memenuhi keperluan nikotin mereka tanpa mengganggu ruang awam atau mendedahkan bukan perokok kepada asap terpakai.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan, Buruh, dan Kebajikan Jepun, kadar merokok dalam kalangan dewasa menurun daripada 32% pada tahun 2000 kepada hanya 17% pada tahun 2020 (sumber).
Penurunan ini mencerminkan kesediaan kolektif untuk menyesuaikan tabiat peribadi demi kebaikan bersama, suatu ciri utama nilai budaya Jepun.
Pada tahun 2000, kira-kira 50 peratus lelaki dan 33 peratus daripada semua orang dewasa di Jepun menghisap rokok. Sepuluh tahun kemudian, penurunan jualan rokok Jepun masih jauh di belakang negara yang setanding.
Tetapi pada tahun 2015, sesuatu berubah. Penjualan rokok mula merosot lima kali lebih cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya – selari dengan pengenalan produk HTP seperti IQOS.
Dalam temu bual ekskusif MASKULIN bersama Presiden Asia Timur, Australia & Bebas Cukai PMI, Vassilis Gkatzelis di acara IQOS Together X Sensorium , Tokyo baru-baru ini, beliau berkongsi bagaimana dalam tempoh kurang 10 tahun pengguna rokok di Japan menurun dengan mendadak.
“Berdasarkan data tahun 2014 dari kementerian kesihatan Jepun pengguna rokok di Jepun adalah 20 peratus orang dewasa. Dari data terbaru, mereka dapati pengguna dewasa yang mengambil rokok turun sebanyak 10 peratus.
“Selain Jepun kita boleh lihat New Zealand pad tahun tahun 2018 di mana kerajaan mereka galakkan perokok yang tidak boleh berhenti untuk bertukar kepada produk bebas asap.
“Sweden di Eropah juga boleh dilihat telah mencipta kisah sukses lebih kurang sama seperti Jepun dengan penurunan pengguna rokok,” tambahnya lagi.
Budaya disiplin dan pertimbangan Jepun menawarkan pengajaran berharga untuk individu dan masyarakat di seluruh dunia.
Dari berbaris dengan teratur hingga kempen bebas asap rokok yang berjaya, amalan ini menggambarkan kekuatan usaha kolektif dan rasa hormat bersama.
Mengamalkan nilai-nilai ini boleh membawa kepada bukan sahaja komuniti yang harmoni tetapi juga kemajuan yang signifikan dalam kesihatan awam dan kelestarian.
Dengan belajar daripada Jepun, kita dapat berusaha mencipta persekitaran di mana disiplin dan pertimbangan berkembang, membuka jalan untuk dunia yang lebih prihatin dan penuh hormat.
Jika Jepun mampu melakukan transformasi serta anjakan paradigma kepada sesuatu yang baik, kenapa tidak dengan Malaysia? Mungkin suatu hari nanti budaya disiplin menjaga keharmonia dan kesihatan awam ini mampu menjadikan Malaysia lebih baik dan bebas asap!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saat mendapat tahu diri sudah berbadan dua merupakan momen paling magis dalam kitar hidup wanita. Maka sempurnalah seorang wanita jika mampu untuk melahirkan zuriat buat keturunannya. Namun, dalam keriangan melahirkan anak dan persediaan menyambut ahli baru dalam keluarga, timbul pula pelbagai kerenah angkara gejolak emosi yang menghantui wanita hamil. Haaa, si suami pula, sudahkan anda bersedia menghadapi ragam si isteri ‘bunting’?
1) ‘MOOD SWINGS’
Ini bahaya!. Kerenah ini sudah biasa. Pada awal kehamilan mahu pun trismeter kedua (masuk bulan keempat/kelima kandungan), emosi dan perasaan wanita bercampur baur. Cemas, risau serta marah menyelubungi pemikiran mereka, risaukan akan keadaannya yang sarat.
Bukan itu sahaja, sudah nama pun mengandung pasti ia memberi kesan pada fizikal luaran secara keseluruhan. Tidak ramai wanita yang gemar keadaan tubuhnya saat hamil, merasakan diri tidak lagi menawan seperti dulu.
Hah!, jangan anda terkejut nafsu wanita hamil dikatakan membuak-buak ketika sarat mengandung akibat peningkatan hormon. Selain itu, bahagian-bahagian tubuh wanita mengandung akan menjadi lebih sensitif jika disentuh dan boleh menimbulkan sensasi seksual yang lebih nikmat.
3) IDAM YANG PELIK-PELIK
Ini sudah pasti. Lebih dikenali sebagai pregnancy craving, wanita hamil kebiasaannya akan mengidamkan sesuatu (sama ada makanan mahupun bauan). Jika permintaan ini tidak dapat dipenuhi, kebiasaannya wanita hamil akan murung dan sedikit sebanyak memberi kesan dalam kandungan. Oleh itu, si suami perlu bersedia memenuhi apa jua permintaannya. Namun biarlah berpada-pada ya.
1) Mood swings berlaku akibat kondisi ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesterone yang berlaku di tahap neurotransmitters (penghantaran bahan kimia ke otak). Ini akan menyebabkan si dia cepat marah dan emosi sukar dikawal.
2) Perubahan hormon yang meningkat menyebabkan wanita menjadi lebih ghairah dan memiliki hasrat seksual yang lebih. Kebiasaannya berlaku di tiga bulan terakhir kandungan.
3) Saintis percaya ‘mengidam’ berlaku akibat perubahan hormon yang sekali gus meningkatkan kepekaan deria bau yang berkait rapat dengan deria rasa.
4) Kajian daripada Parents.Com, 43% wanita hamil yang vegetarian (hanya makan sayur-sayuran) secara tiba-tiba sahaja mengidam untuk makan daging. Pelik bukan tapi benar!.
TIP BERHADAPAN RAGAM WANITA HAMIL
1) Sabar. Ini resipi kebahagiaan utama dalam rumah tangga. Ingatlah, isteri anda tanggungjawab anda. Bersabarlah dalam melayani kerenahnya. Lagi pun, anak anda juga yang dikandungkan.
2) Fikirkan masa depan anda sekeluarga. Ambil masa dan gambarkan suasana bila sudah ada anak nanti. Pastinya akan lebih bersikap terbuka menuntut apa jua permintaannya.
3) Bijak bahagikan tuntutan kerja dan isteri. Jangan campuradukkan masalah di tempat kerja dan hal berkaitan isteri anda.
4) Banyakkan menuntut. Maksudnya tuntutlah ilmu atau nasihat daripada kawan atau keluarga yang makan garam dulu daripada anda.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.