Saban tahun Samsung akan tampil memberikan keterujaan kepada pengguna peranti pintar terutamanya peminat jenama mereka. Menerusi acara tahunan Samsung Unpacked Event tahun ini, mereka dijangka akan mengumumkan barisan telefon pintar terbaik.

Khabar angin kuat mengatakan Samsung akan mengetengahkan model baharu foldable dan juga tidak ketinggalan jam pintarnya.

MASKULIN menjangkakan di antara peranti yang bakal diumumkan pada Samsung Unpacked Event yang diadakan pada 10 Ogos 2022 ialah Galaxy Z Fold 4, Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Watch 5.

Seleksi Peranti Terbaik Samsung Bakal Dipersembahkan Di Samsung Unpacked Event 

IKLAN

Presiden Samsung, TM Roh sebelum ini telah mengesahkan bahawa telefon pintar boleh lipat atau foldable bakal menjadi tumpuan dan fokus utama acara tersebut.

Malah, Samsung dilaporkan bekerja keras untuk menjadikan model tersebut lebih bersifat arus perdana dan diterima pengguna dengan meluas.

Seleksi Peranti Terbaik Samsung Bakal Dipersembahkan Di Samsung Unpacked Event 

IKLAN

Selain itu, Samsung Galaxy Buds Pro 2 atau laptop Galaxy Book mungkin turut diumumkan sekali. Namun seperti MASKULIN katakan pada awal tadi tumpuan utama terarah kepada model baharu foldable.

Sempena Galaxy Unpacked Event ini juga Samsung menjemput pengguna untuk sama-sama mengikuti bersama Samsung Electronics pada 10 Ogos jam 9 malam mengikuti penstriman secara langsung di laman sesawang mereka, Samsung.com/my dan juga YouTube Samsung Malaysia.

IKLAN

Lebih menarik, jika mendaftar minat di www.samsung.com/my/unpacked, pengguna boleh menerima kemas kini terkini tentang inovasi Samsung dan juga menerima e-baucar RM200 yang boleh digunakan untuk pra-pesanan model Galaxy akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=_QPRJfLAhkk&t=35s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI