Bermula minggu lalu Samsung Malaysia Electronics telah memasuki era baharu dalam pengenalan peranti boleh lipat dengan mengetengahkan dua model terbarunya, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.

Pengenalan secara rasmi di Malaysia telah dipersembahkan menerusi sebuah program virtual istimewa yang dibawakan secara eksklusif. Menampilkan dua hos popular iaitu Jin Lim dan Yaya Zahir program virtual tersebut menonjolkan generasi ketiga peranti boleh lipat atau Foldables dari Samsung.

Lebih istimewa ia turut dibawaka bersama beberala selebriti populat serta pereka terkenal berkongsi pengalaman mereka menggunakan peranti ini dalam kondisi berbeza. Selain itu, pengumuman promosi istmewa juga dilakukan oleh Samsung Malaysia yang bakal berlangsung bermula pada September sehinggalah penghujung bulan November.

Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han, “Tahun lalu telah menyaksikan perubahan yang tidak dijangka melanda dunia dan telah meletakkan teknologi sebagai penghubung di antara kita semua serta kegiatan harian.

“Sebagai salah sebuah syarikat peneraju teknologi petanti boleh lipat atau foldable, Samsung percaya pendekatan lebih baharu perlu diperkasakan bagi memberikan pengalaman yang lebih baik dalam membina ekosistem, keterbukaan. felsksibiliti dan juga inovasi peranti pintar,” tambahnya lagi.

IKLAN

PRODUKTIVITI LEBIH KREATIF

Salah satu fokus utama pengenalan siri terbaru ini ialah sifat produktiviti yang lebih baik kepada pengguna. Dengan Menerusi Ga;axy Z Fold3 5G contohnya, mereka memahami kehendak pengguna yang ingin melakukan pelbagai tugasan dengan pantas dalam jangka waktu yang singkat. Inovasi menerusi peranti ini memberi jaminan ia boleh disempurnakan dengan inovasi seperti S Pen.

Selebriti Tanah Air Kongsi  Pengalaman Futuristik Bersama Samsung Galaxy Z Series 5G
Alif Satar

Perkara tersebut turut dikongsi oleh aktor, penyanyi dan pengacara popular tanah air, Alif Satar. “Walaupun bekerja dari rumah, jadual seorang selebriti seperti saya sentiasa padat dengan pelbagai sesi perjumpaan di atas talian untuk prjek mendatang.

“Dengan pelbagai aplikasi teknolog Galaxy Z Fold3 5G, saya dapat melakukan segala tugasan dengan lebih lancar. Ia menjadi pernati on-the go buat saya dalam aktviti seharian.” tamba Alif lagi.

IKLAN

PERSONALITI GAYA

Bagi penyanyi cantik jelita, Daiyan Trisha puila dia lebih cenderung menggunakan Galaxy Z Flip 3 5G yang dilihatnya sebagai sebuah peranti cukup elegan. Sebagai seorag selebriti yang terkenal dengan citarasa gaya dan fesyen, Daiyan sentiasa mahu tampil dengan sesuatu yang lebih menyerlah.

Selebriti Tanah Air Kongsi  Pengalaman Futuristik Bersama Samsung Galaxy Z Series 5G
Daiyan Trisha

“Telefon ini seakan ditakdirkan dicipta untuk saya sebagai penggemar gaya dan festen. Bukan sahaja ringan malah sarat dengan pelbagai fungsi inovatif. Pengalaman berfoto juga lebih menarikd engan Flex Mode yang memberikan kebebasan fotografi pelbagai sudut,” ujar Daiyan.

Manakala bagi Dini Schatzmann pula dia cukup kagum dengan ketahanan yang dibawa oleh kedua-dua peranti ini. Pengalaman menggunakan peranti tidak tahan lasak membuatnya seakan serik. Namum, dengan kedua-dua peranti Samsung baharu ini dia tidak perli berasa was-was apatah lagi dengam binaan rangka disokong Armor Aluminum dan perlindungan skrin Corning Gorilla Glass Victus.

IKLAN
Selebriti Tanah Air Kongsi  Pengalaman Futuristik Bersama Samsung Galaxy Z Series 5G
Dini Schatzmann

Bersempena pelancarannya, Samsung Malaysia Electronics turut menawarkan promosi istimewa bermula 22 September sehingga 30 Oktober 2021. Sebagai contoh setiap pembelian Galaxy Z Fold3 akan menerima e-baucar bernilai RM500 dan 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM799.

Selebriti Tanah Air Kongsi  Pengalaman Futuristik Bersama Samsung Galaxy Z Series 5G

Manakala pembelian Galaxy Z Flip3 pua menerima e-baucar RM350 dan 1 tahun perlindungan Samsung Care + bernilai RM699. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman sesawang rasmi Samsung Malaysia di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=5r9hqcbGFrc

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI