Setiap tahun terutamanya bila tiba di penghujung bulan Ramadan, antara perkara yang ditunggu-tunggu ialah iklan Raya.
Jika suatu ketika dahulu iklan-iklan Raya hanya ditonton di televsieyn. Namun kini platformnya telah lebih terarah kepada laman media sosial.
Saban tahun kita pasti teruja menantikan iklan Raya yang manakah paling menyentuh hati atau membuatkan kita tertawa. Tetapi ketibaan bulan Syawal pada tahun ini benar-benar dirasai perbezaan. Penularan wabak COVID-19 menjadi punca.
Bagi yang merantau tahun ini sudah pasti tidak dapat beraya dikampung bersama ibu bapa dan keluarga tercinta. Mungkin iklan-iklan Raya yang dapat dengan pelbagai konsep dan jalan cerita menarik ini boleh menjadi pengubat jiwa.
Jom saksikan beberapa iklan Raya yang menarik pilihan MASKULIN!
VIVO MALAYSIA
RHB GROUP
Ads
HUAWEI MALAYSIA
MUSLIMSG
Ads
TNB MALAYSIA
MAXIS
Ads
TESCO MALAYSIA
PERODUA
DIGI
PETRONAS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TUBUH BADAN KITA MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA
Biarpun dalam keadaan normal dan sihat, tubuh kita akan terus mendetoks kesemua benda yang terdedah kepada toksin bagi memastikan ianya kekal bersih. Tubuh kita boleh mendetoks dengan sendirinya. Badan kita telah dilengkapkan dengan organ yang membantu untuk proses detoks.
Organ ini termasuklah hati, usus (termasuk kolon), buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa, dan kelenjar peluh. Organ ini berfungsi membersihkan tubuh kita, atau menyahtoksin bagi memastikan kita kekal sihat. Malahan kulit kita menghasilkan toksin melalui peluh.
DIANTARA SISTEM TUBUH YANG TERLIBAT DALAM PROSES DETOX
PARU-PARU – membuang berbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah kita.
SISTEM LIMPA – beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksintoksin yang lain dari tubuh kita. Malah kulit anda juga menyahtoksin melalui kelenjar peluh.
BUAH PINGGANG – membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh kita melalui pundi kencing.
SISTEM PENGHADAMAN – meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang lain yang mungkin kita tidak sedar, manakala usus pula akan menyalur keluar segala sisa dari tubuh kita setiap kali kita melakukan proses pembuangan.
ORGAN DALAMAN TUBUH MANUSIA SEPERTI HATI, USUS, GINJAL, PARU-PARU, KULIT, DARAH DAN SISTEM LIMFA SECARA SEMULA JADI BEKERJASAMA UNTUK MEMASTIKAN RACUN KIMIA DIUBAH MENJADI BAHAN YANG KURANG BERBAHAYA UNTUK DISINGKIRKAN DARI TUBUH.
Bahan toksin dalam tubuh secara semula jadi dikeluarkan melalui peluh, air kencing atau najis sebagai satu cara detoksifikasi atau mengeluarkan bahan buangan dan racun dari dalam tubuh. Bagi memudahkan proses detoksifikasi ini, kita boleh membantu tubuh dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sihat yang kaya kandungan antioksida.
TERDAPAT PELBAGAI JENIS BAHAN YANG KAYA DENGAN KHASIAT DAN ANTIOKSIDA SEMULA JADI YANG JARANG DIKETAHUI RAMAI. MALAH, ADA ANTARA KITA HANYA MENGAMALKANNYA TANPA MENGETAHUI NUTRIEN PENTING YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA AMAT BAIK UNTUK PROSES DETOKSIFIKASI.
Berikut antara buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksida yang mampu menyingkirkan bahan berbahaya dari tubuh dan pastinya membantu penghadaman lebih sempurna.
BAWANG PUTIH
Kandungan sulfur dalam bawang putih menjadikan salah satu kegunaan dapur ini bahan detoks yang mengagumkan. Bawang juga memiliki sifat antibiotik sehingga boleh membantu menyembuhkan dalaman tubuh. Selain itu, antioksida dalam bawang juga melindungi ginjal daripada kesan racun akibat pengambilan ubatan.
LIMAU
Buah ini membantu membersihkan sistem pencernaan dan mencegah batu ginjal berkembang. Limau juga rendah gula semula jadi dan kalori menjadikannya amat baik untuk diet.
Kajian juga menunjukkan kulit limau kaya dengan flavanoid. Flavanoid adalah antioksida kuat yang membantu mengurangkan radang, memperbaiki jaringan yang rosak dan melindungi hati.
AVOKADO
Kandungan antioksida iaitu daripada jenis gluta pada buah ini berfungsi menyingkirkan racun bahaya dari tubuh. Dengan mengurangkan bahan kimia dan racun dari dalam tubuh, anda rasa lebih sihat dan segar.
LEMON
Jus lemon sememangnya diketahui kaya vitamin dan antioksida yang membantu melindungi hati dan melarutkan bahan kimia dari dalam tubuh. Pengambilan lemon secara teratur dapat meningkatkan kesihatan.
UBI BIT
Makanan berkarbohidrat daripada jenis ubi ini kaya betaine dan pektin yang membantu melindungi hati dan sistem pencernaan.
BROKOLI
Brokoli juga kaya dengan kandungan antioksida. Selain itu, brokoli tinggi kandungan enzim yang membantu melancarkan sistem pencernaan. Brokoli mentah lebih disarankan untuk diambil kerana nutrisi yang tinggi di dalamnya.
KUBIS
Kubis mengandungi sulfur yang penting untuk mengurai bahan kimia dari dalam tubuh seperti racun serangga hingga ubat yang diambil ketika sakit.
BIJI BUNGA MATAHARI
Bahan ini kaya dengan vitamin E dan ia tergolong antara herba yang efektif membersihkan hati. Biji bunga matahari atau biasa disebut kuaci juga boleh menyingkirkan racun berbahaya yang berada di dalam tubuh.
Biji bunga matahari juga membantu mengawal paras kolesterol agar sentiasa rendah. Kuaci kaya dengan asid linoleat yang membantu mengurangkan pembentukan plak dalam otot dan saraf sehingga mempermudahkan aliran darah ke arteri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberapa hari lalu telah tular di laman media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang ahli politik mengedarkan bantuan makanan dalam bentuk seekor ikan kepada setiap rumah yang dikunjungi.
Apa yang hangat diperkatakan oleh warganet yang sesetengahnya berasa kurang senang kerana ikan yang diberikan itu adalah bantuan barang basah tanpa sebarang bekas atau plastik.
Malah ada yang mengatakan tindakan seperti itu seolah-olah kurang sopan dan menghina penerima bantuan. Selain itu, ada juga warganet yang membangkitkan soal kebersihan kerana pemberian barang basah seperti ikan mentah seperti itu tanpa ditutup bekas atau bungkusan yang elok.
Melihatkan situasi ini MASKULIN tertarik untuk berkongsi tentang adab dalam memberi sedekah. Pertama sekali MASKULIN memuji tindakan ahli politik itu kerana sekurang-kurangnya dia cakna dalam membantu orang ramai pada bulan Ramadan. Mungkin caranya sahaja sedikit tidak kena dan tidak disenangi oleh ramai.
Topik beradab dalam memberi sedekah ini pernah diulas oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid suatu ketika dahulu di laman Facebook kendaliannya yang kemudian turut dipaparkan di Sinarplus Sinar Harian.
Berikut 10 adab bersedekah yang perlu kita ambil tahu.
1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).
2. Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana ALLAH dan demi mendapatkan keredaan-NYA. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.
3. Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-KU dengan sesuatu yang lebih AKU sukai daripada apa – apa yang aku telah AKU wajibkan keatasnya..” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.
5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman ALLAH yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan ALLAH dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah ayat 60)
6. Bersedekah dengan harta yang halal – Ia adalah antara sebab sedekah tersebut diterima oleh ALLAH dan membuahkan hasil yang lebih banyak.
7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya. Sebagaimana firman ALLAH “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah ayat 264)
8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat ALLAH SWT ke atas dirinya kerana ALLAH memberikan rezeki yang lebih.
9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10. Jangan buruk siku – Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Hadis Riwayat Muslim).
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan juga follow TikTok MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sama ada anda seorang peminat bola sepak atau tidaj, nama Lionel Messi pastinya sudah tidak asing lagi. Messi merupakan pemain legenda yang mencipta deretan kejuaraan bersama pasukan kelab Barcelona serta kapten pasukan kebangsaan Argentina.
Nama Messi seakan tidak dapat dipisahkan daripada betapa sinonimnya dia bersama Barcelona. Pemain yang dianggap sebagai terbaik dalam era bola sepak moden tersebut bagaimanapun mengejutkan ramai peminat bola sepak selepas mengumumkan dia sudah tidak lagi bersama Barcelona.
Berdepan dengan pelbagai kecelaruan yang tidak dapat dielakkan di antara kelabnya menyaskikan Messi terpaksa membawa diri berhijrah ke kelab yang tidak kurang hebatnya berpangkalan di Perancis, Paris Saint Germain (PSG).
Pengaruh Messi cukup besar impaknya kepada liga utama Sepanyol, La Liga. Disebabkan itu jugalah ramai pengamal media menjangkakan penurunan dari jumlah tontonan perlawnaan liga tersebut. Dengan pengaruh Messi itu jugalah telah menyaksikan bagaimana tisu yang digunakan olehnya untuk mengesat air mata pada majlis sidang media perpisahannya bersama Barcelona telah dijual pada harga cukup lumayan!
Memetik laporan Gulf Today, seseorang yang berada di sidang media tersebut telah mengambil tisu yang digunakan oleh Messi. Individu tersebut kemudian memuat naik foto tisu tersebut di sebuah halaman jual beli dalam talian dan menjualnya pada harga RM4.2 juta!
Individu tersebut juga mendakwa Dia mendakwa tisu tersebut turut mengandungi genetik Messi yang membolehkan seseorang menghasilkan pemain sehebat legenda Barca itu.
Ketika sidang media selamat tinggal sebelum berpindah ke kelab Paris St Germain, Messi berkata Barcelona sudah menjadi sebahagian dalam kehidupannya.
Dia menyertai kelab itu sejak berusia 13 tahun dan sangat sedih untuk meninggalkan kelab yang disayanginya itu.
Kalau sudah terkenal, orang jual tisu dengan air mata pun boleh jadi duit. Apa-apa sajalah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidur enam saat kini tular di media sosial, namun KKM memberi amaran keras kerana teknik ini boleh menyebabkan pengsan, strok, kerosakan otak dan berpotensi membawa maut.