Seorang lelaki warga emas, Chan Weng Poh, akhirnya menerima status kewarganegaraan Malaysia selepas hampir tujuh dekad menetap di negara ini.
Pada usia 83 tahun, beliau akhirnya memegang MyKad biru yang menjadi simbol rasmi sebagai rakyat Malaysia.
Kad itu diterima dalam satu majlis sempena Program Kewarganegaraan Pulau Pinang yang berlangsung di George Town pada 7 September lalu, sebuah detik bersejarah yang menutup penantian panjangnya.
Chan pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Pinang pada tahun 1957, ketika usianya baru 15 tahun.
Perjalanan dari tanah kelahirannya di China bukanlah sesuatu yang mudah beliau menempuh pelayaran laut selama seminggu penuh menaiki kapal, berbekalkan semangat dan harapan untuk mencari kehidupan baharu.
Foto : Facebook Aun Chuan
Hidup Sebagai Pemegang Kad Merah
Selama ini, Chan hanya memegang MyKad merah sebagai pemastautin tetap.
Status tersebut menyebabkan beliau tidak layak menerima sebarang bantuan kerajaan, sesuatu yang membuatkannya sering berasa dipinggirkan.
“Sekarang saya akhirnya rasa sama rata, malah sudah terima bantuan SARA daripada kerajaan,” katanya dengan penuh syukur.
Ads
Chan sebelum ini berasa tawar hati kerana ada kenalannya dari Singapura yang tidak pernah berjaya mendapat kewarganegaraan walaupun sudah lama memohon.
Namun, gesaan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa tahun lalu membuatkannya kembali mencuba.
Foto : Facebook Aun Chuan
Teruja Untuk Mengundi
Kini menetap di Jalan Dato Keramat, George Town, Chan begitu teruja kerana buat pertama kali dalam hidupnya, beliau akan dapat mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau tidak pernah merasa pengalaman demokrasi itu sebelum ini.
Chan menjalankan perniagaan pakaian dan sudah lama melayani pelanggan pelbagai bangsa, terutamanya orang Melayu.
Ads
Pengalaman itu membuatkannya fasih berbahasa kebangsaan.
Harapan Baharu Dengan Pasport Malaysia
Selain mengundi, Chan juga menantikan pengalaman melancong ke luar negara dengan pasport Malaysia.
Foto : Facebook Aun Chuan
Katanya, dahulu setiap kali mahu ke China untuk melawat saudara-mara, beliau perlu memohon pas khas sesuatu yang agak menyusahkan.
Dalam majlis sama, seramai 13 individu turut menerima MyKad baharu.
Sejak diperkenalkan pada 2013, Program Kewarganegaraan Pulau Pinang telah memproses 3,504 permohonan, dengan 579 diluluskan setakat ini.
Kumpulan rock terkenal Amerika, Mr. Big akan membuat persembahan dalam jelajah akhir mereka ke seluruh dunia yang dinamakan “The BIG Finish“. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini terkenal dengan lagu-lagu hits “To Be With You“, “Just Take My Heart” dan “Wild World“. Mereka telah memulakan jelajah mereka pada 20 Julai lalu, dengan Jepun sebagai destinasi pertama.
Dibawakan oleh Shiraz Projects, Mr. Big akan tampil beraksi di Kuala Lumpur pada 14 Ogos 2023, sebagai persinggahan terakhir dalam rangkaian Asia “The BIG Finish” mereka.
“Dengan durasi lebih 35 tahun dalam industri muzik dan pelbagai hits, kami teruja untuk membawa Mr. Big yang merupakan kumpulan legenda ke Kuala Lumpur dalam jelajah istimewa ini”, kata Shirazdeen Karim selaku pengarah Shiraz Projects. Kumpulan itu akan membuat persembahan di Zepp KL, sebuah lokasi strategik tengah kotaraya.
Mr. Big terdiri daripada vokalis utama Eric Martin, pemain bass/vokalis Billy Sheehan dan pemain gitar/vokalis Paul Gilbert. Turut menyertai mereka dalam jelajah ini adalah pemain dram, Nick D’VIrgilio, mengantikan pemain dram/vokalis Pat Torpey yang meninggal dunia pada 2018.
Termasuk dalam senarai lagu konsert The BIG Finish ini kelak adalah lagu-lagu dari album yang meraih penjualan platinum iaitu album yang dihasilkan pada tahun 1991, Lean Into It.
“Kami akan mempersembahkan album Lean Into It secara keseluruhan, termasuk hit No. 1 kami, “To Be With You”, kata mereka menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.
Terkenal kerana menggabungkan pelbagai gaya seperti hard rock dan pop, Mr. Big sangat tidak sabar untuk bermain untuk peminat mereka buat kali terakhir.
Tiket telah mula dijual pada 11 Mei 2023 lalu di platform tiket www.myticket.asia dengan harga bermula RM258 hingga RM700. Untuk berita terkini dan kemas kini tentang konsert ini, sila lawati platform media sosial Shiraz Projects.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali lantang bersuara mengenai trend sesetengah influencer dan selebriti yang menggunakan sukan muay thai sebagai strategi pemasaran murah.
Dalam sebuah video TikTok yang dikongsikan semula oleh akaun jomexpose, Johan menegur sikap mereka yang hanya berlatih dua ke tiga minggu tetapi terus mahu naik gelanggang, seolah-olah sukan ini sekadar konten semata-mata.
Johan secara terbuka meluahkan rasa kecewanya terhadap fenomena celebrity fight yang semakin menjadi trend.
Menurutnya, ramai hanya “acah jadi fighter” selepas melalui sesi latihan singkat, sebelum terus membuat perlawanan yang dijadikan bahan tontonan dan pemasaran.
“Ok lah, korang nak gaduh, nak acah jadi fighter, suka hati kau lah. Tapi bila masuk sekolah muay thai, tolonglah jaga etika dan adab. Jangan bawa perangai bangang korang dekat sini,” katanya.
Selain menegur influencer, Johan juga menyasarkan tegurannya kepada penganjur acara.
Beliau menyifatkan sebahagian besar event organiser masa kini tidak menjaga profesionalisme, terutama apabila menggunakan muka orang lain di poster promosi tanpa persetujuan.
“Sebelum korang nak buat marketing bangang korang tu, pakailah otak dulu. Make sure semuanya black and white. Jangan suka hati guna muka orang atas poster sana sini,” tambah Johan.
Bagi Johan, trend seperti ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan sukan muay thai di Malaysia.
Walaupun beliau mengakui penglibatan influencer mampu membantu dari segi publisiti, namun keterlaluan dan sikap sambil lewa hanya akan merosakkan reputasi serta nilai seni muay thai itu sendiri.
“Ok lah sekali dua fight macam ni, kita boleh faham. Tapi bila dah melampau, bila influencer dan organiser bawa perangai bangang ni dalam sukan, dia merosakkan sukan tau. Kita berusaha banyak untuk naikkan muay thai, janganlah hancurkan,” tegasnya.
PELUMBA SIC Racing Team, Adam Norrodin tidak gusar dengan catatan masa ke 15 terpantas yang diraihnyanya pada seisi kelayakan Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Bakal memulakan perlumbaan dipetak ke 15, Adam mencatatkan masa 2 minit 13.847 saat namun pelumba kelahiran Parit Raja, Batu Pahat Johor ini tekad melakukan yang terbaik pada perlumbaan esok.
“Saya masih dalam perlumbaan dan hari ini adalah penentu untuk Moto3 ini, jarak dengan pelumba didepan tidaklah jauh sangat, saya yakin masih ada ruang untuk terus ke hadapan.
“Keadaan motosikal juga berada dalam keadaan terbaik jadi tidak mustahil untuk saya memberikan saingan kepada pelumba dihadapan,” katanya yang bersedia untuk perlumbaan penting esok.
Mengulas sasaran dan tekanan yang bakal dirasai beraksi dilaman sendiri, pelumba Petronas Sprinta ini mengakui akan tekanan namun mengambil pendekatan positif dengan menganggap ia motivasi.
“Bagi pelumba, apabila beraksi dilaman sendiri pasti ada tekanan, ia normal. Melihat sokongan padu dari ahli keluarga dan rakan akan menaikkan motivasi dan semangat untuk melakukan yang terbaik.
“Sudah pasti saya ingin menamatkan perlumbaan dikedudukan 10 terbaik dan doakan kejayaan saya,” ujarnya yang menghargai sokongan peminat Malaysia terhadapnya.
Musim lalu di Litar Antarabangsa Sepang, Adam gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dengan perlanggaran ketika perlumbaan dipusingan pertama.
Catatan Seisi Kelayakan Masa Terpantas Moto3
1 – Joan Mir ( Leopard Racing / 2’12.078 saat)
2- Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3 / 2’12.457 saat)
3- John Mcphee (British Talent Team / 2’12.816 saat)