Salam takziah buat famili besar Ashraf Sinclair atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair terutamanya kepada isterinya yang tercinta, Bunga Citra Lestari.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian mengejut aktor yang berusia 40 tahun akibat serangan jantung awal pagi tadi di Jakarta, Indonesia.
Memetik laporan Kompas Indonesia, kematian aktor yang pernah popular menerusi filem ‘Gol & Gincu’ tersebut isahkan oleh pengurus Bunga Cita Lestari, Doddy.
Ads
Allahyarham Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Noah Sinclair.
Aktor yang kemudian turut mencipta nama di Indonesia dalam bidang lakonan sejak tahun 2008 itu juga merupakan abang kepada aktres dan hos, Aishah Jennifer dan suami kepada Yuna, Adam Sinclair. Beliau juga merupakan Naib Juara pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997.
Ads
Sejurus berita sedih ini diuar-uarkan ribuan netizen sama ada dari Malaysia dan Indonesia membanjiri komen foto terkahir Ashraf di akauan Instagramnya.
Tidak ketinggalan selebriti terkenal yang turut berduka dan menyampaikan ucapan takziah di hantaran komen foto tersebut. Antara yang paling menarik perhatian ialah dari Laudya Cynthia Bella, Dian Sastrowordoyo, Luna Maya, Neelofa, Nora Danish, Yasmin Hani, Hunny Mady dan ramai lagi.
Ads
Al fatihah…
Foto kredit: Instagram Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ahmad Afif Amran tidak boleh ketinggalan jauh kepada Kasma Daniel Kasmayuddin seandainya mahu kekal dalam pemburuan gelaran keseluruhan kelas CP150 pada saingan pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jasin, Melaka, pada 5 dan 6 Ogos ini.
Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu berada di tangga teratas selepas perlumbaan pusingan keempat di Teluk Intan dengan kelebihan satu mata namun penamat di tempat ketiga sewaktu perlumbaan lepas di Selangor meletakkan Afif jatuh ke tangga kedua keseluruhan dengan 67 mata, lapan mata ketinggalan kepada Kasma di tangga teratas dengan 75 mata.
Jelas Afif, menamatkan perlawanan dengan kedudukan terbaik amat penting buat masa ini untuk memastikan kekal dalam buruan gelaran.
“Tidak boleh berada jauh di belakang Kasma kalau mahu kekal bersaing. Saya cuba untuk mendapat penamat lebih baik sewaktu di Serdang tetapi gagal, mujur dapat menaiki podium dan tidak keciciran mata terlalu jauh.
“Saingan di Melaka minggu ini juga saya perlu kompetitif. Litar baru tidak memberi banyak kelebihan kepada sesiapa, tetapi pasukan mana yang memiliki jentera lebih baik dan cepat menyesuaikan diri dengan litar sudah tentu akan mempunyai kelebihan.”
“Saya perlu mencari peluang untuk menewaskan kasma, tetapi bukan mudah kerana semua tahu yang dia memang laju. Tambahan pula bentuk litar ini memberi kelebihan kepada pelumba dan jentera yang laju,” katanya.
Ada sesetengah peminat dikatakan akan menjadi terlalu obses dan fanatik sehingga sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit untuk memenuhi nafsu K-Pop mereka dengan menghadiri konsert, pergi ke fan meeting untuk bertemu selebriti, pembelian cenderamata dan menaja makanan atau hadiah kepada selebriti kegemaran. Bagi peminat drama Korea (K-drama) khususnya, ramai peminat yang mengaku menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti menonton. Ada yang menonton sepanjang malam sehingga tidak cukup tidur. Persoalannya, mengapa? Mari kita kupas apakah antara alasan mereka terlalu asyik dengan K-drama.
Walaupun ramai yang mempertikaikan keaslian wajah pelakon Korea kerana dikatakan melakukan pembedahan plastik, namun tidak dinafikan masih ramai lagi aktor dan aktres yang memiliki wajah natural dan menarik sejak kecil. Rupa paras yang tampan dan jelita, tubuh badan tinggi lampai yang dijaga rapi serta kulit mulus inilah yang membuatkan ramai peminat tertarik untuk menonton drama mereka.
Terdapat lambakan website yang boleh dilawati untuk menonton atau memuatturun K-drama. Hanya Google “tonton drama Korea” atau “watch Korean drama” dan anda boleh dapati ratusan laman web yang boleh menjadi pilihan. Drama-drama terbaru yang disertakan dengan sari kata bahasa Inggeris dimuatnaik dalam masa selang beberapa jam sahaja dari waktu tayangan di Korea. Manakala peminat dari negara yang tidak fasih berbahasa Inggeris juga boleh memilih sari kata pilihan mereka seperti bahasa Russia, Thai ataupun Arab.
Kebanyakan K-drama ditayangkan dalam 16-20 episod. Namun terdapat juga sesetengah drama yang lebih panjang melebihi 50 episod. Selain itu, syarikat produksi juga gemar merakam drama mini dan web drama yang mengandungi kurang dari 10 episod.
Ada yang mengatakan mereka tidak gemar menonton drama Melayu kerana genre yang selalu berulang-ulang. “Balik-balik cerita Suamiku, Boyfriendku, Abang Bomba, Abang Pilot,” kata mereka. Sekiranya anda menonton drama Korea, anda akan dapati genre yang diolah adalah agak menyeluruh dan merangkumi semua jenis plot. Ada drama cinta komedi, aksi, jenayah, remaja, kekeluargaan, melodrama, sains fiksyen, fantasi dan banyak lagi variasi.
Drama Korea sering memaparkan emosi yang betul-betul berjaya memukau perasaan penonton. Kisah sedih dalam drama mampu mengalirkan air mata sesiapa saja yang menonton. Begitu juga dengan drama genre komedi yang boleh diikuti dengan gelak dan hilai tawa. Para penonton kerap bergelut dengan emosi benci, sedih, menyampah, geram, gembira dan keliru ketika menonton drama Korea. Keserasian antara semua pelakon pula membuatkan jalan cerita menjadi lebih mantap dan salah satu faktor yang menjayakan sesebuah drama.
Pelakon Korea rata-rata mempunyai ijazah dari universiti terkemuka di Korea dalam bidang seni. Ini bermakna mereka sememangnya ideal untuk berada di kaca TV dan mampu menjiwai watak dengan baik kerana telah mendapat pendedahan secara rasmi dari awal. Mereka juga akan melakukan kajian intensif selama beberapa bulan sebelum melakonkan sesuatu watak. Jadi, boleh dikatakan jarang kita dengar istilah ‘pelakon kayu’ dalam industri perfileman Korea.
Drama Korea tanpa runut bunyi ataupun original sound track (OST) sememangnya akan terasa tidak bermakna. Lagu-lagu Korea kebanyakannya digubah dengan baik dan berpadanan dengan jalan cerita. Apatah lagi jika penyanyi yang membawa lagu tersebut merupakan artis popular dengan vokal yang padu. Semestinya akan menjadi hit! Sampai Shila Amzah pun buat cover OST drama Korea! Sedap sangat :’D
Makanan Korea semestinya semakin digemari ramai. Kimchi, bibimbap, bulgogi dan banyak lagi juadah lain kian mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. Dalam drama Korea, banyak dipaparkan adegan makan hidangan tradisi Korea hingga boleh mengecurkan air liur si penonton. Tapi selalunya tengok pelakon makan mi segera pun dah nampak sangat sedap dan boleh buat kita terus lapar!
Anda dapat perhatikan budaya masyarakat Korea menerusi drama-dramanya. Adab sopan-santun, gerak badan dan cara pertuturan dapat dilihat dalam kehidupan seharian mereka. Rakyat Korea, seperti rakyat Jepun, amat menitikberatkan adab dengan orang yang lebih tua dan ungkapan “terima kasih” tidak pernah lekang dari mulut mereka.
Skrip drama Korea selalu menyelitkan istilah atau frasa yang diulang-ulang sama seperti dalam kehidupan seharian masyarakat Korea. Ada juga rakyat Malaysia yang sudah terbiasa menggunakan istilah-istilah seperti “oppa”, “daebak” dan “aigoo” apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling. Menagihkan, kata mereka.
Tanpa perlu mempelajari peta dunia dan membaca ensiklopedia, penonton K-drama boleh mengetahui tentang tempat-tempat bersejarah dan menarik di Korea. Tempat-tempat seperti Namsan Tower, Gyeongbokgung dan Hangang sering menjadi lokasi penggambaran pilihan produksi dan biasa disebut dalam skrip drama. Secara tidak langsung mereka berjaya mempromosikan negara ke seluruh dunia. Bagus kan?
Drama sageuk merupakan drama-drama bersejarah yang memaparkan susur-galur dan hikayat kisah silam Korea pada zaman dahulu. Walaupun bunyi unsur sejarah itu pada dasarnya seperti membosankan, tetapi sebenarnya drama sageuk yang ditayangkan adalah sangat menarik. Jalan cerita, pakaian, latar belakang, penggunaan bahasa dan elemen lain yang digunakan adalah sangat believable. Tak mengantuk pun!
Drama Korea kebanyakannya adalah general-rated dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Jika dibandingkan dengan drama dari Barat, Jepun atau China, drama Korea jarang sekali mengandungi kata-kata kesat, mencarut atau memaparkan adegan lucah dan ganas yang ekstrem.
Penggemar fesyen pasti menyukai drama Korea kerana para pelakon sentiasa tampil bergaya dengan fesyen terbaru. Adakalanya fesyen yang dipakai diambil terus dari pentas peragaan jenama-jenama terkemuka. Aksesori yang dipadankan pun tak kurang hebatnya.
Drama Korea sering memperlihatkan unsur pengajaran dalam penceritaannya, sama ada secara terang-terangan atau yang memerlukan tafsiran penonton.
Walau bagaimanapun, pepatah ada mengatakan, “Kisah yang baik dijadikan teladan dan yang buruk wajib dijadikan sempadan.” Kita sebagai penonton harus pandai menilai sendiri yang mana baik dan yang mana tidak baik. Jadi, kalau nak tonton cerita apa-apa sekalipun, tontonlah dengan langkah beringat.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang lelaki warga emas, Chan Weng Poh, akhirnya menerima status kewarganegaraan Malaysia selepas hampir tujuh dekad menetap di negara ini.
Pada usia 83 tahun, beliau akhirnya memegang MyKad biru yang menjadi simbol rasmi sebagai rakyat Malaysia.
Kad itu diterima dalam satu majlis sempena Program Kewarganegaraan Pulau Pinang yang berlangsung di George Town pada 7 September lalu, sebuah detik bersejarah yang menutup penantian panjangnya.
Chan pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Pinang pada tahun 1957, ketika usianya baru 15 tahun.
Perjalanan dari tanah kelahirannya di China bukanlah sesuatu yang mudah beliau menempuh pelayaran laut selama seminggu penuh menaiki kapal, berbekalkan semangat dan harapan untuk mencari kehidupan baharu.
Selama ini, Chan hanya memegang MyKad merah sebagai pemastautin tetap.
Status tersebut menyebabkan beliau tidak layak menerima sebarang bantuan kerajaan, sesuatu yang membuatkannya sering berasa dipinggirkan.
“Sekarang saya akhirnya rasa sama rata, malah sudah terima bantuan SARA daripada kerajaan,” katanya dengan penuh syukur.
Chan sebelum ini berasa tawar hati kerana ada kenalannya dari Singapura yang tidak pernah berjaya mendapat kewarganegaraan walaupun sudah lama memohon.
Namun, gesaan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa tahun lalu membuatkannya kembali mencuba.
Kini menetap di Jalan Dato Keramat, George Town, Chan begitu teruja kerana buat pertama kali dalam hidupnya, beliau akan dapat mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau tidak pernah merasa pengalaman demokrasi itu sebelum ini.
Chan menjalankan perniagaan pakaian dan sudah lama melayani pelanggan pelbagai bangsa, terutamanya orang Melayu.
Pengalaman itu membuatkannya fasih berbahasa kebangsaan.
Selain mengundi, Chan juga menantikan pengalaman melancong ke luar negara dengan pasport Malaysia.
Katanya, dahulu setiap kali mahu ke China untuk melawat saudara-mara, beliau perlu memohon pas khas sesuatu yang agak menyusahkan.
Dalam majlis sama, seramai 13 individu turut menerima MyKad baharu.
Sejak diperkenalkan pada 2013, Program Kewarganegaraan Pulau Pinang telah memproses 3,504 permohonan, dengan 579 diluluskan setakat ini.