Berdepan cabaran pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang sangat besar kepada umat manusia di seluruh dunia. Selain cabaran berdepan wabak, kesannya terhadap ekonomi juga telah menyaksikan ramai yang kehilangan pekerjaan serta terpaksa menanggung kerugian di dalam perniagaan.

Sejak tahu lalu kita sendiri sudah saksikan betapa ramainya yang terkesan terutamanya golongan lelaki yang bertindak selaku ketua keluarga, suami dan ayah kepada anak-anak. Sebagai tulang bekalang yang bertanggungjawab mencari sesuap nasi untuk sekeluarga memang sepatutnya sambutan Hari Bapa tahun ini membawa signifikasi cukup besar.

Bersempena sambutan Hari Bapa pada 20 Jun 2021, MASKULIN ingin kongsikan beberapa idea hadiah menarik untuk mereka dalam bentuk produk penjagaan diri atau grooming. Buat anda yang membaca artikel ini hargailah lelaki bergelar bapa!

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa idea hadiah menarik untuk mereka. ‘

Dr.Jart+ Cicapair Calming Gel Cream

Seleksi Idea Hadiah Menarik Untuk Lelaki Sempena Hari Bapa 2020

Penjagaan wajah tatkala ‘lockdown’ sangat penting untuk lelaki agar sentiasa tampil sihat dan bergaya. Dr.Jart+ Cicapair Calming Gel Cream cukup ideal untuk lelaki memiliki kulit wajah berminyak atau lasak. Mampu memulihkan kulit yang terjejas akibat aktiviti luaran dan melembabkan kulit wajah.

IKLAN

Drunk Elephant Protini Powerpeptide Resurf Serum

Seleksi Idea Hadiah Menarik Untuk Lelaki Sempena Hari Bapa 2020

Produk yang mampu menguatkan pemukaan kulit wajah dengan sumber protein. Drunk Elephant Protini Powerpeptide Resurf Serum bertindak sebagai ejen yang sentiasa menjaga serta menguatkan kesihatan kulit wajah. Sesuai buat lelaki yang sangat aktif dalam kerja hariannya.

This Works Sleep Plus + Pillow Spray

Seleksi Idea Hadiah Menarik Untuk Lelaki Sempena Hari Bapa 2020

IKLAN

Berikan mereka masa untuk berehat dan tidur dengan berkualiti. This Works Sleep Plus + Pillow Spray mempunyai ramuan yang mampu memberikan kualiti tidur yang lebih baik. Direka untuk semburan terus ke bahagian linen tilam, tidur pasti lebih nyenyak.

CK ETERNITY Cologne for Him

Seleksi Idea Hadiah Menarik Untuk Lelaki Sempena Hari Bapa 2020

Di antara hadiah paling bermanfaat dan cukup digemari lelaki ialah minyak wangi. Dan buat lelaki lasak CK ETERNITY Cologne for Him merupakan antara minyak wangi yang sesuai untuk mereka. Hadir dengan aroma bauan segar ia pasti memberikan keyakinan buat pemakainya.

IKLAN

Mr. Burberry Indigo EDT

Seleksi Idea Hadiah Menarik Untuk Lelaki Sempena Hari Bapa 2020

Untuk lelaki bergelar bapa yang sukakan jenis minyak wangi dari elemen bauan kayu dan citrus, Mr. Burberry Indigo EDT merupakan pilihan terbaik buat mereka.

BOSS Bottled Eau de Parfum

Seleksi Idea Hadiah Menarik Untuk Lelaki Sempena Hari Bapa 2020

Jenama yang cukup sinonim dengan minyak wangi untuk lelaki.Terbaru BOSS memperkenalkan BOSS Bottled Eau de Parfum. Dengan bau yang lebih sofistikated, moden dan seimbang untuk sebarang majlis, ia cukup sesuai untuk lelaki yang konvensional.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI